Penyanyi Rap Jerman Sertai Daesh Maut

PENYANYI rap Jerman, Deso Dogg atau nama sebenarnya Denis Cuspert yang menjadi penyembelih manusia bagi pihak Daesh, telah dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara di Syria minggu lepas.
Denis pernah dilaporkan terbunuh tiga tahun lalu namun berita tersebut kemudiannya disahkan sebagai palsu. Namun kali ini kematiannya berhampiran Deir Ezzor telah disahkan oleh pihak berkuasa.

Dia maut dalam serangan udara di kawasan itu pada Rabu lalu. Gambar mayatnya yang dipenuhi darah juga telah diterbitkan oleh kumpulan pro Daesh iaitu Yayasan Media Wafa.

Denis menyertai kumpulan militan itu pada 2014 selepas meninggalkan rumahnya untuk menjadi penyebar propaganda kumpulan Daesh.

Ia menyebabkan kerajaan Jerman mengisytiharkan Denis sebagai tokoh utama dalam peringkat tertinggi pengurusan kumpulan itu.

Dia juga dipercayai telah menerbitkan video ngeri yang memperlihatkan tebusan British dan Amerika Syarikat dipenggal kepala oleh kumpulan itu.

Penyanyi rap ini yang dikenali dengan nama Abu Talha al-Almani dalam kumpulan Daesh dikatakan memainkan peranan utama untuk memperdayakan beratus-ratus remaja Jerman untuk menyertai kumpulan militant tersebut dengan menjanjikan kononnya syurga sekiranya mereka mati dalam pertempuran.

Denis dilahirkan di Berlin pada October 1975. Ibunya adalah rakyat Jerman manakala bapanya pula berasal dari Ghana.

Bapanya meninggalkannya ketika dia masih bayi dan Denis sering bertengkar dengan bapa tirinya yang merupakan bekas tentera Amerika Syarikat.

Pada 2014, penterjemah FBI, Daniela Greene telah berkahwin dengan Denis selepas berbohong mengenai penglibatan suaminya. Dia juga memberi maklumat kepada Denis bahawa lelaki itu dalam siasatan.

SUMBER- Mynewshub.my

“Hubungan Kami Kini Rumit” – Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui hubungannya dengan pelakon Elfira Loy melalui fasa yang rumit.

Bagaimanapun, Sufian, 25, berkata, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

“Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

“Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Sufian ditemui pada majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era2018, yang diadakan KL Hilton, pada Selasa.

Pasangan ini rancang untuk berkahwin pada Mac ini.

Dalam pada itu, Sufian berkata, sebagai seorang individu dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

“Sebagai indvidu saya bersedia untuk berkahwin, tapi perkahwinan ini bukan semudah itu, ia melibatkan ramai pihak terutamanya keluarga.

“Kita tidak boleh membelakangi keluarga terutama ibu bapa, sebab itu saya kata sebagai individu saya bersedia,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang persiapan perkahwinan, Sufian berkata, dia dan tunangnya itu kini sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Perancangan awal untuk berkahwin mereka pada bulan Mac 2018 namun penyanyi lagu Terasa Ada ini memberitahu dia dan Elfira belum lagi mempunyai tarikh sebenar pernikahan.

SUMBER- Mstar.my

Mayat Sami ‘Tersenyum’ Selepas Dua Bulan Meninggal Dunia

BEBERAPA keping gambar mengejutkan muncul, menunjukkan seorang sami yang sudah dua bulan meninggal dunia ‘tersenyum’ ketika mayatnya dikeluarkan oleh pengikutnya setianya.

Luang Phor Pian, seorang sami yang dihormati ketika hayatnya, meninggal dunia pada 16 November tahun lalu di Bangkok, Thailand pada usia 92 tahun.

Berasal dari Kemboja, Pian menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai guru kerohanian dan guru Buddha yang terkenal di Lopburi, Thailand.

