Ni kelakar! Disangka ‘grab car’ rupa-rupanya kereta Sufian Suhaimi

Seorang pemuda sempat bergambar bersama Sufian selepas tersilap masuk kereta penyanyi itu.

SEORANG pemuda tidak menyangka tindakannya memasuki sebuah kereta yang disangka Grab Car rupa-rupa kereta orang lain dan ia dimiliki penyanyi Sufian Suhaimi.

Pengguna akaun Twitter @bulanibnarhman mengakui kesilapannya memasuki kenderaan, namun terkejut apabila menyedari pemandunya ialah penyanyi lagu Di Mata Mu.

“Saya fikir ini adalah Grab Car yang saya tempah dan ia adalah pengajaran buat saya daripada Allah tapi hey… teka siapa pemandunya. Ia Sufian Suhaimi!” tulisnya di Twitter pada Selasa.

Tambahnya, dia berasa terlalu yakin, malah telah meletakkan bagasi yang dibawanya ke dalam kereta Sufian.

Selepas menyedari kesilapan itu, lelaki berkenan tidak melepaskan peluang untuk berswa foto bersama penyanyi berkenaan.

Sufian turut berkongsi status pemuda terbabit.

Sementara itu, Sufian turut memberitahu dia sedang bermain telefon sambil menunggu masa berikutan dia sampai lebih awal di sebuah lokasi daripada yang dijanjikan.

Namun, secara tiba-tiba seorang lelaki memasuki kereta dan duduk di tempat duduk belakang dengan yakin.

“Saya sedang bermain telefon di dalam kereta untuk membuang masa. Saya sampai awal sejam daripada masa yang ditetapkan.

“Kemudian lelaki ini dengan yakin buka pintu belakang kerana di sangka saya pemandu Grab.” tulisnya.

Tweet tersebut menerima hampir 10,000 perkongsian dan 5,000 tanda suka.

Rata-rata netizen terhibur dengan kejadian yang berlaku dan dianggap sebagai lucu.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat Sufian perlu lebih berhati-hati dan mengunci keretanya bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

“Nasib baik tersalah kereta, kalau orang jahat sudah kena letak pisau di leher. Better lock your car in the future,” ujar netizen.

SUMBER- Mstar.my

Janda pemuzik terkenal tanah air serik masuk penjara

SERIK! Tempoh enam bulan dalam penjara umpama bertahun-tahun berada di ‘neraka dunia’, itulah yang diluahkan seorang wanita berusia 38 tahun.

Gia (bukan nama sebenar) sudi berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang menjadi ‘hamba dadah’.

Menurut wanita kelahiran Kajang, Selangor ini, dikurung di sebalik tembok besi sebagai tahanan reman selama enam bulan telah mengubah 360 darjah hidupnya.

“Cukuplah sekali. Saya tidak mahu kembali ke neraka itu lagi. Sengsara emosi dan fizikal,” ujarnya memulakan bicara.

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya, segala-galanya bermula apabila Gia terlibat dengan najis dadah sejak berusia 22 tahun.

“Mulanya hisap ganja kerana ikut ‘trend’. Lama-kelamaan saya mula menghisap ‘ice’ atau syabu. Seronok lain macam walaupun hidup tidak terurus.

“Nak kata ada masalah keluarga ketika itu, tak juga. Hubungan dengan mak, ayah semua baik, malah adik beradik saya yang lain semuanya jadi ‘manusia’.

“Mungkin pengaruh kawan-kawan yang sentiasa nak hidup ‘enjoy’. Layan kepala.

“Sebelum itu, saya juga keluar masuk pusat pemulihan remaja sebab suka lari dari rumah. Tetapi itu pun sekejap sahaja sebab saya lari.

“Tahun 1998, saya ditahan sekali lagi di sebuah pusat pemulihan di Melaka dan kali ini saya menjadi budak baik.

“Saya dibebaskan awal setahun setengah berbanding tiga tahun untuk tempoh sepatutnya berada di situ,” ujarnya kepada mStar Online.

Gia mununjukkan kesan atau parut ketika ditahan di Penjara Kajang selama enam bulan.

Selepas itu, hidupnya melalui fasa baru apabila berasa ‘seronok’ kerana mempunyai teman lelaki.

“Kami hidup bersama lebih kurang lapan tahun. Dialah ‘tok guru’ dadah saya.

“Untuk tambah pendapatan membeli dadah, saya bekerja sebagai Gadis Pelayan Pelanggan (GRO) untuk menambah pendapatan membeli dadah.

“Beberapa tahun kemudian, kami putus dan saya berkahwin dengan salah seorang pemuzik kumpulan rock terkenal tanah air.

“Kami hanya berkahwin empat tahun sahaja. Selepas itu bercerai kerana masing-masing ada ‘dunia’ sendiri. Jadi kami buat hal masing-masing,” jelas anak keempat daripada enam beradik ini.

