Peniaga Guna Gambar Untuk Lariskan Jualan, Syed Saddiq Relaks Jer

Nama YB Syed Saddiq semakin rancak meniti di bibir netizen terutamanya golongan wanita. Oleh kerana terlalu meminati, rata-rata pihak mengambil kesempatan untuk melariskan hasil jualan dengan memaparkan wajah YB Syed Saddiq di produk masing-masing. Tapi lihat respon YB kita ini yang cool dan steady, siap ada jual produk dalam online lagi!

Koleksi paparan wajah Syed Saddiq di produk

Kreatif dan inovatif orang kita

Siap ada jual di online lagi

Kalah Fattah Amin

Harap tak lalai dengan dunia glamour

Kena dengan gaya kat gambar

SUMBER- Ohbulan.my

‘Saya Bukan Jenis Acah-Acah Warak’- Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana yang popular dengan lagu Nak Ke Tak Nak memang sinonim dengan imej seksi dan dia sering memuat naik foto-foto seksinya di media sosial. Dia pernah dikecam netizen kerana berpakaian terdedah sehingga menampakkan ‘aset’ tertentu.

Terbaru, Zizi Kirana memuat naik video ucapan sempena Ramadan dan kelihatan dirinya bertudung mendapat pujian dari netizen. Malah, ada segelintir yang mengecam menganggap penyanyi ini munafik.

Manis Zizi Kirana bertudung

Saya bukan acah-acah warak

Bagaimanapun, penyanyi ini tidak cepat melatah dengan kecaman netizen. Malah, dia memohon agar semua mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan berhenti mengecam dan menggelar dirinya munafik.

Doa yang baik saja buat kita semua, berhenti-hentilah ‘membawang’. Senang cakap, saya bukan jenis acah-acah warak di depan tetapi di belakang mengumpat, mengata, menipu atau menzalimi orang secara senyap-senyap. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah ubah persepsi dan sentiasa berlapang dada. Jauhi diskriminasi dalam menghukum.

SUMBER- Ohbulan.my

Malang hidup Sherry! Selepas kedai dipecah masuk, tudung pula dicuri

Sherry kerugian RM35,000 akibat kecurian dialaminya.

MALANG bertimpa! Itulah nasib pelakon Sherry Ibrahim selepas pejabat dimasuki pencuri dua minggu lalu, dia sekali lagi ditimpa musibah apabila tiga kotak tudung jenama Sherry Scarves pula hilang.

Sherry, 34, berkata, dia dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa tiga daripada 21 kotak tudung hilang ketika dalam perjalanan.

“Baru dua minggu lepas lapan telefon di pejabat kena curi, hari ini pula kes lain.

“Petang tadi dapat call saya diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung hilang dalam perjalanan ke kedai. Kotak-kotak selebihnya berada dalam keadaan basah,” ujarnya.

Sherry mendedahkan perkara itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Sherry menganggap ia sebagai dugaan mencari rezeki halal. -Foto IG Sherry Ibrahim

Dia turut memuat naik laporan polis yang dibuat Balai Polis Bukit Puchong, pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis.

Sherry turut mendedahkan kehilangan 312 helai tudung yang anggarkan kerugian kira-kira RM35,000.

Pelakon Syurga Yang Kedua ini mengakui reda dengan malang tersebut dan menganggap ia sebagai dugaan mencari rezeki yang halal.

“Tak semua orang sanggup nak susah untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin itu cara segelintir orang untuk hidup senang,” ujarnya.

Pada 14 Mei lalu, pejabat jualan dalam talian Sherry Scarves dipecah masuk individu tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian itu, sebanyak sembilan telefon bimbit yang menyimpan data pelanggan hilang dikebas pencuri.

SUMBER- Mstar.my

Amy (Search) bakal dapat anak ke-6 pada usia 60 tahun

Amy Search bakal bergelar bapa pada usia 60 tahun. Foto Instagram @aku.amysearch

BULAN Ramadan membawa khabar gembira buat penyanyi rock yang tidak asing lagi, Amy (Search) apabila beliau mendedahkan bakal bergelar bapa menjelang pada usia 60 tahun.

Amy atau Suhaimi Abdul Rahman memaklumkan isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish kini sedang hamil 30 hari.

“Isteri aku mengandung sebulan yeahhh! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun nak seorang anak lagi.

“Korang semua doakan moga aku berjaya. I love you, sayang @qasander,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Amy turut berkongsi video Nourish sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka di sebuah klinik swasta.

Amy dan Nourish ketika mendaki Annapurna.

Sebelum itu, Amy turut memuat naik video menunjukkan alat ujian kehamilan bertanda dua garisan merah yang membawa maksud hamil.

Sementara itu, ruangan komen penyanyi kumpulan Search itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya yang menyifatkan berita itu sebagai keberkatan bulan Ramadan.

Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Amy dijangka menyambut kelahiran terbaharu itu pada Januari 2019. Kali terakhir dia mendapat anak kira-kira sembilan tahun lalu.

Penyanyi ini juga sudah mempunyai seorang cucu iaitu Keisha Laila, 7, iaitu anak kepada Nabila.

Selain berita gembira bakal mendapat anak ketika umur 60 tahun, Amy turut mencipta sejarah baharu dalam dirinya apabila berjaya tiba di Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal yang berketinggian 4,130 meter pada usia berkenaan.

SUMBER- Mstar.my

Xavier Justo sedia bantu Malaysia dapatkan semula wang dicuri daripada 1MDB

Justo

KUALA LUMPUR: Xavier Justo, lelaki yang membawa skandal 1MDB ke pengetahuan dunia telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi saksi dalam perbicaran yang melibatkan pelaburan tersebut.

Dalam temubual eksklusif bersama The Star, beliau berkata: “Apa sahaja yang saya boleh lakukan demi keadilan dan membantu negara anda bagi mendapatkan kembali wang yang dicuri, saya akan lakukannya.”

Pada temubual yang diadakan di lobi hotel di sini pada Khamis malam itu, Justo turut mendedahkan punca yang mendorong beliau tampil membongkar skandal itu ke pengetahuan umum.

Bekas eksekutif PetroSaudi International berkata, segalanya bermula ababila berlaku perbalahan dengan salah seorang pengasas firma itu, Tarek Obaid.

“Saya tinggalkan syarikat itu kerana bergaduh dengan Obaid. Saya dapat dokumen ini (secara sah). Saya nak tekankan di sini sebab hanya di Asia bila saya baca artikel mengenai saya, mereka merujuk saya sebagai ‘lelaki yang mencuri data’.

“Fail itu diberikan kepada saya, saya tidak mencuri apa-apa,” katanya.

Clare Rewcastle-Brown.

Justo adalah individu penting dalam isu membabitkan 1MDB dan maklumat yang dikongsinya kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown telah mencetuskan siasatan ke atas dana tersebut di beberapa negara di seluruh dunia.

Justo digambarkan sebagai seorang ‘hero’ dan ‘penjahat’ dalam skandal 1MDB serta apabila ditanya tentang persepsinya mengenai perkara itu, Justo berkata ia tidak menjejaskannya.

“Secara jujurnya, saya tidak kisah… saya tidak perlukannya. Ia berlaku,” katanya sambil menambah bahawa hero sebenar dalam skandal ini adalah rakyat Malaysia.

“Hero sebenar adalah rakyat Malaysia yang mengundi Dr Mahathir, mereka yang cipta sejarah.

“Saya cuma bahagian kecil dalam apa yang berlaku.

“Mereka yang mengundi, yang tinggal di sini yang telah mengambil risiko. Mereka adalah hero, bukan saya,” kata Justo.

SUMBER- Mstar.my

“Dah banyak kali tegur tak faham bahasa” – Nasihat Ude buat bekas isteri

Ude minta bekas isteri tidak mengundang kemarahan orang terhadapnya.

SUAMI pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid menegur bekas isterinya iaitu Intan Liana Saleh yang memuat naik status mengaitkan anak mereka di media sosial.

Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid, 30, berkata, posting berbaur simpati itu hanya akan menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap dirinya.

“Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta ‘makcik bawang’ buat dosa banyak-banyak.

“Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!” tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Status yang dimuat naik Ude pada Jumaat

Ude berkata, dia terpaksa menegur di laman sosial berikutan bekas isterinya itu masih melakukan perkara sama biarpun sudah beberapa kali tegur secara baik.

Katanya, teguran secara terbuka itu mungkin membuat Intan lebih faham dan untuk kebaikan semua pihak.

“Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa.

“Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak,” katanya.

Pemuzik bebas itu turut meminta masyarakat berhenti mencaci sehingga mencabar kesabaran dirinya.

Ude kini bahagia bersama isteri baharunya, Izreen Azminda. FOTO: Instagram Ude Wahid

“Cukup-cukuplah bulan baik ni tak payah nak maki-maki mencabar kesabaran orang. Banyak kerja lebih baik korang boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun, status tersebut sudah dipadamkan selepas hampir sejam dimuat naik.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

SUMBER- Mstar.my

Ismail enggan jadi MB, tak timbul isu ‘bawah ketiak abang’

Datuk Seri Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR: Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk melantik calon lain selain dirinya dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Bintong Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar Perlis.

Adun Tambun Tulang itu juga mencadangkan mana-mana lapan Adun Barisan Nasional (BN) yang lain untuk menerajui negeri berkenaan.

“Demi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini, kami mencadangkan mana-mana satu antara ‘mereka’ untuk dicalonkan sebagai menteri besar. Mereka ini mempunyai pelbagai latar belakang yang tidak ada masalah memimpin negeri, asalkan bukan saya dan Azlan.

“Kami bersedia untuk bersama-sama menghadap Tuanku sekiranya dipanggil bagi memperbetulkan keadaan demi kebaikan rakyat Perlis,” katanya kepada pemberita di sini malam Khamis.

Turut hadir lapan Adun BN Perlis yang lain.

Ismail berkata beliau tidak mahu dilihat sebagai gila kuasa atau menteri besar boneka hanya kerana namanya dicalonkan oleh abangnya yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Tuanku kaitkan saya tentang kerahsiaan dan boneka, saya dah tarik diri dah. Tak timbul soal boneka. Datuk Seri Shahidan Kassim nak bagi kat adik dia tak timbul dah, adik bongsu ke, adik sulung ke tak timbul, tak timbul bawah ketiak (abang).

“Tak timbul soal boneka, itu soal alasan kalau diberi kepercayaan dicuba, bila kita angkat sumpah kerahsiaan kita rasa dalam diri kita diberi satu amanah yang penting,” katanya.

Menurut Ismail beliau pernah menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dari November 2011 hingga Disember 2016 dan itu bermakna dirinya adalah seorang yang dipercayai.

“Tuanku tak kenal saya, saya pernah jadi pengerusi besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik, tapi pengerusi suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini di bawah Agong.

“Saya satu-satunya pengerusi yang dapat kuasa eksekutif daripada perdana menteri pada masa itu. Saya dapat kuasa eksekutif maknanya saya tak pernah rujuk perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat,” katanya.

Pada Khamis pagi, Azlan telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis untuk penggal kedua di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Bagaimanapun sembilan wakil rakyat BN memboikot majlis angkat sumpah menteri besar negeri berkenaan

Negeri itu tidak mempunyai menteri besar selama dua minggu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas BN Perlis mencadangkan kepada istana nama Ismail sebagai menteri besar baharu pada 12 Mei lalu.

SUMBER- Mstar.my

Justo hadir di ibu pejabat SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Khamis.

Warga Switzerland itu dilihat berada di bangunan itu kira-kira pukul 9 pagi di mana dia dipercayai bertemu dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB.

Terdahulu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim yang mengetuai pasukan khas itu berkata mereka akan bertemu dengan Justo bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Selain Abu Kassim, pasukan itu turut diketuai bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Justo merupakan pemberi maklumat berhubung kes 1MDB.

SUMBER- Mstar.my

Que Haidar Jawab Dakwaan Jual Baju Melayu Mahal Sebab Tiada Job

Setiap kali menjelang bulan Ramadan mesti ramai artis ambil peluang untuk berniaga. Maklumlah, hari raya dah nak tiba tak lama lagi. Termasuk pelakon Que Haidar sudah aktif dalam dunia perniagaan baju Melayu keluaran jenama sendiri sejak 7 tahun yang lepas.

Tapi, ada netizen yang bersuara mendakwa baju Melayu jenama The Haidars terlalu mahal sampai mencecah RM 380 sepasang. Betul ke? Ini jawapan Que Haidar terhadap kenyataan dari netizen.

Letak harga tinggi sebab brand Que Haidar

Saya tak pernah paksa untuk beli

Assalamualaikum semua, just nak share sikit, Masih ada orang yang macam ini.. saya tak pernah paksa beliau untuk support saya atau beli dari saya.. selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri.. ikut kemampuan kita.. masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya, yang ditanya baju yang Exclusive jadi saya pun bagitau la harga untuk baju yang ditanya, pulak diburuk-burukkan saya.. tentang diri saya yang tak laku tu, alhamdulillah Allah masih kurniakan rezeki yang halal untuk saya dan keluarga.. alhamdulillah.. berniaga ni saya buat hanya pada bulan Ramadhan dan memang kebanyakkan barang-barang yang saya jual sangat Exclusive dan limited.. 7 tahun dah saya berniaga pada bulan Ramadhan di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini saya fikir ingin luaskan sedikit perniagaan saya. Jadi saya buka satu lagi di Angsana Johor Bahru memandangkan saya memang ada customers dari Johor dan Singapura yang menginginkan saya buka di Johor tahun ini, jadi tak jauh la untuk mereka membeli belah dengan saya.. tak perlulah nak hina kalau tak berkemampuan dan kalau ikhlas ingin support tak semestinya beliau mesti beli, ada macam-macam cara lagi untuk support.. but apa-apa pun alhamdulillah.

SUMBER- Ohbulan.my

Dihimpit ‘Gadis’ Bertudung Dalam LRT, Sampai Stesen Seterusnya Baru Gadis Ini Sedar Bahawa… Bahayanya!

Demi memuaskan nafsu, seseorang itu sanggup buat apa sahaja untuk melakukannya terutama sekali terhadap kaum wanita. Terbaru di Twitter, seorang pengguna bernama Wani telah menceritakan pengalaman seram jadi mangsa nafsu seorang ‘gadis’ bertudung. Hingga kini Wani masih ralat dan tidak tahu apa sebenarnya terjadi tetapi apa yang pasti, terdapat sesuatu cecair pada baju dipakainya.

Pakai tudung, tetapi tidak pasti sama ada lelaki atau wanita..

Tapi bila sampai ke stesen seterusnya, baru perasan ada..

Kenapa tak tegur atau buat laporan polis? Baca sebab gadis ini

Takut, tak terkata, rasa macam nak menangis

Tidak ingin terjadi pada orang lain

SUMBER- Mstar.my