Aliff Syukri Dibayar Seperti Pelakon Baharu

Aliff Syukri mengakui menerima bayaran seperti pelakon baharu. Foto: SHAARI CHEMAT / The Star

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu bayaran yang diterimanya untuk berlakon sama seperti pelakon baharu lain.

Aliff berkata, dia tidak meletakkan harga yang tinggi berikutan dia bukan pelakon berpengalaman dan masih belajar.

“Saya berlakon suka-suka sahaja tapi banyak pula tawaran. Saya tidak boleh ambil semua kerana tiada masa yang banyak untuk itu.

Aliff tak letak bayaran tinggi sebagai pelakon.

“Bayaran saya untuk berlakon tidak banyak macam pelakon baru dapat. Dalam RM1,000 lebih sahaja untuk satu drama atau satu episod,” ujarnya kepada mStar Online.

Beliau ditemui pada sidang media pelancaran tudung Aliff By Sha dan pembukaan restoran Romah Makan Terlajak Laris di sini, pada Selasa.

Aliff bakal keluar dengan filem pertamanya berjudul Badang pada 15 Februari depan.

Aliff dan isteri, Shahida.

Drama lakonannya berjudul Toyol Ke London juga baharu ditayangkan bulan lalu di Astro Ria.

Sementara itu, bercerita tentang lagu Abang Nak Tegur, Aliff berkata, dia masih lagi dalam rangka promosi lagu berkenaan.

“Alhamdulillah, sambutan baik dan sudah pun dimainkan di radio tempatan dan pencalonan Muzik-Muzik.

“Insya-Allah, pihak syarikat rakaman ada perancangan untuk single kedua saya, sebagai penyanyi saya ikut sahaja yang terbaik,” ujarnya.

SUMBER- Mstar.my

Joy Revfa Juga Dapat Tawaran Menyanyi

PETALING JAYA: Selepas Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida dan Nur Sajat melangkah sebagai penyanyi, usahawan kosmetik kontroversi iaitu Joy Revfa turut menerima tawaran serupa daripada sebuah syarikat rakaman.

Bagaimanapun, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, dia masih belum bersedia untuk ke arah itu namun bukan bermakna dia tidak berminat.

“Alhamdulillah sepas kontroversi perkahwinan rezeki saya lebih murah dan memang ada tawaran berlakon dan menyanyi untuk saya.

“Saya dapat lagu daripada seorang komposer Indonesia, tapi saya perlu fikir panjang dulu kerana suara saya tidak sedap. Saya tidak menolak tetapi belum bersedia lagi,” ujarnya kepada mStar Online.

Joy sentiasa berfikiran positif dan mahu mencuba perkara baru.

Joy ditemui pada majlis sidang media tudung Alif Syukri yang diadakan di Romah Makan Terlajak Laris, di sini, Selasa.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun lalu.

Joy Revfa dan Aliff Syukri.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya selepas kontroversi berkenaan, Joy berkata, dia sentiasa berkawan dengan orang yang positif.

“Orang tanya macam mana saya boleh kuat dan menjalani kehidupan selepas perkara itu, saya fikir apa yang saya lalui hanya sedikit berbanding orang lain.

“Saya fikir positif dan dikelilingi orang-orang positif. Saya sarankan juga wanita yang senasib dengan saya agar sentiasa motivasikan diri,” ujarnya.

Joy Revfa mahu fokus dengan perniagaan.

Dalam pada itu, ditanya tentang kecaman, Joy berkata, dia masih menjadi perhatian di media sosial.

Namun, dia sudah lali dan menganggap teguran netizen sebagai tanda mereka ambil berat terhadap dirinya.

“Apa yang saya muat naik di laman sosial masih lagi ada yang komen bukan-bukan. Ada yang tegur saya sebagai wanita itu dan ini.

“Tapi tidak mengapa kerana ia merupakan salah satu cara mereka sayangkan saya,” ujarnya.

SUMBER- Mstar.my

‘Taknak Masuk Syurga Ke?’- Viral Video Isteri Tampar Suami, Pendapat Lelaki Ini Dikecam Ramai

Semalam, viral sebuah video seorang isteri menyerang suami yang kantoi bersama perempuan lain di sebuah pusar beli belah di Melaka. Berang sudah beberapa kali curang, si isteri bertindak menampar pipi suami. Susulan viralnya video tersebut, ramai yang memberikan respon menyokong, tak kurang juga yang mengkritik.

Di twitter, seorang individu berpendapat tindakan si isteri menampar suami adalah berdosa kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Walaubagaimanapun pandangan lelaki ini dikritik ramai.

Video viral

Tampar suami, tak nak masuk syurga ke?

Apa yang zalimnya?

Berikutan viral video tersebut, seorang lelaki meninggalkan respon berpendapat isteri tidak seharusnya menampar suami. Sebagai isteri, dia hendaklah patuh dan berdosa mengaibkan suami di khalayak ramai sebegitu. Namun, ramai yang tidak bersetuju dan menerangkan kepada lelaki tersebut mengapa si isteri hilang kawalan sehingga menampar.

Apa pendapat korang?

SUMBER- Ohbulan.my

Bintang Veteran Fatimah Yassin Patah Tulang Belakang

AKIBAT terjatuh di sebuah pusat beli-belah, pelakon veteran Fatimah Yassin tidak mampu meneruskan aktiviti harian sejak September tahun lalu.

Menurut Fatimah, 79, dia disahkan menghidap Osteoporosis (tulang rapuh) yang mengakibatkan patah tulang belakang dan kini masih menjalani rawatan pakar.

“Ketika kejadian saya berada di sebuah pusat beli-belah, saya terjatuh dengan tiba-tiba dan bermula daripada situlah saya tak mampu nak berjalan seperti biasa.

“Doktor sahkan saya mengalami tulang rapuh dan tulang belakang di bahagian T3 patah serta memerlukan rawatan fisioterapi.

Fatimah menceritakan punca dia terbaring dan tak mampu berjalan.

“Sebelum ini pun saya memang ada sakit lutut kerana terlalu aktif, tak sangka pula akibat jatuh itu membuatkan saya tak mampu bergerak,” katanya kepada mStar Online.

Fatimah ditemui semasa kunjungan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) dan Persatuan Seniman Malaysia di kediamannya di Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Turut bersama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob dan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Sementara itu, pelakon yang dikenali menerusi drama PJ Holding pada era 1980-an ini berkata, dia telah dimasukkan ke hospital lebih tiga bulan dan doktor memaklumkan peluang untuk mampu berjalan seperti biasa agak tipis.

Fatimah Yassin (tengah) menerima kunjungan Datuk Fauzi Ayob (kiri), Zed Zaidi (kanan) dan Datuk Jailani Johari (dua dari kanan).

Malah, dia memerlukan hampir RM5,000 sebulan untuk menampung perbelanjaan bulanan bagi kos perubatan.

“Saya dimasukkan ke hospital lebih tiga bulan dan kini menjalani rawatan fisioterapi. Rawatan tersebut hanya untuk bantu saya berdiri dan kalau nak berjalan mungkin agak sukar.

“Rawatan awal, saya membelanjakan hampir RM10,000 dan kos rawatan susulan pula mencecah RM5,000 sebulan.

“Semua perbelanjaan perubatan itu saya tanggung sendiri dengan bantuan anak-anak dan saudara-mara,” katanya.

Zed Zaidi turut menyerahkan kad keahlian Seniman kepada Fatimah Yassin.

Dalam pada itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi, berkata lawatan dan kunjungan persatuan tersebut adalah bagi menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada pelakon drama ini.

“Ini lawatan pertama kami untuk tahun 2018. Alhamdulillah, hari ini kunjungan turut disertai oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Finas.

“Seniman melihat Fatimah memerlukan bantuan dan kerana itu kita melawat dan hulurkan sedikit sumbangan kepada pelakon veteran ini,” katanya.

Fatimah memulakan karier seni awal tahun 50-an dan mencipta nama sebagai pelakon dalam drama pentas Ribut yang diadaptasi dari drama Cina berjudul Thunderstorm pada tahun 1960-an.

Dia menceburi bidang lakonan ketika berusia belasan tahun di Singapura.

Fatimah juga pernah menjadi penyampai radio RTM bagi saluran FM Stereo.

SUMBER- Mstar.my

Jadi Ahli Politik, Gaya Rambut Pasha (Ungu)

TIMBALAN Datuk Bandar Palu, Sigit Purnomo atau lebih dikenali sebagai Pasha (Ungu) adalah salah seorang ahli politik paling terkenal di Indonesia, terutamanya kerana kerjayanya masa lalu sebagai penyanyi kumpulan pop rock Ungu.

Walaupun sudah bergelar ahli politik, ternyata Pasha tidak sepenuhnya dapat ‘lari’ dari dunianya terdahulu, termasuklah dari segi gaya rambutnya.

Akaun Instagram rancangan bual bicara popular di Indonesia, Mata Najwa telah memuat naik posting mempromosikan episod mereka, yang mana beberapa pemuzik, termasuk Pasha, telah dijemput untuk berbincang tentang politik.

