Rakaman Lelaki Loloskan Diri Dari Penjara Jadi Viral

Disebabkan saiz badan yang kurus, seorang lelaki ini berjaya melepasi tiang penjara di Afrika Selatan.
Video ini memaparkan tindakannya yang sangat luar biasa kerana tidak ramai yang berani mencubanya.
Lelaki ini sememangnya mengagumkan kerana tanpa ragu-ragu dia telah memuatkan tubuh badannya di celah-celah tiang itu untuk melepaskan diri.
Menerusi video berdurasi 0.33 saat itu, dia berjaya meloloskan dirinya dalam masa yang singkat dengan mudah.
Sukar untuk percaya pada mulanya tetapi selepas dia berjaya melakukannya, ternyata orang ramai yang menonton video ini terperanjat.
Tak percaya, saksikan sendiri bagaimana lelaki ini lakukannya. Jangan pula ada yang mencuba kerana tindakan lelaki ini sememangnya memerlukan kepakaran.

[Pic] Bujang vs Berkahwin.

Gambar perbandingan kehidupan masa bujang dan selepas kahwin.

llustrations and preview photo credit: Anna Syrovatkina specially for BrightSide.me

Sinki Tersumbat Tahap Kronik? Ini Jalan Penyelesaian Paling Mudah.

kalau bercakap pasal sinki tersumbat ni memang perkara biasa, mana-mana rumah pun pernah mengalaminya. Kadang-kadang sampai bocor meleleh-leleh air. Korang tahu kan sinki tersumbat disebabkan oleh sisa makanan yang melekat atau tersangkut dalam saluran? Peringatan, lepas makan, mohon buang terlebih dahulu sisa makanan ke dalam tong sampah. Jangan jadi pemalas ya. Haaa itu salah satu punca sinki tersumbat tau ! Kalau bukan disebabkan sisa makanan, mungkin ianya berpunca dari lapisan minyak dan daki yang melekat pada dinding paip saluran menyebabkan laluan air semakin kecil dan menyukarkan air untuk turun dengan lancar. Kami pasti ramai yang sudah guna taktik ini, tetapi sekadar peringatan kepada sesiapa yang masih belum tahu, berikut merupakan beberapa cara untuk baiki sinki tersumbat tahap kronik tu.

Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan cuka dan baking soda.

Sumber: Sinar FM

Bekas Pramugari Ni Dedahkan Masa Yang Sesuai Nak Guna Tandas Dalam Kapal Terbang

Menaiki penerbangan yang lama atau long haul pastinya kita tak boleh nak elakkan diri kita daripada menggunakan tandas semasa dalam penerbangan. Tapi mungkin tak ramai yang tahu bilakah masa yang sesuai untuk penumpang gunakan tandas tanpa sebarang gangguan.

Bekas pramugari, Erika Roth berkongsi dua masa yang sesuai iaitu selepas sahaja juruterbang umumkan isyarat tali pinggan dimatikan dan juga sebelum kabin krew sediakan minuman dan makanan.

Pelakon Korea, Sung Yuri Suka Makan Semut- Pelik pelik la.

Sumber: Hanasuva

Amboi! Pelik betul makan semut. Apalah rasa semut tu eh?

Seorang pelakon wanita Korea, Sung Yuri mendedahkan yang dirinya sangat suka makan semut. Tapi itu ketika dia masih lagi kecil. Pelakon itu mengatakan yang semut mempunyai rasa yang pelik tapi sedap.

“Dulu semasa saya masih kecil saya suka makan semut.

“Bahagian belakang semut ada satu rasa yang pelik tetapi saya menyukainya,” katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Bagaimanapun, dia hanya gemar makan semut ketika masih kecil bukan sekarang.

Sumber : Sinar FM

Suami Perlu Faham Kenapa Isteri Stres.

Oleh Ina Mohd. Sumber FB Vanilla Kismis

Kehidupan rumah tangga ada turun naiknya. Adakala panas, adakala hujan. Tetapi itu lumrah pasangan suami isteri. Mungkin ada suami yang berasa pelik apabila isteri kadang-kadang marah-marah apabila anda pulang dari kerja. Sedangkan bagi anda, apabila anda balik rumah, semua perkara telah disediakan oleh isteri dan menganggap rumah ibarat syurga. Tetapi anda jangan musykil sekiranya ada saat isteri anda stress dan sebagainya. Anda mahu tahu kenapa?

1. Wanita dinilai dengan cara yang berbeza berbanding lelaki
Jika anak keluar rumah dengan pakaian yang tidak sesuai bersama si ayah, orang akan melihat dan berfikir, “Wah, bagus ayah dia, sanggup luangkan masa layan anak.”

