Penampakan Misteri Dirakam Dalam Dewan Negara?

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad,  mengetuai Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. Turut berbuat demikian adalah senator-senator baru yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dr Ali Hamsa menarik perhatian netizen dengan foto misteri yang dimuatnaik di laman sosialnya.

Tahniah kepada semua  senator

Tweet ucapan tahniah Dr Ali Hamsa itu tidak ada apa yang pelik sehinggalah diteliti ada sesuatu yang pelik dengan gambar berkenaan. Penampakan lelaki tua berambut panjang di belakang seorang senator dipercayai berketurunan India mengundang tanda tanya.

Siapa lelaki rambut panjang?

Ada something tak kena

 

Netizen mempersoal ada sesuatu yang tidak kena dengan gambar itu dan memohon penjelasan KSN mengenai kesahihan gambar itu.

Hadirin perlu pakai formal

Malahan jika benar lelaki misteri itu adalah hadirin di dalam dewan, dia sepatutnya harus akur dan memakai pakaian rasmi. Selain itu, lelaki berkenaan dipercayai duduk di tempat yang sama dengan senator di depannya.

Bomoh India dalam dewan?

Sumber: Dr Ali Hamsa,via Ohbulan

Pengerusi Hindraf dilantik senator, Chin Tong timbalan menteri pertahanan

Ketua Persatuan Hindraf P Waythamoorthy hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial di Istana Negara, di ibu negara, hari ini.

Beliau sebelum itu mengangkat sumpah sebagai seorang senator, bersama tujuh orang lain, di Dewan Negara.

Empat senator lain juga mengangkat sumpah jawatan sebagai timbalan menteri di istana, hari ini.

Mereka adalah Liew Chin Tong (DAP), Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (AMANAH) dan dua pemimpin BERSATU, Mohd Radzi Md Jidin serta Marzuki Yahya.

Liew dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan manakala Raja Kamarul pula sebagai timbalan menteri kerajaan tempatan dan perumahan.

sumber:- MK

Sementara itu, Radzi dilantik sebagai timbalan menteri hal ehwal ekonomi manakala Marzuki dijadikan sebagai timbalan menteri luar negara.

‘Jangan buat U-turn’

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung manifesto yang disifatkannya hanya panduan dan bukan kitab suci, dikhuatiri membuka ruang kepada Pakatan Harapan (PH) melakukan banyak ‘pusingan U’ untuk tidak melaksanakan janji.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Ab Razab, berkata lebih membimbangkan apabila simptom pusingan U itu dikesan berlaku sejak perubahan kerajaan 9 Mei lalu.

“PH sebelum ini berjanji memansuhkan Biro Tatanegara (BTN), namun baru-baru ini BTN dikatakan akan dikekalkan dengan perubahan tertentu pada pengisiannya.

“BTN yang dimulakan oleh Dr Mahathir pada 1982 tidak jadi dimansuhkan, mungkinkah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang turut diperkasakan Dr Mahathir pada 1974 akan mengalami nasib sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Syukri berkata, tindakan itu menggambarkan manifesto sebelum pilihan raya umum lalu tidak dibina atas asas yang kukuh walaupun semua pihak maklum ia adalah natijah pungutan suara rakyat hasil perjuangan sebelum ini.

“Walaupun manifesto bukan kitab suci, dokumen terbabit perlu dimuliakan sebagai janji yang membuka laluan untuk PH berjaya.

“Justeru, PH perlu memiliki tekad dan iltizam untuk melaksanakan semua manifesto berkenaan.

“Jika ada keperluan untuk meminda sesuatu janji, hal itu mesti dibuat dengan memuliakan suara rakyat mengikut kaedah pungutan suara atau referendum.

“Kerajaan PH perlu tegas dalam memulakan pendekatan baharu bagi mewujudkan era pemerintahan baharu,” katanya.

Katanya, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah janji kerana sikap meremehkan janji dan membelakangkan rakyat perlu ditamatkan secara total.

sumber:- BH

Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata, manifesto PH bukan seperti kitab Injil, sebaliknya hanya panduan kepada kerajaan dan atas sebab itu ada beberapa perkara tidak boleh dilaksanakan seperti digariskan dalam manifesto berkenaan.

Baru Sehari Ronaldo Datang, Pendapatan Juventus meningkat mendadak

Perpindahan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid di Sepanyol ke Juventus di Itali mungkin boleh ditafsir sesetengah pihak sebagai petanda bermulanya era suram buat pemenang anugerah Ballon d’Or 2017 itu.

Hal itu demikian kerana berdasarkan keadaan semasa status Real Madrid sebagai kelab diisi bintang bola sepak ternama berada di atas Juventus.

Namun dalam sukan profesional, kejuaraan menjulang piala kadang-kadang bukanlah segala-galanya. Dari sisi lain sesebuah kelab itu juga mempunyai objektif perniagaan.

