100 hari: Umno senaraikan kegagalan PH

SHAH ALAM – Umno menyenaraikan kegagalan PH menjelang 100 hari pemerintahan di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu menelan segala kesan yang dirasai.

“Ternyata mereka gagal tunaikan janji dengan ‘dateline’ yang mereka cipta sendiri. Hanya sesuku sahaja yang separa tertunai. Itu pun dengan impak kerosakan teruk kepada ekonomi negara.

 

“Rakyat tidak dapat buat apa walau cukai semakin tinggi, tajaan PTPTN semakin sukar, harga barang semakin naik, tol terus terpaksa dibayar, gaji minimum RM1500 tidak terlaksana, bantuan sara hidup semakin kecil, pekerjaan semakin sukar.

“Terpaksalah telan dan berpuas hati dengan umpanan label serta kebencian kepada kerajaan lama. Selamat menyambut hari ke-100 kerajaan kakistocracy PH,” tulisnya.

Menurut Annuar, senarai kerosakan dibuat PH itu akan terus bertambah susulan ahli-ahli Kabinet ‘berkepala dua’.

 

“Semua kerosakan ini akan bertambah. Ketua kerajaan tidak dapat memilih yang terbaik kerana semua anggota Kabinet bukan saja ‘berkepala dua’ dengan dasar berbeza tetapi juga terpaksa korbankan kualiti kerana kuota didahulukan.

“Maka jadilah kerajaan PH ini kerajaan kakistocracy tulen. Sedikit pengharapan yang masih ada ialah kumpulan reformasi, baru mencari ruang pernah dijanjikan. Itu pun kalau tidak disegerakan besar kemungkinan pisang berbuah dua kali,” katanya.

Menurut Annuar kerosakan ekonomi yang berlaku ialah kehilangan pendapatan negara melalui GST, tunggakan bayaran balik tuntutan GST membengkak, pelaburan asing menguncup, mata wang negara semakin lemah dan harga komoditi terus merundum.

 

“Munculnya ketagihan lama terhadap kereta nasional, Formula 1, jambatan bengkok, Ting Phek King, Daim, St Miguel dan Jepun akan menyeret kembali ke era krisis ekonomi atau matawang 90-an.

sumber:sh

“Pasaran Saham Malaysia telah kehilangan puluhan bilion mutakhir ini. Tahap 1800 mata yang dicapai sebelum ini semakin jauh,” katanya.

Katanya, sistem lain juga turut rosak termasuk Kabinet, badan kehakiman, legislatif, sosial, politik dan bahasa.

Guan Eng sakit hati tengok Equanimity

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menyatakan rasa sedihnya terhadap rakyat ketika beliau memasuki dan melihat kapal layar mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low.

Guan Eng berkata kapal tersebut sangat mewah dan begitu cantik namun dari satu sudut beliau berkata beliau berasa sakit hati apabila mengenangkan nasib yang diperlakukan terhadap rakyat.

“Semalam saya pergi tengok kapal itu menemani Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, bagaikan mimpi punya hebat… tapi kita tengok pun kita rasa sedih dan sakit hati kerana ini semua rakyat punya wang kalau kita boleh gunakan wang ini untuk rakyat betapa baiknya.

“Itulah sebabnya kita menggalakkan semua organisasi seperti One Hope Charity ini kerana kerajaan kurang wang… kita galakkan anda buat banyak program seperti ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-16 One Hope Charity and Welfare (One Hope Charity) Berhad, di Juru Auto City, di Bukit Mertajam.

Guan Eng berkata kerajaan juga sedang dalam proses mengkaji bagi memberi pengecualian cukai kepada persatuan-persatuan dan badan bakan kerajaan (NGO) tertentu yang aktif melakukan program amal dan bantuan.

“Ia akan dikaji dan pengecualian boleh dibuat sehingga 7 peratus dan ia akan diumumkan pada belanjawan 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini,” katanya.

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu pemilik kapal itu dipercayai milik Jho Low bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Sementara itu, seramai 2,500 orang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan menerima barangan keperluan harian menerusi program tersebut.