Walau bagaimanapun, netizen tertumpu kepada gaya rambut baharu Pasha yang ‘hipster’ sambil memakai pakaian seragam kakitangan awam.

Rata-rata mereka mengkritik tocang kecilnya itu dengan menyatakan ia tidak sesuai dengan imej seorang pegawai kerajaan.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang mengawal pentadbiran pemerintahan daerah, dilihat bersetuju dengan penilaian yang dilakukan orang awam terhadap Pasha.

“Secara etika, ada peraturan untuk berpakaian kemas sewaktu memakai pakaian seragam rasmi. Biasanya (rambut Pasha) tidak bertentangan dengan undang-undang, ia hanya melanggar etika tata cara berpakaian,” kata Ketua Fasilitas Daerah di bawah Kementerian Dalam Negeri, Akmal Malik, memetik Detik.

“Kita akan tegur, ingatkan dulu, kerana itu sifatnya administratif,” katanya.

Pasha belum membuat apa-apa kenyataan tentang gaya rambutnya, termasuk sama ada dia mahu atau telah mengubah apa yang dilakukannya berikutan kontroversi ini.

Ini bukan kali pertama bekas bintang pop ini mencetuskan kontroversi kerana penampilannya.

Tidak lama dulu, selepas dipilih sebagai Timbalan Datuk Bandar (Wakil Wali Kota) Palu, Sulawesi Utara pada 2016, dia dikritik kerana memakai jeans dan jaket bersama pingat polis dan tentera ketika bertugas, yang mana dia mencabar sesiapa sahaja untuk membentangkan bukti menyatakan pakaiannya menyalahi undang-undang.

Kontroversi lain termasuklah bersama dengan kumpulannya di pentas sambil memakai seragam kakitangan awam.

Bagaimanapun, dia tidak dikenakan tindakan kerana mendapat kebenaran bosnya, selain membuat persembahan bersama Ungu di Singapura, juga tidak dihukum kerana pertunjukan itu berlangsung pada hujung minggu.

SUMBER- Mstar.my

Murid Bawa Makanan Sunnah, Peniaga ‘Lunchbox’ Kena Kecam

Seorang wanita tular di Facebook selepas memuat naik kisah mengenai seorang murid Tahun Dua yang makan lebihan makanan rakan-rakannya baru-baru ini. – Facebook/ Aida Puan Sri Squeq

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita memuat naik kisah seorang pelajar tahun dua yang sanggup makan sisa makanan kawan-kawannya kerana didakwa tidak puas hati dengan makanan yang dibekalkan ibunya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Niatnya berkongsi kisah tersebut dipertikaikan kerana terdapat netizen yang menganggap ia hanyalah strategi pemasaran Aida Najiza Najib untuk melariskan perniagaan ‘lunchbox’ yang baru diusahakannya.

Aida Najiza ketika dihubungi mStar Online berkata, dia tidak bermaksud mempersoalkan tindakan ibu kepada murid perempuan itu yang membekalkan makanan sunnah kepada anaknya, cuma berasa simpati dengan kanak-kanak itu yang teringin menikmati makanan seperti rakan-rakannya yang lain.

“Cerita itu sebagai peringatan… yelah anak kita, depan mata kita mungkin dia tak buat macam tu (makan makanan tidak berkhasiat), tapi belakang kita, kita tak tahu.

“Kita ibu bapa, kita kena ‘alert’ dengan anak-anak. Kena tahu dia makan apa. Mungkin dekat rumah kita dah bagi dia makan, tapi kena fikir dari segi lain sebab mereka juga ada nafsu ,” katanya.

Status yang dimuat naik oleh Aida Najiza pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut hanya membawa bekalan biskut, tiga biji kurma, beberapa biji kismis dan air masak ke sekolah agama.

Kelas agama di sekolah itu dijalankan pada sesi petang dan waktu rehat yang pertama adalah pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang, manakala sesi rehat kedua adalah pada pukul 4.30 hingga 4.45 petang.

Ujar Aida Najiza, dia baru seminggu menjalankan perniagaan menjual makanan kepada seramai hampir 60 pelajar di sekolah agama tersebut yang terletak di Melaka.

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu memberitahu bahawa dia berasa tersentuh dengan apa yang dilihatnya dan berniat untuk memberikan makanan percuma kepada kanak-kanan tersebut, namun hasratnya itu tidak kesampaian apabila dihalang oleh seorang guru.

“Ada juga yang kecam ‘ustazah’ yang dinyatakan dalam posting saya itu kerana tidak ambil berat dan sebagainya.

“Bila ‘ustazah’ itu pesan kepada saya begitu, itu bermakna dia sudah pernah bercakap dengan ibu murid berkenaan,” jelasnya.

Komen netizen yang mempersoalkan tindakan Aida Najiza menulis tentang kejadian tersebut di Facebook.

Tambah Aida Najiza, dia berniaga di kantin sekolah tersebut sekadar hobi dan ‘suka-suka’ selain menyayangi kanak-kanak.

Bekas atlet sepak takraw negara itu berharap agar pihak lain berhenti menuduh dirinya sengaja memuat naik status tersebut kerana ingin menambah pendapatan.

“Kalau tengok Facebook saya pun dah lama saya tak buka pesanan kerana saya pun terlalu sibuk dengan apa yang saya ada.

“Suami saya arkitek, saya pun berniaga bukan nak keuntungan pun. Saya suka, saya gembira dan suka budak-budak, itu sahaja,” tambahnya.

Aida Najiza menjual makanan seperti dadih, spageti, nasi goreng, nasi lemak, bihun goreng dan sandwich pada harga seringgit sepinggan.

Posting tersebut dikongsi sebanyak 969 kali dan menerima lebih 2,600 tanda suka.

SUMBER- Mstar.my

Mengaku Cantik Dan Bijak, Fathia Latiff Mahu Lempang Muka Lelaki Hantar Gambar Kemaluan

Pelakon Ariana Rose, Fathia Latiff tidak pernah lekang dengan cerita sensasi. Ada-ada saja isu yang akan dibangkitkan sehingga membuatkan ramai ‘triggered’ dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Aktres ini kerapkali menggunakan laman Twitter sebagai tempatnya meluahkan perasaan sama ada tentang isu semasa atau apa saja mengenai dirinya. Terbaru, dia membuat satu kenyataan mengenai kebijaksaan dikurniakan kepada dirinya.

Jangan iri hati

Semalam Fathia ada memuat naik satu tweet yang mengakui dia cantik dan bijak, semua orang perlu menerima hakikat itu dan mengingatkan supaya tiada yang cemburu dengan apa yang dimilikinya itu.

Tweet pendek yang mungkin berbunyi agak memuji diri sendiri membuatkan netizen tidak melepaskan peluang untuk menghentam pelakon berkenaan. Fathia juga kali ini mengambil sedikit masa ‘melayan mesra’ peminatnya ekoran tweet itu.

Haiwan pun ada otak, tapi…

Salah seorang pengikut mengatakan jika dikatakan cantik dan berotak (bijak), haiwan juga mempunyai otak. Namun apa yang membezakan haiwan dan manusia adalah manusia berfikir sebelum bertindak.

Jawapan padu Fathia untuk pengguna Twitter itu mungkin membuatkan wanita berkenaan menyesal membangkitkan isu berkenaan.

Selalunya memang tak guna

Sampai grammar pun kena kecam

Tidak hanya kenyataan berkenaan dihentam, malahan kesalahan tatabahasa Fathia juga turut menjadi sasaran netizen. Siap mengajar lagi pelakon ini menggunakan tanda baca yang betul!

Ingatkan suami orang berhenti hantar gambar kemaluan

SUMBER- Ohbulan.my

“Salah Ke Aku Tua” – Rita Rudaini Berang

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini berang apabila menerima mesej peribadi di laman sosial Instagram yang mempertikaikan cara pengacaraannya di sebuah program televisyen.

Rita Rudaini Mokhtar, 42, berkata, dia terpanggil untuk membalas mesej peribadi tersebut kerana dirasakan keterlaluan dan menghina punca rezekinya.

“Sudah lama sis sabar dengan manusia berhati busuk kat luar sana. Tapi yang ini sis tak suka bila pertikai rezeki yang sis cari untuk anak-anak.

“Keji ke jadi pengacara? Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua?” tulisnya di Instagram pada Selasa.

Status yang dimuat naik Rita Rudaini pada Selasa.

Rita menjadi salah seorang pengacara program membeli-belah Wow Shop pada setiap Ahad di TV9 bermula awal Januari lalu.

Sementara itu, Rita juga berharap individu yang menggunakan akaun palsu itu belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik dan menghormati orang lain.

Katanya, tindakannya mendedahkan mesej peribadi itu di laman sosial adalah bagi memberi pengajaran kepada netizen lain agar lebih berhati-hati.