Gambar Pian yang diambil tidak lama sebelum dia meninggal dunia. -foto Asiawire/FB

Apabila dia meninggal dunia, mayatnya dikembalikan ke kuil tempat dia berkhidmat untuk dikebumikan.

Pada minggu ini, para pengikutnya mengeluarkan mayatnya dari keranda sebagai sebahagian daripada upacara tradisi Buddha.

Tetapi mereka terkejut apabila mendapati mayatnya hampir tidak terjejas dan dia kelihatan sedang tersenyum.

Menakjubkan apabila Pian masih nampak tersenyum apabila diangkat melalui orang ramai.

-foto Asiawire/FB

Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saat-saat luar biasa ini dan berkongsi foto-foto tersebut di media sosial.

Laporan menyatakan bahawa para sami telah mengeluarkan mayat Pian untuk dipakaikan dengan pakaian yang baharu dan bersih.

Walaupun sudah dua bulan meninggal dunia, mayatnya masih sempurna, seperti seseorang yang mati tidak lebih dari 36 jam, media tempatan melaporkan.

Keadaan Pian digambarkan sebagai tanda bahawa sami itu telah mencapai nirwana (kebahagiaan tertinggi).

Para pengikutnya akan terus berdoa untuknya sehingga upacara peristirahatan akhir diadakan pada hari ke-100 kematiannya. -mirrorUK

SUMBER- Mstar.my

“Selagi Saya Bersama Isteri Dan Anak, Tiada Apa Perlu Ditakutkan” – Gary

Bekas anggota Running Man, Kang Gary akui kini berada dalam fasa bahagia.

Menurut Gary, tidak mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga selepas berkahwin.

“Secara jujurnya saya ingat saya boleh bekerja dan berkarya dengan muzik seperti biasa selepas bergelar bapa.

“Namun tidak sangka jangkaan saya meleset sama sekali. Memang agak sukar untuk membahagikan masa.

“Namun keluarga tetap menjadi keutamaan saya,” katanya.

Tambah Gary lagi, dia akan bekerja keras untuk memastikan kehidupan keluarganya terjamin.

“Mungkin disebabkan saya memiliki anak pada umur yang agak berusia, saya berasa sangat gembira.

“Suatu hari, apabila saya memandang wajahnya hati saya terdetik, tidak kira apa yang berlaku di dunia ini, selagi saya bersama isteri dan anak, tiada apa yang perlu ditakutkan.

“Sebab itu saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kebahagiaan keluarga saya,” ujarnya.

SUMBER- Gempak.my

Sanchez Sah Sertai United, Mkhitaryan Ke Arsenal

MANCHESTER United mengesahkan kelabnya telah mengikat Alexis Sanchez dari Arsenal sementara Henrikh Mkhitaryan pula berhijrah ke arah bertentangan.

Menurut beberapa laporan media, kontrak selama empat tahun setengah yang ditandatangani oleh Sanchez bernilai £350,000 (RM1.9 juta) hingga £400,000 (RM2.2 juta) seminggu.

Ia akan menjadikan bintang kelahiran Chile yang berusia 29 tahun itu menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam Liga Perdana.

Sanchez tidak lagi terikat dengan Arsenal pada penghujung musim dan menyertai United selepas Manchester City menarik diri daripada perebutan ke atas pemain tersebut.

Sanchez menyumbat sebanyak 80 gol dalam 166 perlawanan sejak menyertai Arsenal setelah beralih dari Barcelona pada 2014. – Eurosport

SUMBER- Mstar.my

Tiada Istilah Jual Anak – Syatilla Melvin

KUALA LUMPUR: Pelakon Syatilla Melvin berkata tiada istilah jual atau mempergunakan anaknya iaitu Syeriv Samheizy sebagai punca pendapatan dia dan suami iaitu pelakon Shaheizy Sam.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 27, berkata, pendapatan yang diperoleh itu adalah untuk simpanan masa depan kanak-kanak itu.

“Alhamdulillah rezeki dia sangat murah banyak tawaran dan kami juga merancang untuk keluarkan sendiri baju jenama Syeriv.

“Tiada istilah saya menjual anak atau mempergunakan dia kerana dari awal lagi saya sudah berbincang dengan suami bahawa pendapatan yang dia perolehi adalah untuk masa depan dia nanti,” ujarnya.

Syatilla ditemui pada majlis sidang media pengumuman pencalonan awal Top 20 Anugerah Meletop Era 2018 (AME 2018) Syeriv Samheizy tersenarai antara 20 Si Cilik Meletop.

Antara yang turut tersenarai ialah Lara Alana (anak Awal & Scha), Yusof Iskandar (anak Hairul Azreen & Hanis Zalikha), Aaisyah Dhia Rana (anak Zain & Che Ta), Aisy Mateen (anak Fadzil Zahari & Yana Samsudin), Keisha Laila (anak Nabila Huda dan bekas suami) dan Aqeef Anaqi (anak Amar Baharin dan Amyra Rosli).

Sementara itu, Syatilla mengakui kehadiran bayi tersebut memberi rezeki kepada rumah tangganya.

“Betul apa yang orang kata tentang rezeki anak. Saya nampak rezeki selepas melahirkan dia datang dalam pelbagai bentuk.

“Sekarang saya bersyukur ramai orang yang sayang dia dan mahu tengok dia,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang isu mengoncang tangan anak, Syatilla berkata, dia tidak mengkasari anaknya itu.

Katanya, apa yang dilakukan adalah gurauan biasa dan tidak mendatangkan bahaya dan kecederaan.

“Itu perkara biasa dan mana ada ibu bapa yang ingin cederakan anak mereka sendiri.

“Syeriv memang suka bila buat begitu cuma ketika dalam rakaman tidak nampak dia ketawa. Bagaimanapun, saya ambil positik kecaman masyarakat dan saya sedar ramai yang ambil berat dan sayang dia,” ujarnya.

AME2018 bakal berlangsung pada 8 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

SUMBER-Mstar.my

‘Saya Kan Dah Potong..’- Dikecam Sering Muatnaik Gambar Dengan Lelaki, Ini Respon Safiey Illias

Pada tahun lepas, usahawan kosmetik Safiey Ilias pernah membuat pengakuan yang dirinya bukan lagi seorang maknyah. Malah, Safiey juga sudah menjalani pelbagai pembedahan untuk membuang silikon di anggota badannya.

Terbaru, Safiey Ilias sekali lagi dihimpit kontroversi apabila secara terang-terangan berpakaian dan bersolek seperti wanita. Pelbagai kecaman diterima sehingga ada yang menggelarnya ‘kunyit’. Ini respon Safiey Ilias.

Saya kan dah potong, datang mana kunyit tu

Tak faham lah.. kenapa lah bila saya up gambar dgn kawan2 lelaki korang akan cakap “kunyit” , “gay” dan macam2 lagi..Saya kan dh potong.. datang mana lah kunyit tu.. cakap seolah-olah saya ni berzina pulak. Lagipun lelaki dengan lelaki kot, apa masalahnya betul tak? Bukan kena samak pun (betul ke ayat ni?). habis tu kalau awk yg dah kahwen lepak dgn lelaki lembut atau kunyit bermaksud awk kunyit juga ke ? Kalau bini awk semua lepak dgn tomboy pun dikira lesbian ke?

Maafkan saya jika status ini mengguris hati

Saya pun ada hati dan perasaan. Tapi tak apa saya sentiasa sabar . Dosa dgn Allah boleh mntk maaf dgn taubat. Tahu tak kenapa saya tak balas apa pun org cakap dkt saya ?? sebab saya takut tak jumpa nak cari orang yg saya hina tu untuk mintak maaf. Jangan kerana satu perkataan kesat yg kita ucap/tulis jadi penghalang kita masuk syurga. Tak berbaloi.

Mcm saya cakap kalau kita anggap duit adalah sebab kita dapat kawan dan pasangan, akhirnya kita akan attract kawan yg berkawan dgn kita atas dasar duit. Kalau kita kata kita ni cantik, kita akan attract orang yg hanya suka pada kita kerana kecantikan kita. Inilah LAW OF ATTRACTION! Tapi kalau kita percaya kebaikan kita dan sikap kita , percayalah kita akan dapat kawan yg ikhlas dgn kita.. .
.
Maafkan saya jika status ni ada mengguris hati sesiapa.

SUMBER- Ohbulan.my

Peminat Lega, Farid Kamil Kembali Aktif Di Instagram

Kerinduan peminat terubat selepas pelakon Farid Kamil kembali aktif di akaun Instagram (IG)nya.

Farid Kamil telah kembali mengemaskini akaun IGnya setelah menyepi sejak insiden lalu yang melibatkan dirinya.

Menerusi kapsyen yang ringkas ‘Now Showing’, Farid telah berkongsi poster terbaharu drama lakonannya iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu .

Rata-rata peminat bersyukur kerana Farid kembali aktif di media sosial dan ada diantara mereka mendoakan agar dia tabah menempuhi dugaan ini.

‘@wedokwedok31: Alhamdulilah. Farid kembali aktif di media sosial.’

‘@zurinahzueWow: Akhirnya Farid Kamil kembali di IG. Alhamdulilah, semoga segalanya akan dipermudahkan.’

‘@kishkaimani: Meman best cerita ini ,ada sedih ada part lawak. Pandai betul Farid Kamil main watak ini sangat menjadi. All the best for you.’

Jangan lupa saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123.

Drama karya Siti Rosmizah arahan oleh Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd itu, menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Nadiyah Shahab dan ramai lagi.

SUMBER- Gempak.my

Bapa Dakwa Anak Boleh Bercakap, Susu ‘Dr. Ganja’ Boleh Rawat Budak Autism?

Mengedar dadah merupakan salah satu jenayah berat di Malaysia sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Kesan yang disebabkan oleh dadah sudah diketahui memberi impak negatif kepada seseorang jika disalahguna.

Seorang pesara tentera dihadapkan ke muka pengadilan apabila dituduh dengan tuduhan mengedar ganja, tahun lalu. Namun apa yang mengkagumkan, ada ‘pesakit’ kepada tertuduh datang untuk memberi sokongan.

Beri sokongan dengan memakai baju hijau

Antara yang hadir adalah kanak-kanak 8 tahun dan seorang nenek berusia 51 tahun bagi memberi sokongan kepada ‘Dr Ganja’. ‘Dr Ganja’ atau Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, berdepan pertuduhan memiliki ganja di Mahkamah Majistret Klang.

Kempen hijau dijalankan secara global bagi menolak dadah sintetik dan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

2 tahun minum susu, anak autism boleh bercakap

Seorang bapa mendakwa anaknya yang menghidap autism mula menunjukkan perubahan positif apabila meminum susu tetrahydrocannabinol (THC) yang dibeli daripada Amiruddin.

THC adalah antara bahan dalam ganja yang dipercayai mempunyai khasiat tertentu.

Kami kuarantin anak kami di rumah selama dua minggu dan bagi satu sudu susu setiap pagi dan petang.
Seminggu lepas itu, kami dapati dia bercakap menggunakan perkataan yang kami gunakannya dengannya setiap hari.

Tambah bapa itu lagi, dia tidak melihat kesan sampingan dialami anaknya berikutan pengambilan susu berkenaan. Namun anaknya hanya mengadu lapar dan dahaga sahaja apabila bangun tidur.

Oleh sebab itu saya datang hari ini untuk beritahu orang ramai tiada masalah gunakan ganja untuk perubatan.

SUMBER- Ohbulan.my