Pengerusi One Hope Charity Chua Sui Hau berkata, pada majlis itu juga sebanyak 7,000 set makanan percuma diberikan kepada orang ramai yang hadir.

Chua berkata, pada 2017, dana yang dikeluarkan One Hope Charity berjumlah melebihi RM4.22 juta dan pada hari ini sahaja melibatkan RM1juta.

“Selain itu, hari ini pihak kami juga menyediakan 300 set barangan keperluan harian bernilai RM90,000 kepada kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai menghargai jasa mereka dalam melaksanakan tugas harian,” katanya.

sumber:- MK

– Bernama

Banyak organ gagal berfungsi, penyanyi Azreen Manan kritikal

PUTRAJAYA: Penyanyi era 1990-an Azreen Manan yang menghidap kanser serviks tahap empat berada dalam keadaan kritikal di Institut Kanser Negara (IKN) selepas dimasukkan ke hospital itu pada Sabtu.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Shah, 41, berkata, keadaan kesihatan Azreen merosot sejak seminggu lalu sebelum dirujuk kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Sejak seminggu lalu keadaan Azreen agak merosot tetapi semalam (Sabtu) ibu mertua memaklumkan keadaannya tidak stabil.

“Saya kebetulan berada di luar kawasan terus menghubungi IKN dan pulang ke Kuala Lumpur dan terus membawanya ke sini,” katanya. ketika ditemui mStar Online di hospital itu pada Ahad.

 

 

 

Azreen atau nama sebenar Azrina Abdul Manan, 41, dilaporkan menghidapi kanser tersebut sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, penyakit tersebut kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki.

Dia menjalani pembedahan kedua pada Mac lalu.

Sementara itu tambah Shah, doktor memberitahu makanan yang dimakan Azreen tidak dapat diproses dan diserap berikutan beberapa organ dalaman sudah tidak berfungsi.

“Dia makan banyak kerana nak badan naik macam dahulu tapi tetap kurus kerana makanan itu sudah tidak diproses dan diserap.

“Doktor beritahu banyak organ gagal berfungsi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shah berkata, dia bersedia dengan segala kemungkinan kehilangan isterinya itu.

Katanya, isterinya seorang yang kuat semangat dan sentiasa berjuang melawan penyakit.

“Doktor sudah beri tempoh jangka hayatnya tapi dia tidak tahu dan sehingga sekarang dia masih berjuang untuk sembuh.

“Dia masih boleh bercakap, kenal orang dan ajak saya untuk pergi bercuti jika dia sembuh nanti,” ujarnya.

Untuk rekod, pada zaman popularnya Azreen pernah menggejutkan dunia hiburan apabila dia memilih untuk berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

 

Azreen Manan antara penyanyi remaja popular pada awal 1990-an. Sumber foto GOOGLE

Ketika itu Azreen baru berusia 16 tahun.

Album pertamanya dihasilkan pada tahun 1989 ketika berusia 12 tahun. Antara karya yang menaikkan namanya ialah menerusi lagu Semalam Yang Berlalu.

Azreen pernah mendapat tempat ketiga semasa mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992 di Jepun yang mana dalam acara itu, Indonesia, diwakili Krisdayanti mendapat tempat pertama.

Antara filem lakonannya ialah Azizah The Lagend (1993).

Hasil perkahwinan Azreen dengan Tengku Intan, mereka mendapat sepasang anak yang kini berusia 24 tahun dan 21 tahun.

sumber:- mstar

Selepas berpisah dengan Tengku Intan, Azreen berkahwin lain.

 

Selepas Equanimity, M’sia mahu dapatkan jet peribadi Jho Low

Selepas kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan dana 1MDB kembali ke perairan Malaysia, kerajaan kini sedang berusaha mendapatkan semula jet persendirian milik ahli perniagaan kontroversi Jho Low.

“Ya, saya fikir, kita perlu membawanya semula (jet persendirian itu),” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melawat pameran seni bertajuk ‘Tun M: A Legacy Forever’ di Maeps Serdang hari ini.

Bagaimanapun, beliau kurang mengetahui butiran terhadap usaha membawa jet peribadi tersebut yang kini ditahan di Singapura.

“Saya tidak tahu, ada orang lain yang melakukannya,” katanya ketika ditanya sama ada perbincangan mengenai perkara ini sudah bermula.

Singapura dilaporkan merampas jet Bombardier Global 5000 berharga AS$ 5 juta pada Februari lalu.

Jet dan kapal layar berharga AS$ 250 juta itu adalah aset yang dikehendaki Jabatan Keadilan AS (DOJ) sebagai sebahagian daripada saman pelucuthakan sivil mereka.

DOJ mendakwa aset tersebut dibeli dengan menggunakan dana 1MDB. Equanimity, yang dikatakan dimiliki Jho Low melalui beberapa perantara.

Equanimity pertama kali disita oleh pihak berkuasa Indonesia pada Februari lalu.

Indonesia mengumumkan minggu lalu bahawa kapal itu akan diserahkan kepada Malaysia.

Ia tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa lalu.

sumber:- MK

Mahathir menaiki kapal layar itu untuk kali pertama semalam dan menggambarkannya sebagai “super mewah” dan tidak seperti mana-mana kapal yang pernah beliau naiki.

Sentuhan Bale terus menjadi

MADRID: Gareth Bale terus mempamerkan ketajaman sentuhan penyudah dengan menjaringkan gol dalam tiga aksi persahabatan pramusim untuk Real Madrid, terbaru ketika menewaskan AC Milan 3-1 untuk meraih Trofeo Santiago Bernabeu.

Bale turut meledak ketika menentang Juventus dan Roma dalam jelajah Madrid di Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, meneruskan rekod cemerlang menentang kelab Itali apabila meledak jaringan pada jarak dekat sebelum berakhir babak pertama.

Terdahulu Karim Benzema menjaringkan gol susulan hantaran Dani Carvajal seawal minit kedua.

Milan pantas menyamakan kedudukan menerusi gerakan Gonzalo Higuain yang mara ke kotak penalti dan melepaskan rembatan menewaskan Keylor Navas. Dia tampil buat kali pertama bersama Milan selepas meninggalkan Juventus minggu lalu.

Pelawat hampir mendahului pada minit ke-27 namun Navas berjaya menafikan sepakan percuma Giacomo Bonaventura.

Jaringan kemenangan hadir sebelum tamat separuh masa pertama apabila Milan gagal mengeluarkan bola susulan sepakan penjuru dan Bale menolak masuk bola mengatasi penjaga gol, Gianluigi Donnarumma. Separuh masa kedua tidak banyak peluang meledak jaringan kedua-dua pasukan apabila melakukan banyak pertukaran.

Madrid memberikan penampilan pertama pemain baru, Vinicius Junior selain penjaga gol remaja, Andriy Lunin.

Luka Modric turut diturunkan pada minit ke-77 walaupun terdapat laporan dia berkemungkinan dijual kepada Inter Milan. Dia hampir meledak jaringan pada masa kecederaan apabila memasuki kotak penalti menerusi satu hantaran dengan Donnarumma bertindak cemerlang untuk menolak cubaan pemain Croatia itu namun Borja Mayoral pantas menanduk bola berkenaan untuk menerjah gawang.

Sebelum musim baru bermula, Madrid akan bertemu Atletico Madrid di Piala Super UEFA Super Cup di Estonia pada Rabu. – Agensi

Pelakon Nurin Misha meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon berpengalaman, Nurin Misha meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Jalan Ipoh di sini.

Berita tersebut dikongsikan pengarah drama, Eoon Suhaini melalui Instagram miliknya sebentar tadi.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Kak Nurin telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di rumahnya di Jalan Ipoh.

 

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulis pengarah drama Love You Mr Arrogant itu.

Terdahulu, pelakon Fasha Sanda turut berkongsi berita menyedihkan tersebut melalui Insta Story miliknya pagi tadi.