Selepas bergelar janda, Gia bertemu pula dengan seorang lelaki lain dan menjalin hubungan cinta.

“Sehinggalah pada September tahun lalu kami ditangkap di rumah dan polis turut menemui ‘barang’ di situ.

“Bermulalah episod sengsara saya. Saya memang tidak mengaku kerana ia memang bukan barang saya dan nasib baik kes dikira selesai memandangkan teman lelaki saya mengaku dadah itu miliknya.

“Sepanjang tempoh reman itu, hanya Tuhan yang tahu. Layanan yang diterima sangat dahsyat.

“Makan bukan seperti yang dipamerkan di menu harian, semua ikut warden penjara. Kalau ‘mood’ baik dapatlah kami tenang sedikit.

“Tidur berbantalkan bekas makanan, tandas kadang-kala tak ada air. Memang azab,” ceritanya lagi.

Gia sebelum ditahan di Penjara Kajang.

Malahan, dakwanya sindiran warden penjara sesuatu yang perlu dihadam setiap hari walaupun rata-rata tahanan belum tahu sama ada mereka dijatuhi hukuman salah atau sebaliknya.

“Yang peliknya, kalau pesalah negara luar, warden tidak berani melayan buruk kerana khuatir dilaporkan kepada kedutaan mereka,” rugutnya.

Hidup dalam bilik jeriji besi seramai tujuh orang benar-benar menginsafkan Gia. Lebih-lebih lagi apabila ayah dan ibunya tidak pernah putus untuk datang melawat.

“Mereka sentiasa memberi sokongan kepada saya. Bercakap baik-baik dengan saya.

“Dan pada saat itu jugalah saya sedar bahawa ketika susah ini, tidak semua kawan yang ada.

“Ramai-ramai kawan ketika ‘enjoy’ dulu semuanya sudah hilang.

“Tetapi saya bernasib baik kerana hanya seorang kawan baik saya yang banyak menolong saya sepanjang berada di penjara. Dialah yang selalu datang melawat dan membawa ibu saya bersama, sediakan makanan atau keperluan lain.

“Malah dia jugaklah yang bertungkus-lumus bertemu peguam menyelesaikan kes saya.

“Akhirnya April lalu saya dibebaskan dan tidak bersalah. Syukur. Terasa seperti baru dilahirkan,” ujarnya.

Gia memberitahu, sejak dibebaskan dia tidak lagi bertemu dengan kawan-kawan lamanya.

“Saya tidak lagi bertemu dengan kawan-kawan lama dulu. Saya takut jika diri saya belum kuat.

“Sekarang hidup saya lebih tenang, dekat dengan keluarga. Hubungan kami semakin rapat. Dan yang paling penting bulan Ramadan ini penuh bermakna bagi saya. Tidak pernah rasa bahagia dan tenang seperti ini.

“Saya menyesal terlalu lalai dahulu. Namun bersyukur kerana bilik berpagar besi itu telah mengajar saya jadi manusia.

“Cukuplah parut di buku lali yang saya dapat ketika di penjara itu sebagai kenangan untuk saya berubah,” katanya sambil menambah parut tersebut akibat daripada terlalu lama duduk bersila ketika pengiraan harian oleh warden.

Selain itu, Gia memberitahu buat masa sekarang dia hanya ingin menjaga kedua-dua ibu bapanya sebaik mungkin.

“Keluarga tidak pernah menilai saya walaupun sebelum ini selalu menyusahkan hati mereka, terutama ibu bapa saya. Kalau boleh saya ingin dermakan buah pinggang saya untuk bapa saya. Tetapi dia menolak kerana katanya tidak perlu memandangkan sudah tua,” jelas Gia sambil menambah bapanya mempunyai masalah buah pinggang sejak tiga bulan lalu.

SUMBER- Mstar.my

Status kenaikan satu tangga gaji ditentukan kerajaan baharu – KSN

Ali (kiri) hadir pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra pada Isnin. – fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

Beliau berkata pengumuman kenaikan gaji melibatkan 1.6 juta penjawat awam, yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai depan, adalah janji kerajaan terdahulu.

Katanya, kini terpulang kepada kerajaan baharu untuk meneruskan pelaksanaan KGT itu atau sebaliknya.

“KGT itu janji kerajaan terdahulu…sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukannya.

“Kita ikut manifesto kerajaan sekarang. Kabinet baharu juga akan mula mesyuarat pertama esok dan kerajaan akan tentukan hal itu kemudian,” katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Pengumuman kenaikan gaji itu dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) 4 April lepas, yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam di Putrajaya.

Najib berkata pemberian kenaikan gaji itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, dengan ia akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion. – BERNAMA

SUMBER- Mstar.my

‘Komen Yang Bodoh Dari Orang Yang Hebat’- Sharnaaz Serang Nam Ron Pula?