“Tak rugi jadi baik dan tak susah jadi baik. Aku atg sebab nak bagi pengajaran pada orang lain juga, jangan busuk hati pada manusia lain,” katanya.

SUMBER- Mstar.my

‘Mak Kata Bagi Peluang’- 5 Tahun Dirogol Bapa Sendiri, Tak Lapor Bimbang Bapa Dibuang Kerja

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Syed Azmi, beliau merupakan salah seorang yang aktif membantu golongan yang tidak berkemampuan termasuklah isu membabitkan sumbang mahram dan zina. Di laman sosial, Syed Azmi sering berkongsi pengalamannya berdepan dengan pelbagai masalah sosial melibatkan remaja.

Terbaru, beliau ada berkongsi kisah ‘haruan makan anak’ yang mana seorang bapa sudah 5 tahun mencabul dan merogol anak kandungnya sendiri. Apa yang menyedihkan anak dan ibu tidak mahu lapor kerana bimbang siapa mahu menanggung keluarga jika bapa ditangkap.

‘Belakang adik, ayah cabul & rogol saya’

“Ayah pass phone dia pada adik. Adik amik handphone and main handphone.
Belakang adik, ayah mencabul dan rogol saya.”

Although this may sound absurd, tapi kalau dah macam ni for the past 5 years and dah cakap dengan mak, mak tak endah, cakap dengan cikgu, cikgu takut nak masuk campur- Last-last, main depan adik beradik 4 orang pun dah takde perasaan dah. But it hurt this child, silap – all children.

In the end, waktu masuk sekolah menengah baru-baru ni, this girl try to tell the teacher, the teacher called me and after an hour drive, i reached the school and see her.

All sort of sex act, you name it.
I gave her 2 pregnancy test to check. Comes back negative.

And this is how we start.

I introduced myself.
I explained that we are all here to protect you.
Tanya nama, tanya nama panggilan apa.

The teacher already explained to me earlier what happened and they wanted to know what to do next.

Standard, call 15999
Report police
Medical check up

Kalau ayah tak kerja, siapa nak tanggung keluarga

Tapi anak ni tak takut semua tu.
All dia nak tahu, apa jadi nanti kat mak dan adik beradik.
Dia tetap sayang ayah. Dia cuma nak ayah berhenti buat jahat padanya.

I actually said, today, i try my best to do what you want.
Nak report police? Tak tahu.
Habis dik, nanti siapa nak bagitahu ayah supaya jangan buat lagi? Tak tahu.

Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat.

She finally said, kakak pun kena juga. Kalau kakak report, saya report.

The sister is in KL and she is in Selangor.

She called the sister.

The sister thinks like her.
Nanti apa kata keluarga.
Nanti apa kata jiran.
Nanti ayah kena buang kerja.
Saya nak sambung belajar, kalau ayah tak kerja sapa nanti nak tanggung belajar.
Takpelah, biarkan aje. Mak kata bagi peluang.

I explained again.

Kakak kata, nak fikirkan dulu. Malam ni bagitau.

Ok.

Talked to the girl kat depan ni.

She is now talking abit. Better than earlier. Rasa lega. She said.

I explained lagi, ni sementara sahaja. Nanti balik cuti semester lain pulak.

We drove back, waiting for the decision.

I called JKMWPKL, pasukan beruniform dan prepared the teacher.

And waited.

Baru sekejap tadi, the kakak confirm.

“Buatlah report, tapi biar hujung minggu waktu ayah tak kerja.”

And as someone who respect the need and consent of a child, wish i could do better.

Paling sedih, adik beradik boleh share ‘Kau kena tak semalam?’

Everyone is in place. Now we let the system run.

Tapi yang saya paling sedih, among siblings, dah boleh share” Kau kena tak semalam?” sesama sendiri sebab dah biasa kena. More then 5 years.

If you ask me, the family dynamics plays an important role why children fikir tak nak repot.
Ayah seorang sahaja yang kerja.
Mak suri rumah.
Tiada datuk nenek saudara dan ada konflik keluarga.

Jadi kalau ayah masuk jail, siapa yang susah. Mereka yang susah.

Jadi penyelesaian yang itu perlu.

Imagine how to answer that infront of the child?
Mana sempat nak maki-maki. Saya senyum sahaja.
Dan explain our system macam mana.
*I may have foster care to be in place.

Apa masyarakat boleh buat?
Kenal balai polis yang berdekatan.
Dapatkan number telefon polis.
Ingat 15999. Ajar pada semua anak-anak.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
(especially cikgu, kaunselor, jiran)
Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb.

SUUMBER- Ohbulan.my