“Biar Dia Belajar Dahulu, Lepas Itu Baru Fikir”– Farid Kamil Tak Halang Anak Berlakon

Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Farid Kamil akui tidak menghalang anaknya, Muhammad, 3, untuk berlakon sekiranya berminat ke arah bidang seni.

Bagaimanapun kata Farid, dia lebih mengutamakan aspek pembelajaran terlebih dahulu sebelum membenarkan anaknya bergiat aktif dalam bidang seni.

“Saya tak halang dia nak jadi apa asalkan dia menjadi orang yang mampu menyumbangkan sesuati kepada negara, itu pun dah cukup pada saya.

“Andai kata Muhammad ingin masuk industri pun biarlah dia bersedia dari segala segi. Bagi saya perkara utama yang saya ingin terapkan adalah pelajaran.

“Selepas itu barulah kita fikirkan tentang perkara itu,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai Tombiruo, Farid menyatakan rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada karakter filem hebat tersebut.

“Pada saya pembikinan filem ini diambil serius dan itu antara perkara yang membuatkan saya terima tawaran tersebut.

“Persiapan untuk filem ini juga melebihi enam bulan, bermula daripada perbincangan karakter sehinggalah penggambaran berlangsung.

“Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk terlibat dalam filem ini dan melakonkan watak sebagai Amiruddin,” ujarnya.

Selain Farid, Tombiruo juga turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Nabila Huda, Faye Kusairi dan ramai lagi.

Sinopsis:

Tombiruo yang memaparkan kisah aksi ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya.

Wartawan Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia di antara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini di pawagam sekarang!

SUMBER- Gempakastro.my

Pikat Anak Dulu – Vida

PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman mengakui ada insan yang dekat dengan dirinya telah meluahkan isi hati kepadanya.

“Ya, memang ada yang luah isi hati terhadap saya. Orang itu boleh dikatakan dekat dengan diri saya. Tapi bagi saya ia perkara biasa kerana ramai yang pernah curah perasaan cinta terhadap saya,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, jutawan kosmetik itu berkata, hatinya masih belum terbuka untuk menerima individu tersebut buat masa ini.

“Tidak dinafikan saya mahukan seseorang lelaki yang boleh menjaga dan memberikan kasih sayang kepada saya dan juga anak-anak. Namun buat masa ini belum jumpa lagi yang betul-betul istimewa,” katanya.

Malah, Hasmiza atau lebih mesra disapa sebagai Datuk Seri Vida berkata, keutamaan akan diberikan kepada jejaka yang mampu memenangi hati dua anaknya, Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Cik B) dan Muhammad Eric Zacquan (Kacak).

“Cik B dan Kacak perlu diberi perhatian. Mereka masih lagi trauma dengan kisah kahwin cerai saya. Ia amat memberi tekanan emosi kepada mereka.

Vida bersama dua anaknya semasa bercuti di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

“Mereka mengharapkan kasih sayang seorang bapa tapi apabila mereka dah mula suka dan sayang, perkahwinan ini berakhir dengan penceraian,” katanya.

Vida pada masa sama berkata beliau perlu mengambil kira perasaan ahli keluarganya apabila menyentuh soal jodoh.

“Saya kena jaga juga hati dan perasaan Mak Jah (kakak) kerana dia pun tahu keperitan yang saya lalui sebelum ini.

“Dia yang saya anggap seperti ibu sendiri turut bimbang andai ada individu yang cuba mendampingi saya sekadar mahukan kemewahan semata-mata,” katanya.

Ditanya mengenai spekulasi beliau sedang menjalin hubungan cinta dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, Vida menafikan perkara tersebut.

“Tak benar. Hubungan kami sekadar majikan dan pekerja, tidak lebih dari itu,” katanya.

Namun, usahawan berusia 46 tahun itu mengakui beliau selesa dan mudah bekerja dengan jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

“Dia sudah tahu kerja yang perlu dibuat. Saya tak perlu beri arahan. Dia tahu apa yang saya nak,” katanya.

Ketika ditanya andai dipertemukan semula jodoh dengan lelaki yang lebih muda, Vida berkata beliau akur dengan ketentuan Allah.

“Saya tak kisah andai jodoh itu yang terbaik untuk saya dan juga anak-anak. Paling penting anak-anak saya bersetuju dengan pilihan tersebut,” katanya.

SUMBER- Mstar.my

“Petik Nama Orang Pandai, Kencing GF Pandai”- Zahirah MacWilson Dedah Perbualan Dengan Kamal Adli

Berang apabila dikatakan punca kepada keretakan hubungan pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong, pelakon Zahirah MacWilson tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menerusi laman Instagram (IG), Zahirah akui kesal dengan sikap Kamal yang sengaja menggunakan namanya demi kepentingan diri terutama dalam menyelesaikan hubungannya dengan Emma.

Dalam entri yang sama Zahirah turut memuat naik mesej perbualan mereka bagi mendedahkan perkara sebenar.

Berikut merupakan luahan Zahirah:

“Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality.

“Jangan disrespect nama orang, kerje orang dan life orang. Jadi matang sikit & jangan nak perasan lebih. Fokus kat kerje instead of jahanam kan image (imej) orang. Tak pasal-pasal disebabkan kerje banggang macam ni, orang lain nampak teruk. Stop the storytelling,”

Sementara itu, menerusi lapan paparan cetakan skirn mesej perbualan itu, Zahirah berasa kesal kerana Kamal seolah-olah cuba menyelamatlan dirinya dengan membabitkan sama namanya.

Zahirah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Kamal itu meminta dia menjelaskan perkara sebenar kepada Emma dan media demi membersihkan namanya.

Berikut merupakan lapan paparan cetakan skrin yang dikongsi:

SUMBER- Gempakastro.my

‘Saya Tak Boleh Bersama Penipu’- Emma Maembong Akui Hubungan Sudah Berakhir

Sebelum ini ada desas desus mengatakan hubungan percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong sedang retak disebabkan kehadiran orang ketiga. Kamal Adli ada mengeluarkan kenyataan meminta rakan rapat Emma supaya tidak menjadi batu api dalam hubungan mereka.

Artikel berkaitan : ‘Janganlah Jadi Batu Api’ – Kamal Adli Tegur Kawan Rapat Emma Maembong

Terbaru, Emma Maeombong pula buka mulut dan memberitahu hubungan mereka sudah berakhir.

‘Saya tidak boleh bersama dengan penipu’

Menerusi Berita Harian Online, Emma Maeombong mengesahkan hubungan cinta dengan Kamal Adli sudah berakhir. Tidak menolak dakwaan Zahirah Macwilson menjadi orang ketiga dalam hubungan ini, Emma berkata dia tidak mahu bersama dengan penipu.

Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus.

Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

Kenapa perlu sorok?

Emma juga mengakui sangat kecewa kerana hubungan cintanya yang dibina sejak 3 tahun lalu musnah apabila kepercayaan dikhianati.

Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain.

Tambah Emma lagi, dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya Kamal dan Zahirah membuatkan masalah menjadi lebih rumit apabila mereka menuding jari kepada pihak lain.

Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.

Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka.

Hmm sabarlah Emma. Mungkin ada lagi jodoh yang lebih baik buat Emma.

SUMBER- Ohbulan.my

“Teringin Nak Ada Anak Perempuan, Tapi…” – Rita Rudaini

Pelakon jelita Rita Rudaini mengakui dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan namun mahu dari zuriat sendiri.

Kata Rita, dia berkongsi rasa gembira dengan berita kehamilan beberapa selebriti terkenal tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nora Danish.

“Seronok tengok orang mengandung sebenarnya. Dalam hati memang rasa teringin sangat nak ada anak perempuan.

“Tetapi, semuanya saya serahkan kepada rezeki Allah.

“Kalau ditanya tentang anak angkat rasanya belum sampai masanya lagi sebab saya mahu zuriat itu daripada darah daging saya sendiri.

“Sebab itulah saya membela seekor kucing betina bernama Dahlia. Bolehlah buat peneman,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Safi Rania Gold Beetox di St. Giles, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bila dia posing acah2 comel 🙄 #dahliathebabycat 😺

A post shared by @ritrud727 on

Biarpun dua kali melalui fasa perceraian, Rita memberitahu dia tidak serik untuk berkahwin lagi.

“Sehingga sekarang saya masih solo dan tidak serik pun untuk berkahwin. Cuma hakikatnya saya tidak mencari.

“Bagi saya, kehidupan saya kini bahagia di samping anak-anak dan jika Allah hantarkan jodoh kepada saya, biarlah dia jadi yang terbaik untuk anak-anak saya,” tambahnya.

Rita bercerai talak satu dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak pada tahun 2013 selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, Rita dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

SUMBER- Gempakastro.my

Gelaran ‘Datuk Seri’ Eizlan Pun Kena Kecam!

SUDAH menjadi perkara lazim di Malaysia apabila individu yang banyak berjasa sama ada dalam bidang politik, sukan, hiburan, akademik mahupun ekonomi akan dikurniakan gelaran kebesaran kepadanya.

Isnin lalu, empat figura terkenal tanah air telah diberi penghargaan dengan penganugerahan gelaran Datuk dan Datuk Seri kepada iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan Jovian Mandagie.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang diadakan di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, pagi tadi.

Menurut laporan beberapa portal, Siti dan Eizlan telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Aktor hebat, Adi Putra telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, manakala pereka fesyen Jovian Mandagie pula telah menerima gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP).

Difahamkan, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat bagi mencemar duli mengurniakan darjah kebesaran itu kepada 101 penerima keseluruhannya.

Bagaimanapun, perkara tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang terus-menerus mempersoalkan apakah jasa dan bakti Eizlan terhadap negara sehingga dikurniakan gelaran berkenaan.

Hmm..Kalau Siti dan Jovian bolehlah lagi diterima kerana nampak jugalah kehebatan mereka dalam usaha bantu membangunkan negara.

Tapi kan kalau dah orang nak bagi gelaran tu dekat kita takkan nak tolak? Terima je lah dengan hati terbuka kan.

Apa-apapun sama-samalah kita tunggu apa kata Eizlan sendiri berkaitan perkara ini ya!

SUMBER- Mynewshub.my

Netizen Pertikai Gelaran ‘Datuk’ Adi Putra

SERAMAI empat orang selebriti tempatan telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, pada Isnin, 23 Oktober.

Antara selebriti yang mendapat darjah kebesaran itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Jovian Mandagie dan Datuk Adi Putra.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, telah menerima Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Namun, disebalik berita gembira tesebut, ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima Adi itu.

Pada pendapat mereka, mereka tidak faham apakah jasa aktor tersebut kepada negara sehingga melayakkan dirinya untuk diberi darjah kebesaran.

Kritikan itu timbul oleh kerana netizen beranggapan Adi hanyalah salah seorang warganegara Singapura yang telah menempa nama di Malaysia seperti Aaron Aziz, Hisham Hamid, Aliff Aziz, Aisyah Aziz, Hanna Delisha dan ramai lagi.

Mungkin masih ada yang belum mengetahui bahawa pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society.

Adi juga bukanlah satu-satunya pelakon lelaki yang menerima darjah kebesaran pada hari itu.

Anugerah Peringkat Pertama SSAP itu juga turut dikurniakan kepada Datuk Eizlan Yusof yang kini membawa gelaran Datuk Seri.

Seperti Adi, darjah kebesaran yang diterima oleh Eizlan itu turut dipetikaikan oleh netizen.

Di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 36 tahun itu telah berkongsi detik indah di dalam hidupnya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis itu berlangsung pagi tadi.

“Kepada Ibu, Bapak dan keluarga yg adi tercinta, Kejayaan ini buat anda semua, serta Peminat yg saya sayangi,” tulisnya di ruangan caption tersebut.

Selain itu, beberapa orang netizen telah memuat naik tweet yang ‘nakal’ mengusik agar Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi tidak berasa tercabar dengan darjah kebesaran yang diterima oleh Adi.

Dalam masa yang sama, masih ada juga yang memberikan ucapan tahniah diatas anugerah yang diterima olehnya itu.

Keempat-empat selebriti itu merupakan antara 101 individu yang telah menerima darjah kebesaran Pahang yang didahului oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang turut menerima SSAP.

Istiadat pengurniaan itu telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar dekat Pekan, Pahang.

Mungkin anugerah yang diterima oleh Adi ni merupakan rezekinya sejak bergelar selebriti di sini. Takkan kita nak pertikaikan pula kan.

SUMBER- Mynewshub.my

Kau Rasa Apa Yang Aku Rasa – Dato Boy Iman

“Kau rasa apa yang aku rasa setelah kau menfitnah dan menganiaya aku..Allah x pernah tidur! Alhamdulilah,” itu adalah tulisan yang dimuatnaik oleh Dato Boy Iman di laman Facebooknya pagi ini.

https://web.facebook.com/boyimancompany/posts/1492224434178987

Berdasarkan tulisan berkenaan, beliau dipercayai memuatnaik kenyataan itu untuk ditujukan kepada aktivis persatuan Pengguna Islam Malaysia yang sebelum ini telah mendedahkan kes rumah murah yang dipercayai telah menganiaya orang ramai.

Pendedahan dibuat selepas kira-kira 100 orang mangsa telah tampil membuat aduan kepada PPIM dan Polis selepas mereka mendakwa ditipu syarikat DBI Properties milik pelakon berkenaan.

