Sila Semak Tarikh Tong Gas Anda

Tahukah anda tong gas memasak 14 kg yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi? Tong gas sebenarnya mempunyai tarikh luput (rujuk gambar untuk melihat bagaimana untuk menentukan tarikh luputnya). Cara bagaimana memeriksa selinder gas LPG
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut:
A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06. Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun, A utk March (Suku pertama), B utk June (Suku kedua), C utk Sept (Suku ketiga), & D utk December (Suku keempat). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan. Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Namun bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah lebih baik kerajaan membuat penguatkuasaan untuk memastikan penggunaan tong gas yang selamat kepada pengguna, bukan hanya meminta pengguna membuat semakan. “Kita perlu sedar sebahagian pengguna adalah orang-orang tua yang tiada kemahiran dan pengetahuan tentang tarikh luput dan kualiti tong gas yang dihantar dan sebahagian pengguna tidak ambil kisah hal tersebut,” kata beliau kepada Harakahdaily. Jesteru itu, katanya kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pengguna berada dalam keadaan berisiko apabila tong gas yang tamat tempohnya dan kurang berkualiti turut digunakan oleh syarikat pengeluar. “Penguatkuasaan mesti dijalankan di syarikat pembekal,” cadang Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Pada Jun lalu, seorang pekerja penyelenggaraan di restoran di hadapan Plaza Low Yat, Mohd Fauzi Harun, 33, meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa akibat melecur 88 peratus terkena letupan gas akibat tong gas bocor. Menurut ibu saudaranya Mariam Harun berdasarkan cerita rakan sekerja arwah, sebelum kejadian, pihak pembekal tong gas menghantar enam tong di restoran itu. “Namun, pekerja mengesan ada kebocoran pada salah satu tong itu dan memaklumkan kepada pengurus restoran. “Mangsa meluru naik untuk memeriksa kebocoran gas berkenaan. Namun, secara tiba-tiba berlaku letupan sebelum pekerja dan pelanggan restoran melihat mangsa berlari turun dalam keadaan badannya sudah hitam kerana melecur,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Pada 2011, seorang suri rumah dilaporkan maut akibat melecur teruk manakala suaminya cedera di bahagian tangan dan kaki selepas tong gas di rumah mereka di tingkat 15, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya meletup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *