[VIDEO] Pembaca Berita TV3 Sebak Ketika Membacakan Surat Terakhir Pelajar Tahfiz

Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi ternyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia. 21 orang pelajar tahfiz dan 2 orang guru disahkan terkorban, 4 cedera parah dan 3 lagi mengalami cedera ringan.

Pembaca Buletin Utama TV3, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah tidak dapat menahan kesedihan apabila dilihat sebak ketika membacakan berita tentang surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut kepada ibunya.

Sebak

Sementara itu dalam satu kenyataan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran bukan berlaku kerana litar pintas.

Hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak.

Pihak bomba percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran itu berlaku. Siasatan terperinci sedang dilakukan.

SUMBER- Ohbulan.my

Tragedi Sekolah Tahfiz Terbakar: Hilang Tiga Anak Serentak

PETALING JAYA: Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan sedih seorang ibu apabila menerima berita kehilangan tiga anaknya dalam tragedi yang menyayat hati ketika azan Subuh berkumandang pada awal pagi Khamis.

Mashawani Mohamed Shahid, 29, kehilangan tiga anak lelakinya yang menjadi mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di ibu negara.
Mashawani ditenangkan oleh anggota keluarga.

Tiga anak lelakinya adalah Muhammad Syafiq Haikal,13, Muhammad Hafiz Iskandar,12, dan Muhammad Harris Ikhwan (11).

Setakat ini, usia ketiga-tiga beradik ini belum dapat disahkan dan akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Kebakaran tersebut meragut 24 nyawa termasuk dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.

Sepupu ibu mangsa, Rosnani Mohd Nor berkata, dia hanya tahu anak-anak kepada sepupunya itu meninggal dunia selepas semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

“Kami sekeluarga bersedih dengan kejadian malang ini terutama ibu kepada anak-anak ini,” katanya sambil menambah bapa mangsa telah meninggal dunia lapan tahun lalu.

Rosnani yang masih terkejut apabila menerima berita itu baru saja tiba di HKL untuk bersama sepupunya.

“Saya masih belum bertemu dengan sepupu saya. Saya doakan dia tabah melalui dugaan ini,” tambah Rosnani kepada mStar Online.

SUMBER- Mstar.my

Tragedi Tahfiz: Kebakaran Bukan Kerana Litar Pintas – Bomba

KUALA LUMPUR: Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, Khamis.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

“Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada 5.15 pagi tadi.– Bernama

SUMBER- Mstar.my

Nedim Tampil Beri Jawapan Adakah Nora Danish Benar Berbadan Dua

Mempunyai hampir 5 juta pengikut di laman Instagram, pastinya segala perubahan dan perkembangan semasa Nora Danish akan menjadi perhatian dan baru-baru ini, berikutan gambar pelakon ini yang kelihatan sedikit berisi, ada yang menyatakan bahawa Nora sudah berbadan dua.

Bagaimanapun, Nora tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut namun suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri bagai memberi bayangan terhadap apa yang bakal menanti.

“Insya-Allah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu,” jelasnya kepada mStar Online. Kenyataan yang diperoleh daripada suami Nora itu sendiri pastinya memberikan harapan kepada peminat untuk menanti kehadiran cahaya mata buat pasangan tersebut.

Sementara itu dalam masa yang sama, bekas isteri Nedim, Nabila Khan sebelum ini telah menghalang Nedim daripada berjumpa anaknya sendiri sekaligus membuatkan Nedim membuat rayuan mahkamah berhubunga perkara berkenaan.

SUMBER- Selendangmaya.my

‘Jujur Cakap, Saya Dah Tak Mampu Lagi Nak Hidup Dengan Suami Pengotor Macam Ni’

Sebelum berkahwin, semuanya nampak elok, cantik, teratur. Namun selepas kahwin, segala perangai dan sifat buruk yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini akan ditunjukkan sama ada suami mahupun isteri. Dalam masalah wanita ini, lebih kritikal apabila terpaksa berkongsi hidup dengan suaminya yang pengotor. Sudah ditegur, namun suaminya jenis tidak endah dan meneruskan perangainya itu tanpa mengetahui isterinya memendam rasa dalam hati.

SAYA nak tanya pendapat dengan semua orang yang sudah berumahtangga. Saya sudah berkahwin tiga tahun dan mempunyai seorang anak. Masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah, tentang suami saya. Saya minta maaf jika apa yang saya luahkan ini tidak digemari oleh sesetengah pihak.

Sejujurnya saya cakap yang saya ini agak pembersih orangnya. Saya tidak boleh nak hidup bersama dengan suami saya yang agak pengotor. Sampaikan saya sendiri sudah tiada nafsu untuk bersama dengan dia lagi.

Apa yang saya perasan tentang dia ialah, dia suka membiarkan kukunya panjang sampai kehitaman. Selepas itu, bila nak bersama itu, faham-faham sajalah. Memang seramlah rasanya sampai nak menangis pun ada. Selain itu, dia jarang menggosok gigi. Dua tiga hari, baru sekali saja dia menggosok gigi. Awak rasa apa perasaan saya dengan perangai suami begitu? Hahaha!

Bukan itu sahaja, boxer atau seluar dalam yang selalu dipakai itu juga sama. Dua tiga hari kemudian baru tukar. Saya geli tahu tak? Seluar jeans pula kalau dia pakai, dia takkan terus nak basuh. Sebaliknya dia akan simpan seluar yang telah dipakai itu di belakang pintu, banyak-banyak. Dia ingat saya ini tak rimas dan tak loya ke hidu bau busuk dalam bilik itu?

Kalau bab kebersihan diri, jangan cakaplah. Telinga pun tak nak bersihkan. Sebulan sekali, baru bersihkan sekali. Oh mak aih, jangan cakaplah, boleh koma dibuatnya. Selepas dia selesai mengorek telinga, dia datang dan lap pada saya pula. Dalam bilik pula, dia hisap rokok. Kemudian simpan abu rokok dalam bilik banyak-banyak.

Ada banyak lagi tentang dia tetapi saya dah tak larat nak menaip. Saya bukan tak pernah tegur, dah banyak kali saya tegur dia, sampaikan setiap sudut dan tempat saya tulis nota dan tampal. Tetapi dia jenis tak makan saman juga. Jujurlah saya cakap, saya dah tak boleh nak hidup bersama dengan dia. Bila dia minta, saya gelilah, saya tak ada nafsu dan saya tak dapat menerima sikap pengotornya itu.

Macam mana ye saya nak ubah sikap suami saya?

SUMBER- Sehinggit.my

Sweet! Fazura ‘Suprise’ Fattah Amin Sempena Hari Jadi Ke-27

“Semut berkawad hoora hoorey. Manis benar!” itu antara pujian peminat untuk pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin ketika masing-masing berbalas ucapan sempena ulang tahun kelahiran Fattah ke-27 tepat pukul 12 tengah malam tadi.

Pada mulanya Fazura mengemaskini Instagramnya dengan memuat naik gambar Fattah tersenyum berserta ucapan selamat hari lahir.

“Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu dengan takdir di dunia dan akhirat. Amin Allahuma Amin,” tulis Fazura.

10 minit kemudiannya, Fattah membalas ucapan Fazura bersama hadiah istimewa yang diberikan biarpun berpisah jarak antara benua.

“Amin, terima kasih yang paling manis. Thanks for the gift,” balas Fattah.

Umum mengetahui Fazura kini berada di Eropah untuk penggambaran filem Ayat Ayat Cinta 2 selain menghadiri New York Fashion Week di New York, Amerika Syarikat, manakala Fattah masih di Kuala Lumpur sedang aktif dengan penggambaran drama terbaharu, Coffee Prince.

Tidak cukup dengan berbalas-balas ucapan, Fattah juga sebenarnya menerima sedulang besar coklat pelbagai jenis, 50 kuntum bunga ros merah dan kad ucapan berbentuk hati daripada Fazura ketika kejutan hari jadinya.

Hadiah istimewa itu pula bertulis ‘My Fattah YPC’ yang membawa makna ganti diri Fattah iaitu Yang Paling Comel.

Manakala, menurut tafsiran peminatnya 50 kuntum bunga ros merah itu signifikan kepada unconditional love (cinta sejati tanpa had atau sempadan).

Mungkinkah akan ada kejutan lain lagi apabila pulangnya Fazura ke tanah air kelak? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

SUMBER- Gempakastro.my

‘Air mata tumpah…’

SEBAK sehingga air mata tumpah. Itu yang dirasai wartawan Harian Metro, Mazizul Dani dan Nabihah Kamal sepanjang membuat liputan tragedi pilu kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat yang mengorbankan 21 anak tahfiz dan dua warden, hari ini.

Sepanjang menjadi wartawan, tragedi itu disifatkan mereka paling menyayat hati. Ikuti coretan pengalaman mereka.

“Waris terbaring di atas jalan, menangis meratapi pemergian anak tersayang. Suasana pilu itu ‘menyambut’ kehadiran kami.

Apabila tiba di dalam kawasan pusat tahfiz, suasananya semakin meruntun jiwa. Tangisan bersilih ganti, duka dan cemas di wajah ibu bapa, kakak, abang dan ibu saudara pelajar tahfiz membuatkan kami sebak.

Ada waris yang meraung sehingga pengsan sebelum diusung oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan.

Semua waris menunggu sehingga selesai Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa.

Waris ditenangkan oleh wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di satu sudut di dalam masjid bersebelahan pusat tahfiz.

Ada juga kedengaran waris yang dalam nada pilu mahu menjadi pengganti mangsa, biarlah mereka yang ‘pergi’ dan ada yang membaca surah Yasin.

Kami mendekati seorang wanita berusia 40-an yang kelihatan tenang.

Norhayati Khalid,42, memaklumkan dia masih menunggu maklumat sama ada anak bongsunya Mohd Amiel Asyraf Abdul Rashid,11 selamat atau tidak.

Acap kali dia menjengah tetapi tiada kelibat anak bongsunya disifatkannya periang.

Norhayati menceritakan mengenai intipati surat yang ditulis Mohd Amiel yang memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dan mahu membantu ibu bapanya masuk syurga.

Teresak-esak Norhayati menceritakan kenangan manis yang baru dicoretkan semalam ketika menyuap anak bongsunya makan petang.

Norhayati berkata, sebelum pulang, anak tahfiz yang sudah menghafal surah Al-Baqarah itu meminta untuk ibunya menziarahinya lagi pada Jumaat ini.

Bergenang air mata ibu kepada empat anak itu apabila mengenangkan detik terakhir bersama anaknya.

Tambah memilukan apabila tatkala dia diberitahu anaknya itu seorang daripada yang terkorban dalam kejadian itu. Dia menangis dan air mata kami tumpah.

Kami mendapatkan pula jiran berhampiran pusat tahfiz itu

Pekerja kontrak, Shahriman Shahril, berkongsi cerita yang dia dikejutkan dengan suara jeritan kanak-kanak.

Lelaki berusia 39 itu lantas bangun sebelum melihat api marak dari asrama pusat tahfiz itu.

Katanya, di melihat tangan anak kecil menggapai meminta tolong.

‘Abang! Abang! Tolong kami….Abang, panas!’

Itu antara rayuan yang didengari menyebabkan dia cuba untuk memanjat ke tingkat tiga bangunan berkenaan namun api terlampau marak.

Dia cuba meminta kanak-kanak itu lompat dan ketika itu hanya lima orang yang berjaya menyelamatkan diri.

Asap yang tebal menyebabkan jiran lain turut membantu mengeluarkan anak tahfiz itu.

Shahriman dalam nada sebak bercerita kepada kami anak-anak tahfiz itu sering berlari di hadapan rumah untuk ke masjid selepas azan.

Lain pula dengan hari ini, apabila melihat anak kecil itu berlari akibat kepanasan kerana kebakaran.

Pada jam 11 pagi, penyelia tahfiz, Mohd Affandi Hamzah mengumumkan bahawa 21 pelajar tahfiz disahkan meninggal manakala 2 tenaga pengajar maut dalam tragedi itu.

Semua menangis sebelum beredar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pengecaman.

Allahuakbar… sepanjang berdepan pelbagai tugasan sebagai wartawan, tragedi hari ini paling memilukan dan meruntun jiwa,”

SUMBER- Harian Metro

Guru Tahfiz Maut Selepas Seminggu Kenduri Kahwin

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, apabila suami yang baru dinikahinya minggu lepas pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Suaminya Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23, berhubung tragedi itu.

Beliau menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata pemergiannya Allahyarham amat memberi kesan terhadap keluarganya.

“Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan minggu lepas,” kata beliau.

Menurut Asmah, Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain. Dia akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata pada kebiasaannya, Allahyarham akan menghubungi Noor Fatihah yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan setiap hari.

“Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab,” katanya.
Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.

SUMBER- Mstar.my

‘Mama Baru Kehilangan Abah..’- Luahan Ibu Kepada Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita yang amat tragik apabila berlakunya kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah, Kg Datuk Keramat. Insiden itu menyebabkan lebih 20 orang terkorban dan beberapa lagi dalam keadaan krtitikal.

Tidak dapat bayangkan betapa remuknya hati ibu bapa kepada mangsa-mangsa kejadian. Ini luahan ibu kepada salah seorang daripada mangsa kebakaran tersebut. Ini merupakan kehilangan kedua orang yang disayangi kerana baru-baru ini juga dia kehilangan bapanya.

Baru kehilangan ayah, kini Fahmie pula

Nasib Puan Puteri Noridayu ditimpa berturut-turut apabila sebelum kehilangan Fahmie, bapanya juga meninggal dunia pada bulan Ogos yang lalu. Kami harap keluarga Puan Puteri diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan ni. Al-Fatihah.

Pintu syurga menunggu buat Fahmie

SUMBER- Ohbulan.my