Beberapa hari lepas Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter telah memberi amaran kepada instafamous, Faiz Roslan berkenaan video parodi menari lucah ‘Lagi Syantik’. Walaupun pada awalnya keadaan agak tegang, Faiz Roslan kemudian mengambil keputusan memohon maaf.

Terbaru, pelakon otai, Nam Ron memberi pendapat Faiz Roslan berkelakuan sedemikian kerana terpengaruh dengan lakonan Sharnaaz di dalam drama Suami En Sotong. Ini respon Sharnaaz.

‘Dia tak patut marah sebab..’

Di Twitter, Nam Ron menulis Faiz Roslan mungkin terpengaruh dengan watak lembut yang pernah dibawa Sharnaaz di dalam drama suatu ketika dahulu. Malah, Nam Ron berpendapat dia tidak patut marah malah berbangga kerana watak lembut yang dibawanya berjaya memikat hati penonton.

‘Itu tandanya lakonannya berjaya’

Tahniah juga lakonan berkesan jadi penari lembut – Sharnaaz

Sudah dipadam, hanya ‘gurauan’

Walaubagaimanapun, respon pertama Sharnaaz telah pun dipadam dan mendakwa tweet mereka hanyalah gurauan semata-mata.

SUMBER- Ohbulan.my

‘You nak apa?’ Mohd Shukri dedah dua kali diugut MP dari utara

PETALING JAYA: Pelbagai halangan terpaksa dilalui ketika menjalankan proses siasatan pertama kes SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memberitahu salah satunya adalah gangguan daripada salah seorang ahli Parlimen dari utara tanah air.

“Seorang ahli Parlimen yang terkenal dengan ‘king of cash’ (gelaran) dua kali bertemu dengan saya meminta saya menghentikan siasatan.

“Dia tanya saya ‘apa you nak’? Saya jawab ‘jangan kacau siasatan saya biar kami siap siasatan dan biar AG (Peguam Negara) yang putuskan,” katanya pada sidang media, Selasa.

Tidak cukup sekali, Mohd Shukri berkata ahli Parlimen berkenaan sekali lagi bertemu dengannya.

“Tak puas hati. Kali kedua dia datang, minta saya ‘settle’ lagi.

“Tapi saya bagitau ‘sekali lagi you datang, saya akan tangkap sekarang juga. Jadi itulah yang berlaku,” katanya mengimbas kejadian sekitar 2015.

Menurut Mohd Shukri, beliau berasa sedih kerana dituduh melakukan konspirasi dan pembelot kerana menyiasat kes SRC International dan 1MDB seterusnya mahu mengembalikan wang negara.

“Padahal kami berjuang untuk negara. Nak ambil balik duit negara, dan AS pun dah janji nak bagi balik ke negara,” katanya.

Ditanya mengapa beliau hanya diam dan tidak bersuara secara terbuka selepas bersara, Mohd Shukri berkata beliau tidak melihat cara itu akan memberikan kesan kepada masyarakat.

“Kita takkan berjaya, kita hanya berjaya pada hari pertama dan ditangkap, kemudian orang Malaysia akan lupa.

“Lebih baik guna strategi sampaikan maklumat kepada rakyat, melalui kumpulan WhatsApp, kelompok kecil, memang ramai dapat beribu-ribu orang, saya jumpa orang saya beritahu, cara tu lebih berkesan daripada cakap secara terbuka,” katanya.

Mohd Shukri berkata selama ini beliau tidak pernah menceritakan tentang tekanan dan dugaan yang perlu dihadapinya kepada sesiapa pun.

“Saya tak pernah cerita perkara ini kepada anak buah saya, anak bini saya sebab saya bimbang mereka takut atau tidak bersemangat. Kat polis pun saya tak buat report (laporan).

“Saya simpan sampai hari ini. Rupa-rupanya Allah beri peluang untuk saya bercerita hari ini,” katanya.

SUMBER- Mstar.my

1MDB: Lebih banyak nama akan muncul

Clare Rewcastle Brown.

SHAH ALAM: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa nama dan individu terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tampil dengan tujuan mendapatkan imuniti.

Dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, Clare berkata, selain nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menjangkakan beberapa nama lain akan terdedah secara berperingkat dengan sendirinya.

“Mungkin ada antara mereka akan membantu siasatan untuk dapatkan imuniti.

“Jika mereka memberikan maklumat yang membantu mengesan pelaku, ia akan mempercepatkan proses perundangan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, rakyat di seluruh Malaysia ketika ini jelas mahu perkara berkaitan kes skandal 1MDB disiasat hingga selesai dan jelas.

Dalam masa sama, editor portal yang berpangkalan di London itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak laporan polis akan dibuat berkaitan 1MDB.