“Takziah untuk keluarga Kak Nurin sekeluarga,” kongsi Fasha. – K! ONLINE

Tak mampu cari … jangan dibuang – Abby Abadi

PELAKON Abby Abadi tampil memberitahu kepada orang ramai khasnya kaum wanita, dia bersedia untuk memberikan bantuan berhubung bayi yang bakal lahir.

Menurut Abby, 40, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.

“Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, yang akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

“Di mana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang,  atau sebagainya ye adik kakak ye.

“Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi ALLAH ini,” kata Abby di Instagram miliknya

Di perkongsian yang sama juga Abby berkata, bagi mereka yang mahu mengambil anak angkat jangan ditanya tentang asal usul mereka.

Ini kerana jelas Abby, ibu bapa angkat itulah yang akan mencorakkan masa depan mereka kelak.

 "Di mana saja, saya sedia membantu. "Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik kakak ye."

“Satu lagi, untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini.

“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama, kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam,” tulisnya.

Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

Selain itu, Abby juga kini mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan dan FayyadhMaisara Dayana Fathia.

Guardiola bengang dengan masalah Luiz

PEP Guardiola meradang dengan keputusan permit kerja Douglas Luiz yang  ditolak.

Pemain tengah Brazil yang berusia 20 tahun itu menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan 10.7 juta pound dari Vasco Da Gama musim lalu sekali lagi akan beraksi di luar secara pinjaman.

Guardiola memberitahu, dia boleh mencari pemain lain jika keputusan permit itu diketahui lebih awal sebelum jendela perpindahan ditutup pada Khamis.

 

“Saya lebih suka kalau keputusan tidak diumumkan semalam. Jika bertegas bahawa peraturan tetap peraturan, lebih baik memberitahu saya 15 hari sebelum dan kami mungkin tahu apa yang boleh diputuskan.

“Tetapi mereka hanya memberitahu sehari sebelum ini bahawa dia tidak boleh bermain kerana…saya tidak tahu.

 

“Sukar untuk saya faham. Pengurus Brazil (tite) dan saya lebih tahu daripada pihak yang memutuskan dia tidak boleh bermain.

“Ia sangat bodoh untuk mengatakan dia tidak mahu bermain,” ujar Mourinho.

 

Najib sedih k’jaan tak naik gaji penjawat awam

Saya sedih dengan pengumuman Tun Mahathir bahawa kerajaan tidak akan menaikkan gaji penjawat awam dan menguatkuasa gaji minima pada masa terdekat.

Menurut beliau, kerajaan tidak mampu kerana adalah majikan terbesar dan menaikkan gaji minima akan memberi impak kepada kos operasi kerajaan.

 

Isu gaji penjawat awam yang dikaitkan dengan gaji minima adalah salah satu polisi utama yang menyebabkan Mahathir kurang senang dengan saya.

Mahathir telah berkata sebelum ini bahawa beliau dipaksa untuk keluar daripada persaraan untuk melawan saya kerana rakan-rakan perniagaannya tidak senang dengan keputusan polisi kerajaan saya.

Gaji minima merupakan salah satu polisi yang tidak disukai beliau dan rakan-rakannya.

Malah, Mahathir menulis mengenai ketidak puasan beliau dengan gaji minima di dalam blog Chedet pada 2 Mei 2012 di mana beliau menyatakan Malaysia sudahpun mempunyai gaji yang tinggi di ASEAN setelah Singapura dan menaikkan gaji minima akan menyababkan pelabur dan orang asing memindahkan kilang mereka keluar dari Malaysia.

 

GST lebih banyak kutip wang orang kaya

Pandangan saya ialah jurang pendapatan di Malaysia adalah tinggi dan kita tidak memerlukan kilang yang datang ke sini untuk mengeksploitasi rakyat malaysia dengan gaji rendah.

 

Kalau mahu, mereka boleh pergi dan kita boleh menggantikan dengan industri dan pelabur yang menawarkan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Menaikkan gaji penjawat awam mendekati gaji sektor swasta dan menaikkan pendapatan rakyat adalah salah satu fokus utama kerajaan saya terdahulu. Ini adil.