Justeru kedatangan Ronaldo, 33, ke Turin bukan sekadar memperkuatkan pasukan diurus Massimiliano Allegri.

Sebaliknya kemunculan Ronaldo juga membawa bersama laba yang besar buat kelab digelar La Vecchia Signora (Perempuan Tua) itu.

Misalnya Juventus mencatat jualan bernilai AS$60 juta (RM242.5 juta) untuk pelbagai barangan berkaitan Juventus hanya dalam tempoh 24 jam selepas Ronaldo disahkan menjadi milik mereka.

Nilai itu dianggarkan sebagai separuh daripada gaji sebulan Ronaldo di Juventus.

Tuah kena cari

Dapatan lain pula menyatakan kelab La Vecchia Signora menjual 850,000 helai jersi sepanjang musim 2016 dan 2017, tetapi pada hari pertama Ronaldo bersama mereka, sudah 520,000 helai terjual.

Pemain kebangsaan Portugal itu secara rasmi menyertai Juventus dengan menandatangani kontrak selama empat tahun. Ia bernilai kira-kira AS$117 juta (RM473 juta).

Perpindahan itu dianggap dapat membantu kelab terbabit memenangi piala Liga Juara-juara selepas lebih 20 tahun kempunan untuk menjulangnya.

Mengulas mengenai perpindahannya pemain yang popular dengan gelaran CR7 itu berkata dia bukanlah atlet yang gemar berada dalam zon selesa terutama selepas membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-juara pada musim lalu.

“Saya masih begitu muda dan sentiasa gemarkan cabaran. Sebab itu saya berhijrah dari Sporting Lisbon ke Manchester (United), kemudian ke Real (Madrid) and kini Juventus.

“Keputusan ini diambil selepas pertimbangan dibuat dengan teliti. Juventus kelab terbaik di Itali dan mempunyai pengurus yang hebat.

“Jadi keputusan berpindah ini bukanlah terlalu sukar untuk diambil,” katanya.

Ronaldo juga menegaskan dia sangat bercita-cita tinggi selain gemarkan cabaran baru.

“Saya harap semuanya berjalan lancar.

 

“Tuah memang selalu membantu, tetapi kamu perlu mencari tuah itu,” katanya.

Kehadiran anak Najib di Moscow mencolok mata Chef Wan

Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan mempertikaikan tindakan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

Melalui hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan mempersoalkan tindakan Datuk Nazifuddin Najib itu kerana sebelum ini keluarga terbabit didakwa tidak mempunyai wang sehingga mendorong pihak tertentu melancarkan kutipan derma bagi membayar baki wang ikat jamin bapanya yang berjumlah RM1 juta.

“Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, lihat siapa di Piala Dunia. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu bekas perdana menteri kita.

“Dah la itu, boleh lagi marah rakyat (yang) tak setia pada Umno dan belot dan sebagainya,” tulis Chef Wan beserta gambar Nazifuddin sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perancis dan Croatia.

Bagaimanapun Chef Wan kelihatan tidak memihak kepada mana-mana parti dengan pandangan diberikannya itu.

Melalui hantara sama Chef Wan berkata beliau tidak peduli parti mana atau tokoh dari bangsa apa menjadi pemimpin Malaysia asalkan pihak terbabit jujur dalam mentadbir negara.

“Pada pilihan raya umum akan datang kalau ada menteri Pakatan Harapan yang tak boleh menjalankan tugas dengan baik, maka mereka mesti berundur!” katanya.

Nak ke Jakarta pula

Perancis akhirnya muncul juara Piala Dunia buat kali kedua selepas menundukkan Croatia 4-2. Pasukan dikenali dengan julukan Les Bleus itu melakukannya untuk kali pertama pada 1998.

Perlawanan berlangsung di Stadium Luzhniki di Moscow.

Nazifuddin pada 5 Julai lalu sempat memuat naik luahan hatinya mengenai ujian dihadapi Najib selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pusat.

Kata Nazifuddin bapanya sanggup melalui penderitaan jika langkah itu dapat membuat rakyat Malaysia yang dikasihinya bahagia.

Selain mengecam serbuan polis di kediaman Najib, Nazifuddin juga menyifatkan Malaysia hari ini tidak jauh beza dengan keadaan 30 tahun lalu ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian nama Nazifuddin kembali meniti di bibir orang ramai apabila gambarnya bertemu pelakon Taiwan, Celia Zhang, tular di internet.

Untuk rekod Nazifuddin turut aktif dalam bidang sukan. Di peringkat domestik beliau ialah setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dilantik menggantikan Datuk Low Beng Choo pada Mei lalu.

Sementara itu, melalui Facebook pula Nazifuddin memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau berada di Stadium Luzhniki pada 15 Julai lalu.