Mengulas berkaitan jutawan kontroversi, Low Thaek Jho atau Jho Low, Clare sekali lagi menegaskan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan individu berkenaan adalah pemain utama di belakang skandal operasi 1MDB.

“Dia (Jho Low) adalah pemain utama, saya tegaskan sekali lagi, dia adalah individu penting kepada (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan isterinya, (Datin Seri) Rosmah (Mansor) yang mainkan peranan dalam skandal operasi 1MDB.

“Jho Low juga telah berinteraksi dengan Najib melalui panggilan telefon dan emel, malah memanggil Najib sebagai ‘big bos’,” katanya.

Sementara itu, mengenai persoalan siapa menaja portal kontroversi itu, Clare ringkas menjawab, tiada siapa yang membayarnya.

“Saya biayanya sendiri guna gaji saya. Seperti anda juga sebagai wartawan, pastinya saya juga membuat kajian saya sendiri mengenai setiap pendedahan saya lakukan.

“Modal saya hanya komputer riba dan telefon,” katanya lagi sekali gus menafikan laporannya sebelum ini ditaja mana-mana pihak yang berkepentingan. – Sinar Online

SUMBER- Mstar.my

Jamal ditahan polis di hospital

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan polis di sebuah hospital swasta dekat Ampang hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata Jamal ditahan kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

“Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat dibawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mazlan, Jamal masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan.

“Terdapat beberapa lagi kes berkaitan suspek sedang disiasat selain dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah suspek selesai menjalani rawatan,” katanya.

Difahamkan Jamal ditahan bagi membantu siasatan berhubung penularan gambarnya mempamerkan senjata api di media sosial.

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Langat.

Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di khalayak ramai yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang awam.

Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata apinya sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

SUMBER- Mstar.my

“Sah! Selama ini MoF bayar hutang 1MDB” – Guan Eng

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) membayar obligasi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak April tahun lepas, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata berdasarkan senarai pembayaran oleh MoF, bagi pihak 1MDB, berjumlah RM6.98 bilion, termasuk pembayaran yang dibuat kepada Petroleum Investment Company (IPIC) yang merupakan sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.

“Ini mengesahkan syak wasangka orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya memperdaya rakyat Malaysia dengan mendakwa hutang itu dibayar menerusi ‘proses rasionalisasi yang berjaya’.

“Selama ini MoFlah yang membayar hutang 1MDB,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan Beliau berkata senarai pembayaran setakat ini hanya melibatkan faedah, pembayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.

“Ini belum mengambil kira berbilion ringgit hutang yang perlu dibayar mulai tahun 2022.

“Saya dimakumkan bahawa selain RM143.75 juta yang perlu dibayar pada akhir bulan ini, sejumlah RM810.21 juta faedah perlu dijelaskan antara bulan September dan November tahun ini,” katanya.

Lim yang sebelum itu mengadakan siri mesyuarat bersama semua pegawai kanan Perbendaharaan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad, mengarahkan kajian mendalam dilakukan mengenai butiran hutang dan liabiliti 1MDB dan mencadangkan langkah untuk menyelesaikan krisis yang berlaku akibat skandal tersebut.

“Kami juga akan mengemukakan hasil semakan itu kepada pasukan petugas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

SUMBER- Mstar.my

‘Saya Ingin Mohon Maaf Di Atas Kekhilafan Saya Kerana Tidak Berhenti Memberikan Penghormatan’

Mohamad Sabu kini makin popular dikalangan rakyat Malaysia, ini kerana Menteri Pertahanan Malaysia Negara itu mempunyai karakter yang sangat unik malah penyampaiannya ketika berhujah juga turut menarik perhatian orang ramai untuk mendengar.

Selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara semalam, hari ini merupakan hari pertama Mat Sabu memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan dan antara aktiviti pertamanya adalah memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Kementerian Pertahanan.

‘Sebagai manusia biasa kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan..’

Beberapa jam selepas pemeriksaan perbarisan dibuat, Menteri Pertahanan Malaysia itu telah memohon maaf di laman Facebook miliknya apabila tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Mat Sabu juga akui bahawa dia perlu membiasakan diri dengan protokol yang telah ditetapkan.

Tidak mengapa, kesilapan sebahagian dari ambil pengalaman

SUMBER- Ohbulan.my

SPRM jadi tumpuan, media tunggu ketibaan Najib

PUTRAJAYA: Puluhan media tempatan dan antarabangsa memenuhi pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, menanti ketibaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijangka hadir memberi keterangan kepada badan anti rasuah itu bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SPRM mengarahkan Najib supaya hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya telah menyerahkan notis kepada Najib untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu pada 10 pagi ini untuk dirakam keterangan.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Jumaat lalu, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta untuk menghantar notis meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Sinar Harian

SUMBER- Mstar.my