Ini antara sebab polisi seperti GST dan gaji minima diperkenalkan

Di bawah GST, ahli perniagaaan kaya dan ekonomi gelap tidak lagi dapat mengelak dan melarikan diri dari cukai atau terlibat dalam pengeluaran kapital dari Malaysia secara haram seperti yang mereka lakaukan di bawa SST, sementara kami mengutip lebih banyak wang daripada orang kaya yang akan berbelanja lebih di bawah GST berbanding dengan orang miskin kerana terdapat banyak pengecualian.

Kerana itulah kutipan SST adalah kurang berbanding GST.

 

Ahli perniagaan elak cukai

Sekarang GST telah dihapuskan, orang kaya dan ahli perniagaan boleh mengelakkan cukai sekali lagi dan merekalah yang akan beroleh kelebihan utama.

Wang yang hilang kepada orang kaya ini tidak lagi boleh digunakan untuk menaikkan gaji penjawat awam dan membantu kumpulan B40.

Menaikkan gaji penjawat awam merupakan salah satu dari janji di bawah manifesto BN PRU14 dengan kajian gaji dijanjikan pada bulan Julai. Ini tidak lagi menjadi.

sumber:mk

Penjawat awam yang paling terkesan bukan hanya kerana gaji masih tidak dinaikkan, tetapi dari segi pencen jangka hayat yang lebih rendah apabila mereka bersara.

Saya harap “Malaysia Baharu” ini bukan hanya untuk yang kaya dan golongan peniaga sahaja

‘Yang lepas itu, lepaslah’

PERJALANAN hidup Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dikira agak berliku-liku dan penuh berwarna sekali. Bersilih ganti dari atas, ke bawah dan ke atas lagi bagaikan roda. Dari seorang pelajar cemerlang yang mencatatkan rekod sebagai pelajar terbaik di bidang kedoktoran di Royal College of Surgeons, Ireland, pulang ke tanah air, berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh pemimpin politik yang umum sudah sedia kenali, menjadi seorang ibu dan kemudian dalam keterpaksaan menjadi pemimpin politik, ketua parti dan gagasan pembangkang dan sekarang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sinar Harian berkesempatan menemu ramah Dr Wan Azizah untuk berkongsi pengalaman hidupnya sebagai seorang isteri, ibu dan pemimpin politik. Mengimbasi kembali asam garam, pahit maung dan kisah suka dukanya sepanjang perjalanan hidupnya sehingga saat ini

Ikuti wawancara eksklusif bersama Penulis Kanan Sinar Harian, WAN HARON WAN HASSAN dan wartawan MOHD HAFIZ ISMAIL serta jurufoto ROSLI TALIB di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini.

Jika diimbas kembali perjalananan hidup tersebut, boleh Datuk Seri berkongsi dengan kami apakah pengalaman yang yang paling pahit dan getir yang telah dialami Datuk Seri?

Ada dua pengalaman yang saya kira paling getir dalam hidup saya sehingga ini.

Pertama apabila saya diberitahu suami saya telah meninggal dalam tahanan. Ini berlaku selepas Anwar ditangkap kali pertama pada tahun 1998.

Semasa Anwar ditangkap pada malam bersejarah itu, kedua-dua anak kami baru saja pulang dari tuisyen. Mereka secara spontan menerkam kepada bapa mereka untuk menahan polis dari menangkap bapa mereka. Saya terpaksa meleraikan mereka dan dengan hiba memberitahu mereka agar reda dan teruskan kehidupan dengan penuh sabar. Berdoa dan menyerah kepada Illahi. Nurul Nuha, salah satu dari anak kami telah lebam kebiruan kerana dikasari polis.

Kemudian pada keesokan hari, saya telah diberitahu oleh seorang kawan Anwar, bahawa suami saya telah meninggal dunia akibat dipukul dengan dahsyatnya oleh polis. Katanya ada seorang individu yang masuk ke bilik tahanan untuk menukar mentol lampu telah melihat Anwar terbaring dan tubuhnya diselimut penuh.