Tapi jika anak berjalan dengan si ibu dengan penampilan begitu, pandangan orang akan berbeza terutama wanita lain. Mereka berfikir, “Ibu apa macam ni, pilih baju anak pun tak pandai. Jadi isteri mahu anak dalam keadaan elok sentiasa supaya pandangan orang lain terhadap dirinya juga elok.

2. Tertekan dengan penilaian orang lain
Wanita akan rasa tertekan apabila penampilan suami di tempat kerja dan anak di sekolah. Sekiranya tidak kemas dan tidak elok, orang akan menyangka mereka tidak menjaga minum pakaian suami dan anak-anak.

3. Suara hati isteri lebih tajam
Suami mungkin tidak perasaan pandangan keluarga sekiranya lambat hadir ke majlis atau kenduri keluarga. Ini salah satu penyebab stres kerana isteri faham akan pandangan ahli keluarga mertua sekiranya anda lambat sampai. Disebabkan itu kadang-kadang isteri marah kalau terlambat atau tidak menepati masa.

4. Selalu tak cukup tidur
Seperti diketahui manusia memang memerlukan tidur yang cukup. Jika tidak cukup tidur, semua perkara tergendala. Isteri perlu tidur yang cukup kerana mereka penat menguruskan rumah tangga. Kalau boleh suami tolong-tolonglah juga terutama apabila anak anda menangis ditengah malam.

5. Melaksanakan kerja rumah sangat penting
Isteri akan pastikan keadaan rumah kemas. Apa juga keadaan, mereka akan pastikan rumah tidak berselerak. Ini dikira seperti markah buat isteri yang mana mereka dinilai dalam menguruskan rumah tangga.

6. Suami tidak memahami
Pernah atau tidak anda pulang dari kerja tiba-tiba anda minta itu ini dari isteri. Kemudian di dapur ada bunyi bising seperti keletung keletang. Itu tandanya isteri sedang menunjukkan emosinya. Jadi silalah bantu dan jangan meminta sahaja.

7. Isteri memiliki darah jenis A
Wanita dalam golongan darah jenis A biasanya teratur dan sangat terperinci. Jadi dia sangat terbeban dengan keadaan rumah yang tidak terurus atau bersepah. Suami pula boleh melihat perkara ini seawal perkahwinan lagi. Jika dia sentiasa mengemas sebaiknya suami jangan sepahkan. Jika tidak isteri boleh stres.

Sumber : Sinar FM

Tindakan Tegas Akan Diambil Kepada Mana-Mana Pihak Guna Isu Hon Di Surau Untuk Menggugat Ketenteraman Awam

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan amaran kepada mereka diluar sana agar tidak menjadikan isu hon kereta di Surau Austin Perdana, Taman Setia Indah, Johor Bahru sebagai landasan untuk menggugat ketenteraman awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Johor, Dato Kamarulzaman Bin Mamat berkata, orang ramai diminta agar tidak menviralkan isu ini lagi di mana kes kini dalam siasatan dan pihaknya berjanji akan menyiasat kes ini seadil-adilnya.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menajdikan insiden ini sebagai landasan untuk menggugat ketenteraman awam atau emngganggu siasatan polis.”

“Negara kita terdiri daripada pelbagai masyarakat majmuk, sifat tolak ansur dan prihatin adalah amat mustahak untuk mengekalkan kemanan antara semua kaum iaitu kunci kepada kehamonian negara ini,” kata beliau.

Dalam kejadian yang belkau pada 5 Mei semalam ketika solat Jumaat, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki telah membunyikan hon keretanya sehingga menggangu jemaah yang berada di dalam masjid sedang menunaikan solat Jumaat.

Lelaki berkenaan dikatakan berbuat demikian kerana keretanya terhalang untuk melalui jalan berkenaan, ekoran tindakan lelaki berkenaan yang membunyikan hon dan tidak mahu menerima mahu teguran membuatkan jemaah surau berang dan bertindak memukulnya selain kereta milik beliau dirosakkan.

Sumber: Polis Johor

Kenapa Kita Mudah Tertidur Bila Naik Kereta ?

Oleh: Aimi Nordin Sumber: Elitedaily

Bila kita naik kereta atau mana-mana kenderaan yang memerlukan perjalanan yang berjam-jam mesti kita mudah tertidur dalam kereta kan? Perasan tak? Baru sejam kereta bergerak, dah berdengkur sambil mulut ternganga kat tempat duduk belakang.

Sebenarnya ada 3 sebab kenapa kita mudah tertidur.

1. Kenderaan yang selesa

Kereta tak ada lah tempat yang selesa mana pun nak tidur. Tapi disebabkan bukan kita yang kena drive jadi lebih baik tidur je. Dan ada orang lebih selesa tidur bila dia rasa tak selesa ada orang lain yang drive.

2. Highway hypnosis


Naik kereta boleh buat kita khayal sebabnya kita memandang benda yang sama je. Contohnya, line putih yang berterusan dan kereta yang bergerak. Atau lebih mudah bila orang gerakkan ‘hipnosis ball’ kat bawah ni depan mata kita.