Ekoran itu, beliau menerima pelbagai komen termasuk yang mempertikaikan tindakannya menonton Piala Dunia.

Semalam pula, dalam satu kapsyen gambar, Nazifuddin menulis bahawa beliau akan ke Jakarta pula selepas ini bagi menghadiri Sukan Asia 2018.

Malah, beliau turut menulis tanda pagar #iworkinsports. Ia dipercayai sebagai respon terhadap pihak yang mempertikaikan beliau menonton Piala Dunia.

“Gambar saya di UK (United Kingdom). Mungkin ini boleh jadi bahan berita untuk esok.

sumber:- MK

“Seterusnya saya perlu berada di Jakarta untuk Sukan Asia. #iworkinsports,” tulis anak lelaki Najib itu.

Rakyat kecewa – Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat kecewa apabila harga barangan masih tidak turun meskipun kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disifarkan.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau menerima reaksi daripada orang ramai yang berpendapat harga barangan sebenarnya tidak turun selepas kadar sifar itu dilaksanakan.

“Saya dapat lihat orang ramai kecewa, ada juga yang turun macam harga kereta, tetapi umumnya harga barangan keperluan biasa rakyat tidak turun, malah ada yang naik.

“Jadi impak yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan bahawa mereka akan mengurangkan kos sara hidup tidak tercapai.

“Selain itu, rakyat juga bimbang dengan langkah memperkenalkan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST ) kerana dijangka bahawa harga akan naik,” katanya ketika ditemui media selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke -14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Parlimen, hari ini.

Najib berkata, beliau akan membawa perkara itu ke sidang Dewan Rakyat dan akan memberi fakta yang diperlukan.

“Pelaksanaan SST akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

“Kadar sifat GST sebelum ini tidak memberi kesan kepada rakyat, ditambah lagi dengan SST beban rakyat akan bertambah.

“Jadi, tidak kesampaian apa yang dinyatakan mereka (kerajaan) bahawa harga akan turun,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SSTyang akan diperkenalkan semula pada 1 September depan.

sumber:- BH

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen pada Ogos ini bagi menggantikan cukai GST, yang mana pengenalan semula SST dijangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Annuar sindir KJ

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bekas ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin telah hilang kredibilitinya meskipun ahli Parlimen Rembau itu menekankan beliau tetap setia kepada Umno.

Menulis di Twitter, Annuar membidas Khairy yang kononnya mahu mendukung integriti tata cara dewan dengan tidak menyertai wakil rakyat BN dan PAS semalam yang bertindak keluar dewan.

“Pembangkang yang credible (wibawa) adalah – yang bertindak sorang sorang… yang bila ada (mesyuarat) precouncil tak payah hadir… bila ada perbincangan sesama MP tak payah sertai… bila benda salah kerajaan buat kita duduk saja…. bila kawan kawan bangun bercakap kita diam saja…

“Yang credible ialah ikut Pakatan Harapan!” kata Annuar yang juga adalah anggota Parlimen Ketereh tanpa menyebut nama bekas ketua pemuda Umno itu.

Anggota Parlimen BN dan PAS semalam bertindak keluar Dewan Rakyat selepas mendakwa bahawa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker tidak mematuhi prosedur.

Bagaimanapun, Khairy dan Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman tidak menyertai mereka.

sumber:- MK

Khairy kemudian berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana sebarang protes boleh dilakukan semasa peringkat perbahasan, sambil menekankan bahawa beliau menghormati majlis.

Saya tetap setia – KJ

Di sebalik tindakan melawan arus apabila tetap duduk ketika rakan-rakannya keluar Dewan Rakyat semalam, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tetap setia dengan parti itu.

Khairy yang juga anggota parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya apakah beliau akan meninggalkan parti Melayu itu.

“Tentulah tidak, saya setia dengan parti saya,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Semalam Khairy mengambil keputusan tidak keluar dari Dewan selepas rakan-rakan pembangkang lain memboikot pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker Dewan Rakyat .

Turut mengambil sikap sama ialah Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dan bekas ketua Wanita Umno, Mas Ermiyati.

Pelantikan itu dipertikaikan pembangkang kerana didakwa tidak mengikut Peraturan Mesyuarat berdasarkan peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Khairy berkata beliau mengambil keputusan itu kerana mahu menghormati majlis dan menganggap keluar Dewan bukan cara menyatakan bantahan.

Beberapa hari sebelum itu, Khairy juga dilihat mengkritik pelantikan Tan Sri Mohamed Apandil Ali sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, sebelum ditolak oleh bekas Peguam Negara itu.

Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai memalukan.

Selain itu, beliau turut menyatakan keresahan terhadap hala tuju yang diambil parti itu.

Beliau yang tewas dalam pertandingan kerusi presiden Umno bulan lalu berkata Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan kini menuju jalan ‘kehancuran’.

Disindir supaya sertai HARAPAN

Tindakan Khairy tidak menyertai rakan-rakan partinya keluar Dewan Rakyat semalam mengundang kecaman daripada pemimpin Umno.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati parti dan menegaskan Khairy perlu mematuhi keputusan parti dan bukannya mengambil keputusan sendiri.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Anuar Musa pula berkata tiada tindakan akan diambil terhadap anggota parlimen Rembau itu kerana Umno mengamalkan dasar terbuka.

Bagaimanapun Annuar menerusi Twitternya hari ini dilihat menyindir pemimpin muda itu dengan mengatakan adalah lebih baik sekiranya beliau menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Pembangkang yang credible yang bertindak seorang-seorang, yang bila ada pre-council tak payah hadir, bila ada perbincangan sesama MP tak payah join.

“Bila kawan-kawan bangun bercakap kita diam saja, yang credible ikutlah PH (HARAPAN),” tulis Annuar di Twitternya pagi tadi.

Khairy ketika ditanya mengenai komen Annuar itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

sumber:- MK

“Saya tak nak cakap soal parti di tempat awam, saya boleh buat macam tu tapi saya tak nak,” katanya.

‘Sekarang saya dah tak boleh tangkap orang sesuka hati’

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sekarang terikat dengan manifesto Pakatan Harapan dan tidak boleh berbuat sesuka hati.

“Saya kena ikut manifesto yang ditetapkan oleh gabungan (Pakatan Harapan).

“Saya tidak bebas buat apa yang saya suka kerana terikat dengan tanggungjawab menjalankan keputusan gabungan, dan gabungan ini telah memutuskan kita kembali pada demokrasi,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara dengan Al Jazeera.

Media antarabangsa itu antaranya bertanya sama ada beliau mahu menggunakan pendekatan keras seperti pernah dilakukan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika menjadi perdana menteri kali pertama.

Ketika itu, kata Al Jazeera, timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi sekutu politik, sendiri disumbat ke penjara.

Mahathir bagaimanapun menegaskan Malaysia akan kembali kepada kedaulatan undang-undang.

“Hari ini saya tidak boleh buat keputusan sendiri untuk tangkap orang,” katanya.

sumber:- MK

Mahathir bagaimanapun berkata pentadbirannya sebelum ini tidak pernah menggunakan kuasa secara rawak, sebaliknya mesti mempunyai sebab tertentu.

Awas, Ellie sudah bagi amaran

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati Omar, sekali lagi tampil penuh emosi ketika hadir di satu himpunan bagi menyuarakan kesetiaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur pagi ini.

Ellie dengan nada lantang memberikan amaran kepada segelintir pihak yang didakwanya cuba menghakis peranan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.

“Jadi ini saya menyeru… ini saya cakap betul-betul, saya menyeru semua manusia berbangsa Melayu Islam, sebarkan video ini.

“Kita akan berjumpa lagi!” katanya ketika berucap di himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru.

Kira-kira 100 orang penyokong himpunan itu mula berkumpul di kawasan lapang berhampiran kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman seawal jam 8 pagi.

Mengikut rancangan asal mereka akan bergerak ke Jalan Parlimen untuk menyatakan perasaan masing-masing dan menunggu ketibaan kereta rasmi Sultan Muhammad V yang dalam perjalanan ke parlimen.

Bagaimanapu penganjur memberikan arahan bersurai kira-kira jam 9.45 pagi selepas polis tidak memberi kebenaran mereka berbuat demikian.

Ellie bukan rasis

Kata Ellie tiada sesiapa berhak mencuba untuk menjatuhkan raja-raja Melayu atau menjadikan Malaysia sebuah republik.

“Bercerai nyawa dari badan, jadi tulang, sebati dengan tanah… tapi bangsa Melayu, raja-raja Melayu, jangan cuba kamu nak jatuhkan raja Melayu dan jadikan Malaysia ini sebuah negara republik!” ucapnya dengan bersemangat sambil didampingi presiden NGO itu Lokman Noor Adam.

Untuk rekod Lokman ialah bekas panel pemikir Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA) dan kini merupakan salah seorang anggita Majlis Tertinggi Umno.

Tidak ketinggalan seorang lagi bekas panel pemikir JASA Tun Faisal Ismail Aziz.

Berpakaian serba hitam mengikut tema himpunan hari ini, Ellie sebelum itu berkali-kali menegaskan bahwa beliau bukan merupakan seorang rasis.

Sebaliknya kata pelakon Spinning Gasing itu dia hanya bersuara untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

“Saya tak cari publisiti murah.

sumber:- MK

“Saya juga bukan seorang yang rasis. Sama sekali tidak!” katanya mengulas kritikan yang timbul berikutan kemunculannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini bagi memberikan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.