Berikut adalah jawapan daripada Saudara Yusuf Azmi mengenai status terbaru Boy Iman (ada di dalam video dibawah)

Malam tadi, Saudara Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin telah menerima surat mahkamah yang memerintahkan beliau menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kajang hari ini.

Beliau dan Ali Salimin telah ke menyerah diri pagi tadi, dan selepas memberikan keterangan, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk didakwa melakukan perbuatan khianat dan menceroboh.

Yusuf Azmi dan Ali Salimin di dalam pertuduhan bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas kesalahan bersubahat memotong pintu pagar dan ceroboh premis AGR Trade Sdn Bhd, Julai lalu selepas ramai mangsa tampil mendakwa ditipu oleh syarikat berkenaan.

SUMBER- Siakapkeli.my

Ratu Elizabeth II Miliki Restoran McDonald’s Sendiri

JIKA bercakap mengenai kerabat diraja, sudah pasti imej yang dibayangkan adalah kehidupan yang serba mewah dan segala urusan peribadi diuruskan oleh pembantu.

Itu memang gambaran yang tepat bagi kehidupan Ratu Elizabeth II, tetapi baginda turut berusaha untuk ‘mencari duit lebih’.

Meskipun baginda merupakan ratu bagi 52 buah negara Komanwel di seluruh dunia, namun baginda masih menjalankan perniagaannya sendiri dan turut memiliki cawangan restoran makanan segera di Oxfordshire, England.

Cawangan McDonald’s yang terletak berhampiran pusat membeli-belah Banbury Gateway di kawasan Estate Crown ini dikatakan dimiliki oleh kerabat diraja England.

Jadi secara teknikalnya, sebagai ‘tuan tanah’ kesemua infrastruktur yang didirikan di atas lot tersebut merupakan milik baginda!

Disebabkan itu, francais McDonald’s ini mempunyai reka bentuk dalaman yang ditampilkan juga lain dari yang lain serta tampak mewah dan eksklusif.

Lihat sahaja kerusi-kerusi sofa kulit serta kerusi jenama Eames berwarna putih yang disediakan untuk keselesaan pelanggan yang datang.

Malah,para pelanggan McDonald’s tersebut turut disambut dengan teknologi terkini apabila senarai menu dipamerkan dalam bentuk digital, bukan sekadar papan menu biasa di kebanyakan francais.

Tambah menarik lagi adalah apabila terdapat beberapa tablet yang disediakan untuk kegunaan pelanggan. Jadi mereka yang datang ke sana boleh melayari Internet sambil menjamu selera.

Bukan itu sahaja, restoran tersebut turut menyediakan servis mengecas telefon pintar. Mungkin anda beranggapan yang terdapat banyak wayar yang berselirat di meja tersebut. Namun, mereka tidak menggunakan pengecas telefon biasa, tetapi menggunakan pengecas telefon tanpa wayar!

Bagaimanapun, pengurus dan pemilik francais restoran itu enggan memberikan sebarang komen terhadap khabar angin yang sedang hangat diperkatakan itu.

SUMBER- Mynewshub.my

Apa Yang Berlaku Sebelum Ini Biarlah Menjadi Pengajaran – Ariel

Vokalis kumpulan Noah, Ariel, mengakui tidak mahu lagi memandang ke belakang mengenang memori silam yang berlaku kepada dirinya suatu ketika dahulu.

Menurut Ariel, dia menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran buat dirinya supaya lebih maju pada masa hadapan.

“Saya akui kisah silam yang terjadi itu masih segar dalam ingatan peminat di sini dan saya tidak mahu memandang perkara ini sebagai satu halangan untuk mengadakan konsert di Malaysia.

“Jika saya masih terkenangkan mengenai apa yang terjadi dahulu mungkin kerjaya seni saya akan terhenti begitu sahaja dan saya perlu berbuat sesuatu untuk terus maju.

“Disebabkan itu kami tampil dengan kumpulan Noah kerana tidak mahu peminat terkenangkan memori bersama Peterpan dan saya akui bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru.

“Perubahan juga harus datang daripada kedua-dua belah pihak iaitu bermula dengan diri saya dan peminat sentiasa mempercayai dengan bakat yang ada pada kami,” katanya kepada Astro Gempak.

Ariel berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Noah Live In Kuala Lumpur, di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Konsert Noah Live In Kuala Lumpur akan diadakan pada 25 November depan, di Stadium Negara.

Para peminat Noah yang ingin dapatkan tiket boleh melayari laman web airasiaredtix.com, bermula dengan harga RM95 sehingga RM235.

SUMBER- Gempakastro.my