3. White noise

White noise ni adalah bunyi yang sama dan berterus seperti bunyi tayar yang bergerak atas jalan. Bunyi tu kan sama je kalau anda naik kereta. Jadi, bila tiba-tiba ada bunyi lain macam break emergency atau kereta honk kita mesti terjaga.

Sumber : http://era.fm/zon-interaktif/interaktif/trending/kenapa-kita-mudah-tertidur-bila-naik-kereta

‘Minta Maaf Sebab Kau Membesar Tanpa Ayah Disisi’- Ucapan Hari Jadi Syaiful Zero Ini Buat Kami Sebak

Syaiful Zero atau dengan nama manjanya Melati antara karakter paling penting dalam kumpulan Zero. Kalau tiada dia, persembahan mereka boleh dikatakan tiada penyeri. Karakternya sangat kelakar, bersahaja dan natural. Semalam di gelanggang akhir Zero akhirnya mendapat tempat ke-4.


Tapi semalam juga merupakan hari kelahiran buat anak kesayangannya. Syaiful berasa kesal kerana tidak dapat sambut hari jadi anaknya oleh kerana komitmen bersama MLM 2017. Hanya ucapan dan doa mampu Syaiful buat untuk anaknya. Sebak juga baca ucapan hari jadi ni..

‘Kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuapmu..’

Assalamualaikum..alhamdulillah33x..genap setahun sudah anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..Semoga menjadi anak yang taat dan hormat pada ibu bapa,keluarga dan orang di sekeliling mu..semoga menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada keluarga kita..semoga menjadi anak yang boleh membimbing keluarga dan menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti.. hanya doa yang ayah mampu berikan untuk mu wahai anak ku..minta maaf kerana di hari penting mu,ayah xdapat meraihkan hari kelahiran mu dan hari perjuangan antara hidup dan mati ibu mu untuk melahirkan mu..maafkan ayah sebab x ada di sisi kamu kerana kesibukan kerja..minta maaf sebab kau membesar tanpa ada ayah di sisi mu..kau mengenal dunia tanpa ayah memimpin mu buat seketika..kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuap mu..insyaallah nak,rezeki yang ayah dapat skarang ini adalah rezeki yang allah turunkan untuk mu melalui ayah..setiap perbuatan sekarang yang ayah buat ini adalah untuk mu anak ku..apa pun yang terjadi malam ini adalah lah ketentuan dan rezeki untuk mu yang datang dari allah..Selamat ulang tahun yang pertama untuk anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..

Sumber: Instagram Syaiful Zero

7 Sebab Hero Korea Menjadi Kegilaan Gadis Malaysia.

Kalau artis lelaki Korea datang Malaysia je, beribu peminat Malaysia sanggup berhabis duit untuk beli tiket menyaksikan konsert mereka. Sebut je nama Taechyeon, Jang Geun Suk, Kim Hyun Joong, Lee Min Ho dan Gong Yoo, pasti ramai peminat mereka di Malaysia ‘histeria’ dek kerana ketampanan wajah mereka.

Artis lelaki Malaysia yang ada ni tak cukup kacak ke?? Kami senaraikan 9 sebab kenapa hero Korea digilai gadis Malaysia.

1. Kulit mereka lebih Flawless dari perempuan

Hampir kesemua artis lelaki Korea memiliki kulit wajah yang bersih dan flawless. Dah la putih, flawless pulak tu. Tak payah nak pakai Qu Puteh ke apa.

2. Hebat menari

Kalau yang kumpulan Kpop tu bukan hanya bersandarkan pada rupa je untuk jadi popular, mereka juga hebat dalam tarian.

3. Pandai ambil hari peminat

Yang ini memang tidak dapat dinafikan. Personaliti mereka yang genteleman dan tidak kekwat membuatkan ramai peminat cair.

4. Tak berlakon cerita Rempit & Ganster

Kalau anda perasan kebanyakan drama atau filem Korea banyak tentang kisah cinta dan diselitkan unsur kelakar. Perempuan suka cerita macam ni.

5. Penampilan yang kemas

Perasan tak, apa je fesyen mereka gayakan semua cukup sempurna. Bukan itu saja, artis lelaki sentiasa tampil kemas dan tidak takut mencuba pelbagai jenis fesyen.

6. Jenis tak control macho

Lagi satu, artis lelaki Korea ni jenis yang tak control macho. Muka hensem tapi ada yang takut lipas. Tengok je la rancangan Running Man, deorang bedal apa saja.

7. Stamina kuat masa konsert

Kalau tengok artis Kpop menari memang kagum habis. Bukan senang nak menyanyi dan menari pada masa sama. Apa yang pasti deorang ni tak ‘pancit’ masa konsert.