Saya merasa amat terkejut menerima berita tersebut tetapi tak mahu mempercayainya selagi saya tak tengok dengan mata saya sendiri. Akhirnya kita tahu cerita sebenarnya apa yang berlaku ke atas Anwar semasa beliau ditahan termasuk kisah mata lebamnya akibat dipukul Rahim Noor, Ketua Polis Negara ketika itu.

Kisah kedua yang amat pahit saya lalui ialah apabila apa yang Anwar dijatuhkan hukuman penjara buat kali kedua iaitu pada 2 Februari 2014. Saya dan keluarga tidak percaya dengan pertuduhan dibuat ke atas Anwar dan yakin ia satu konspirasi  tersusun untuk menjatuhkan Anwar. Pun begitu saya masih berharapan pihak mahkamah akan membuat keputusan yang adil selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dalam kes pertama. Maka keputusan mahkamah untuk mensabit salahkan Anwar dalam kes kedua bukan saja memeranjatkan saya tetapi juga adalah amat pahit dan sukar untuk saya terima.

Mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie sebelum itu telah memberitahu Anwar agar tidak kembali ke Malaysia kerana mungkin berdepan dengan hukuman. Anwar menjawab dia akan kembali ke Malaysia untuk menghadapi cabaran kerana yakin bahawa beliau tidak bersalah. Dan dia adalah seorang pejuang yang tidak akan lari dari cabaran.

Dan saat-saat manis pula?

Ada satu gambar apabila Nurul Izzah bergraduasi di mana semua orang sedang sibuk dengan pembebasan Anwar dari penjara pada 2004 dan dia pulang dengan jubah (konvokesyen). Sebagai seorang anak banduan ketika itu saya dan dalam Parlimen juga diejek dengan gelaran isteri seorang banduan dalam penjara di Dewan Rakyat, Alhamdulillah, anak saya berjaya dengan segala cabaran dilalui dia lulus.

Begitu juga dengan anak-anak lain dan bagi saya pendidikan itu penting. Apabila semua lepas (bergraduasi) itu yang manis. Begitu juga apabila Anwar kembali ke pangkuan keluarga kita berpuasa bersama, makan bersama, itu adalah saat yang menggembirakan. Ada satu rasa syukur apabila individu yang disayangi tiada di sisi untuk tempoh yang lama dan selepas itu dia kembali, rasanya cukup lain.

Saya juga suka mandikan cucu saya ketika mereka kecil (bayi). Sekarang ini tidak ada masa tersebut kerana cucu telah besar. Cucu pertama dan kedua saya akan mandikan. Lain-lain yang manis adalah dalam perjuangan adalah satu kemanisan. Sebenarnya dalam perjuangan ini tetap diteruskan dan bukan dah menang, dapat pangkat kita terlupa bahawa kita dahulu susah.

sumber:sinar

Bila Tun Dr Mahathir meminta maaf atas kesilapan serta ketelanjuran yang lepas, apakah mudah bagi Datuk Seri, Datuk Seri Anwar dan keluarga memaafkan beliau?

Terus terang saya katakan bahawa pada mula-mulanya, rasa sikit sukar.  Kami adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan. Namun kita tidak boleh lari daripada ajaran agama kita sebagai pedoman dan pegangan hidup. Saya sering merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasul bila menghadapi cabaran ataupun membuat keputusan besar. Saya peka dengan firman-firman-Nya serta ajaran Rasul untuk kita berlapang hati dengan kesediaan untuk memaafkan orang lain yang telah menyalahi atau menganiaya kita. Di atas dasar itu kami sedia memaafkan Tun dan menerima beliau untuk bersama-sama kami dalam gagasan pembangkang. Malah kami juga bersetuju untuk mengangkat Tun sebagai pemimpin utama gagasan pembangkang.

Bagi saya, yang lepas itu lepaslah. Kita terus mengorak langkah dan maju ke depan. Apa pun apa yang kita buat ini adalah untuk kebaikan negara di penghujung akhir hayat kita.