‘Memang Sahih Tapi Jalan Cerita Kurang Tepat’- Lelaki Cerita Kronologi Sebenar Wanita Maut Di Taman Tema Air

Musim cuti persekolahan telah bermula dan ramai keluarga mengambil keputusan meluangkan masa bersama di taman tema air. Tidak dinafikan bahawa perasaan teruja dan gembira ada dalam diri setiap kanak-kanak. Tetapi disebalik keterujaan itu, perlu diingat etika ketika bermain permainan di sana kerana ianya bakal mengundang bahaya tanpa sedar.

Tular di media sosial apabila seorang gadis tercampak keluar dari gelongsor di sebuah taman tema air di negara ini. Berita tersebut didakwa oleh pakcik kepada mangsa, Muhd Fakhrullah. Namun, sejauh mana kebenaran kejadian ini? Setelah tampil individu menafikan ketepatan cerita disebalik kemalangan yang berlaku.

Kerana terlalu laju

Menurut sumber dari pak cik mangsa, Muhd Fakhrullah, mangsa dicampak keluar dari permainan corong dek kerana pusingan terlalu laju. Tubuh mangsa tercampak jauh dan meninggal dunia setelah dikejarkan ke Hospital Tampin.

Kerana selfie

Dakwaan tersebut tular meluas di media sosial dan menyebabkan netizen mempersoalkan kesahihan berita itu. Maka, tampil seorang lelaki memberi penjelasan mengenai hal yang berlaku dan meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi selepas membaca penjelasannya.
Lelaki ini juga mengatakan bahawa mangsa melepaskan tangan ketika hendak selfie dan menyebabkan mangsa menggelonsor tanpa pelampung. Sehingga kini, pihak taman tema air berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi susuran insiden tersebut.

SUMBER- Ohbulan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *