Ini Dia Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar dari Adolf Hitler

Peringatan : Tujuan penulisan ini bukanlah untuk membela apa yang telah dilakukan Hitler, tetapi hanya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua memperoleh manfaat yang positif dari kisah berikut.

1. Prinsip Hitler mengenai Yahudi

Zionisme dan proses berdirinya negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk membasmi Yahudi karena beranggapan nantinya Yahudi akan menjerumuskan dunia.

2. Prinsip Hitler mengenai Islam

Hitler telah mempelajari sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan dia telah menyatakan bahwa ada tiga peradaban yang terkuat yaitu Persia, Romawi dan Arab. Ketiganya telah menguasai dunia pada masa lalu.

Sementara Persia dan Romawi masih melanjutkan peradaban mereka hingga hari ini, namun Arab hanya bertengkar dengan sesamanya. Dia melihat ini sebagai satu masalah karena Arab akan merobohkan Peradaban Islam yang dia telah lihat begitu hebat pada masa lalu.

Karena dia merasa kagum pada Peradaban Islam, dia telah mencetak panduan mengenai Islam dan diedarkan kepada tentara Nazi sewaktu perang, walaupun kepada tentara yang non-Muslim.

Beliau juga memberi kesempatan tentara Jerman yang muslim untuk menunaikan sholat ketika masuk waktunya di manapun juga…bahkan tentara Jerman pernah sholat di Lapangan Berlin dan Hitler menunggu hingga mereka menyelesaikan sholat jamaah untuk menyampaikan pidatonya.

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam menyusun strategi…

Dia juga meminta para Syeh untuk mendampingi tentaranya dan mendoakan mereka yang non-muslim dan memberi semangat kepada tentara muslim untuk memerangi Yahudi…

1) Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentara Nazi tiba di Moscow, Hitler berniat menyampaikan pidato. Dia memerintahkan para penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang agung dari kitab suci, kata-kata ahli filsafat ataupun dari bait syair. Seorang sastrawan Iraq yang tanggal di Jerman memberi masukan ayat Al-Quran yang artinya : Telah dekat Hari Kiamat dan telah terbelah bulan…

Hitler merasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalimat pembukaan dan isi kandungan pidatonya. Memang para ahli tafsir menjelaskan bahwa ayat tersebut bermakna keagungan, kekuatan dan arti yang mendalam.

Hal ini dinyatakan Hitler dalam bukunya Mein Kampf yang ditulis di penjara bahwa segala tindakannya berdasarkan Al-Quran khususnya tindakannya terhadap Yahudi.

2) Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar pimpinan tentaranya yang akan tamat belajar di Akademi tentara Jerman.

“Saya bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan inilah sumpah suci saya, bahwa saya akan mematuhi semua perintah pimpinan tentara Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, panglima tertinggi, bahwa saya akan selalu bersedia untuk mengorbankan nyawa saya kapanpun demi pemimpin saya”

3) Hitler pantang meminum arak

Ketika dia gemetar saat keadaan pasukan Jerman sedang goncang dan berbahaya. Waktu itu para dokter memintanya meminum arak sebagai obat dan beliau menolak sambil berkata,” Bagaimana anda ingin menyuruh seseorang minum arak untuk pengobatan sedangkan dia seumur hidupnya tak pernah menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menyentuh arak sepanjang hayat…minuman kegemarannya adalah teh celup yang khas

Singapura ‘Top 10’ Cetak Rompak Online Dunia

SINGAPURA – Di sebali gah sebagai sebuah negara maju dengan pendapatan perkapita rakyatnya lebih tinggi daripada jirannya di rantau Asia tenggara, Singapura turut mencipta rekod negatif.

Terkini, ia disenaraikan sebagai negara kesembilan di dunia bagi kegiatan cetak rompak secara online sepanjang 2016, sekali gus muncul satu-satunya negara ‘kaya’ dan juga wakil Asia tunggal dalam kelompok 10 teratas.

Ini menurut kajian terbaharu dijalankan oleh firma teknologi maklumat antarabangsa Muso, yang menyediakan analisis data pasaran trend pengguna dan rekod anticetak rompak menerusi Laporan Cetak Rompak Global 2017.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa terdapat 191 bilion kunjungan ke laman-laman cetak rompak tahun lalu. Data itu mengecualikan China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara memandangkan liputannya tidak cukup.

Ia mengambil kira jumlah kunjungan netizen ke laman cetak rompak sebagai nisbah kepada bilangan warga Internet di sesebuah negara itu. Dianggarkan 47 peratus daripada 7 bilion penduduk dunia merupakan pengguna Internet.

Apa yang cukup mengejutkan banyak pihak apabila Singapura yang memiliki 4.6 juta pengguna atau 82 peratus daripada jumlah penduduknya berada di tempat kesembilan dengan kunjungan 179.38 bagi setiap pengguna.

Dalam laporan Ranking Permintaan Cetak Rompak Muso, Singapura juga melakar sejarah sebagai satu-satunya negara Asia dalam kedudukan 10 teratas daripada keseluruhan 220 buah negara dan wilayah berdaulat di dunia!

Belarus muncul juara diikuti Lithuania, Georgia Ukraine, Latvia, Romania, Poland dan Estonia. Secara kebetulan, kesemuanya merupakan negara rantau Baltik bekas Kesatuan Soviet yang memang diketahui agak miskin.

Tempat ke-10 disandang Israel yang secara kebetulan merupakan sekutu rapat Singapura. Ia sejajar dengan kajian firma Sycamore yang pernah melaporkan tujuh daripada 10 remaja Singapura aktif muat turun secara haram.

Malahan lebih dahsyat, kajian tersebut menunjukkan enam daripada 10 orang dewasa di Singapura juga gemar melakukan cetak rompak atas talian disebabkan pelbaga faktor termasuk tekanan kos sara hidup amat tinggi.

Ranking Muso itu turut namun melihat pada gambaran lebih luas, dan menyertakan setiap negara dalam kategori berdasarkan pelibatannya dengan kegiatan ‘lanun’ berbanding negara lain.

Credit: mynewshub.cc

Cara Pendekkan Hutang Kereta Dari 9 Tahun Ke 5 Tahun Sahaja

Anak muda dan kereta tidak dapat dipisahkan. Ada tu bila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2000 tetapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.

Yelakan, belajar sampai universiti, kerja bagus takkan pakai motosikal je. Nak ngorat awek pun segan. Takkan nak ajak awek dating naik bas kot. Sekurang-kurangnya kena ada Myvi. Barulah senang nak angkut awek ye dak?

Tapi, amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama.

Ini adalah pelan ataupun idea jika kau orang dah teringin sangat nak pakai kereta.

Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.

1. Kau orang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta. Tahan kehendak tu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal dulu. Kalau kerja kau orang memerlukan kenderaan sendiri ataupun tiada jaringan pengangkutan awam tu lain cerita la.

2. Katakan kau orang dah berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM43K dan bulanan dalam RM464. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu. Mohon ASB Financing RM100K dulu. Tempoh pembiayaan: 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.2%. Bulanan dalam RM585. Kalau kau orang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM464, kena tambah juga dengan kos minyak kereta dalam Rm200. Jadi, takkan RM585 bulanan tak mampu bayarkan kan kan.

3. Selepas setahun dividen ASB akan diumumkan. Katakan 7.25%. Dividen kau orang akan dapat ialah RM7250. Gunakan dividen RM7250 untuk bayaran ansuran kereta kau orang nanti. Deposit kereta pandai-pandai la kau orang cari ye.

4. Jika ansuran bulanan kereta kau orang dalam RM500. RM500X12 bulan = RM6000. RM7250-RM6000=RM1250. Ada lagi baki RM1250. Boleh kau orang gunakan untuk duit minyak, roadtax, maintenance, saman ke..kakakaka.

5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan dan gunakan dividen ASB bayar ansuran kereta.

6. Selepas 5 tahun, baki hutang kereta tinggal RM13,862. Terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah;
Dividen terakhir: RM7250
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM15,150

7. Dah dapat pulangan pelaburan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.

Itu sebab kau orang tengok kebanyakan kaum Cina, mereka akan bayar ansuran kereta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kalau nak jual balik kereta, masih bernilai tinggi lagi.

Kaum Melayu je yang terhegeh-hegeh bayar ansuran kereta sampai 9 tahun. Padahal beli kereta tak padan dengan gaji. Kakakaka.

Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kita. Contohnya gaji kau orang RM2500. RM2500X12 bulan=RM30,000. Sepatutnya kau orang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je. Ada faham?

Kau orang kena ingat, kereta ni liabiliti. Liabiliti ni mencuri wang daripada akaun bank kita. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kita.

Harga kereta setiap tahun akan jatuh jika kau orang dah beli. Berbeza dengan aset dan hartanah dimana harga semakin naik. Jadi, beli kereta di bawah kemampuan lagi elok.

Ada orang lagi bijak. Dia gunakan aset hartanah / untung sewaan rumah untuk membeli kereta. Ansuran kereta ada orang bayarkan. Jika hartanah ada 3 buah dengan keuntungan rumah sewa RM300 setiap buah. Dia dah boleh pakai kereta secara percuma!!

Beli hartanah dahulu dan kau orang mampu beli kereta. Tapi kau orang beli kereta dahulu belum tentu kau orang mampu beli hartanah. Jadi rancanglah sebaiknya.

Kalau kau orang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korbanlah setahun bayar dua benda ni iaitu ASB Financing dan ansuran kereta. Anggaplah itu yuran ketidakpandaian kau orang masa zaman muda.

Aku harap pelan ni mampu mencetuskan idea ke kau orang. Kau orang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.

Kalau kau orang nak pakai kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1100 sebulan. Takde la lepas 9 tahun kau orang dapat besi buruk jeeee. Kah!

Silakan share jika manfaat.

Sumber: Amir Syahir

Kun Faya Kun, Allah Nak Tunjuk Isteri Aku Curang

Salam semua. Semalam terbaca kisah suami yang ada isteri curang tapi sayang nak cerai. Bro, kisah kita sama tapi jalan cerita lain. Kat sini, aku share sikit pasal hidup aku. Bismillah…

Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi.

Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai.

Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.

Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah…

Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.

Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung.. nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib diorang.

Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah. Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku.. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku ‘caring’ macam tu. Sayang rupenye… Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.

Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat.

Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.

Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku.

Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.

Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia “Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!” Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan.

Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.. Mak aku kata “memang lah balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. ” Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.

Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya “Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je..” Aku diam kan je.

Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kt petronas…

Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula… macam biasa keluar sama2. Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.

Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau. Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segala nya.

Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.

Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).

Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.

Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan… tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.

Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.
Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.

Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda… Assalamualaikum.

Sumber : KRT

‘Saya kurus sebab semangat diet nak kahwin’ – Nak kurus dalam 21 hari? Follow tips lelaki ini

Lain orang lain cara, jangan ikut kalau badan tiada daya ketahanan yang tinggi. Saya bukan pakar fitness, tetapi ia berkesan pada saya. Bila badan dah naik, saya akan diet sekejap. Dan bila badan dah slim, saya makan macam-macam semula. Ambil yang baik, yang buruk buang jauh-jauh.

NO CARBO, NO SUGAR, NO FRUIT

Tempoh pembasmian lemak asal dalam badan selama 14 hari. Tanpa karbo, tanpa gula dan tanpa buah. Tenaga dari lemak asal dalam badan akan digunakan untuk memproses protein yang kita makan 14 hari pertama.

Untuk menu selama 14 hari:

Sarapan pagi – tiga biji telur setiap pagi
Makan tengah hari – Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli je)
Makan malam (sebelum 7 petang) – Sup sayur hijau, ayam atau daging

Makanlah berkilo-kilo protein setiap hari. Lagi banyak kilo turun sebab lemak-lemak asal dalam badan bekerja sekuatnya untuk membakar protein yang kita makan.

Ingat, disiplin mesti kuat. Seriously saya tak ambil karbo, gula dan buah selama 14 hari. Sayur yang dalam kategori buah pun saya elakkan. Tak tipu. Seafood pun tak makan. Air kosong sahaja 3 liter sehari.
Selepas 14 hari pembasmian lemak dalam badan, hari ke-15 bolehlah makan karbo. Tetapi makan karbo 1/4 dari kebiasaan saja. Kalau selalunya 4 senduk nasi, jadikanlah satu senduk saja. Lebihkan lauk. Yang penting jangan skip makan. Ramai anggap/tahu saya kurus sebab sakit. Sebenarnya saya buat atkins. Dulu saya kena marah sebab diet, kurus sangat. Semua keluarga, rakan sekerja tak suka saya kurus. Nenek pun marah.
Jadi saya bagi alasan kurus kerana sakit, jadi orang tak marah, kasihan adalah. Kebetulan masa itu saya sakit kaki, masuk wad. Semua percaya itu faktor saya kurus. Sorry kawan-kawan, saya memang sakit tetapi saya kurus sebab semangat diet nak kahwin.

Tips Ringkas Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang

Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.
Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.
Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.
Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.
Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.
Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .

Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!
Oleh : Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara)

Credit: friscomedia.blogspot.com

Bagaimana Bangladesh Boleh Terpisah Dengan Pakistan?

Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkan daripada Pakistan Barat sebagai salah satu daerah wilayah tersebut dan diberi nama sebagai Pakistan Timur. Dhaka pula dijadikan sebagai ibu negeri Pakistan Timur. Walaupun Pakistan Timur mempunyai sumber yang mencukupi dan demografi yang baik, namun seluruh kerajaan dan tentera Pakistan masih dikuasai oleh sebahagian besar golongan atasan di bahagian barat.

Kerajaan Pakistan yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan atasan bahagian barat telah mengisytiharkan Bahasa Urdu sebagai bahasa rasmi untuk seluruh Pakistan. Hal ini menyebabkan munculnya rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat di timur. Pada 21 Ogos 1952, pelajar Bengali di Pakistan Timur telah bangkit demi bahasa ibunda mereka dan telah menentang keputusan tersebut. Namun begitu, beberapa pelajar telah terkorban dalam pertempuran demi bahasa ibunda mereka ketika bertempur dengan pihak polis. Pengorbanan yang cukup bermakna oleh pelajar-pelajar tersebut diiktiraf sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia bukan sahaja di Bangladesh tetapi di seluruh dunia.

Ketidakpuasan hati terhadap pihak di bahagian barat dalam isu kekuasaan ekonomi dan budaya membawa kemunculan Liga Awami sebagai suara politik paling berkuasa di Pakistan Timur. Pada 7 Mac 1971, Presiden Liga Awami dan Bapa Kebangsaan, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dalam ucapan yang penuh bersejarah di hadapan beratus ribu orang di Suhrawardy Udyan telah menyeru agar seluruh masyarakat di Pakistan Timur untuk melancarkan serangan menentang tentera Pakistan dan menyiapkan persediaan untuk Perang Kemerdekaan.

Selepas berlaku banyak krisis politik dan diskriminasi kedaerahan, Perang Kemerdekaan Bangladesh ( Muktijuddho ) pun meletus setelah Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh, sebelum beliau ditangkap pada pagi 26 Mac 1971 oleh tentera Pakistan. Presiden Yahya Khan dan tenteranya secara rasmi melancarkan operasi berdarah yang dikenali sebagai Operasi Searchlight kepada orang yang berdosa di Bangladesh untuk menghapuskan gerakan nasionalis Benggala.

Kerajaan buangan telah dibentuk oleh ketua Liga Awami, yang secara rasmi mengangkat sumpah di Meherpur, di daerah Kustia, Bangladesh pada 17 April 1971, dengan Tajuddin Ahmad sebagai Perdana Menteri pertama dan Syed Nazirul Islam sebagai Pemangku Presiden. Sebuah pasukan bantuan dikenali sebagai Mukti Bahani ( Pejuang Kebebasan ) telah dibentuk dan ahli-ahlinya berasal daripada tentera Bangladesh dan para pejuang rakyat.

Diketuai oleh M.A.G Osmani , tentera Bangladesh telah disusun kepada 11 sektor dan, sebahagian daripada Mukti Bahini, untuk mengetuai sebuah perang gerila secara besar-besaran menentang tentera Pakistan. Semasa perang tersebut, seluruh dunia menyaksikan peristiwa Pembantaian Bangladesh 1971, dimana tentera Pakistan bersama pasukan militan agama mengadakan pembunuhan berskala besar melibatkan pembunuhan masyarakat Bengali, para intelektual, pemuda-pemudi, para pelajar, ahli-ahli politik, para aktivis dan golongan minoriti agama.

Di tengah-tengah pengorbanan yang tidak terkira oleh rakyat Bangladesh, tentera Pakistan akhirnya mengalah kepada tentera gabungan Bangladesh-India pada 16 Disember 1971. Selama 9 bulan panjangnya rakyat Bangladesh perlu berdepan dengan Perang Kemerdekaan Bangladesh dan akhirnya mereka memenangi perang pada hari tersebut.

Bunyi Hon Kereta Adalah Kejanggalan di Sarawak. Hon Hanya Dibunyikan Dalam Situasi Seperti Ini !

Biasanya hon di Sarawak dibunyikan untuk mengisyaratkan pemergian kita selepas melawat rakan atau biasanya di sebut hon untuk persahabatan.
Hon juga dibunyikan bila kereta cuba memotong kenderaan besar seperti lori. Malah selepas diberi ruang memotong lori akan membalas dengan hon seolah komunikasi ucapan terima kasih dan jawaban sama sama berlaku.
Lagi satu jika ada haiwan berhampiran yang cuba melintas maka hon dibunyikan.
Meski sesak mana pun keadaan trafik, pemandu Sarawak gigih menempuh dengan sabar tanpa membunyikan hon. Walaupun waktu itu lampu isyarat rosak.
Membunyikan hon lebih dilihat sebagai satu yang bersifat mendesak bukan menegur. Kerana itu pemandu di Sarawak tidak suka di hon sesuka hati kerana merasakan ia satu pembulian jalanraya.
Jika kereta dihadapan leka atau layap dipersimpangan lampu isyarat maka kereta belakang akan membunyikan hon yang pendek untuk menyedar pemandu hadapan supaya bergerak jika lampu sudah hijau.

Begitu juga kalau kereta terlalu perlahan dilorong kiri ketika melalui jalan 2 lorong 2 hala seperti Serian ke Kuching.
Dihadapan rumah rumah ibadah tidak pernah ada kereta yang membunyikan hon walaupun berlaku kesesakan atau terperangkap.

Sifat hormat menghormati antara penganut agama menyebabkan kita mendahului rasa sabar dan menyimpan emosi.
Sebab itu jika memandu di Sarawak kita jarang mendengar hon berpanjangan. Ini menunjukkan bahawa orang Sarawak mempunyai sifat sabar yang tinggi.

Walaupun banyak acara keagamaan yang kadang kala membuat jalan menjadi sempit kereta mungkin terhalang namun boleh diselesaikan dengan kesabaran. Baik sewaktu solat jumaat, misa di gereja pada hari ahad, all soul day, upacara mengingati roh di perkuburan cina yang melibatkan kesesakan dapat diatasi dengan kesabaran dan sifat faham memahami.
Tambahan pula penggunaan tenaga sukarelawan RELA dari pelbagai kaum membantu melancarkan kesesakan.

Semoga rakyat Sarawak kekal dinamik dalam sikap bertoleransi. HON di Sarawak adalah satu kejanggalan.

Demikianlah kisah hon dan Sarawak.

Credit : cikguemmet.com

Pengantin Viral, Wajah Tanpa Mekap Lagi Cantik Dari Hasil Solekan MUA.

Kisah pengantin ini jadi viral minggu lepas kerana solekan oleh make up artist (MUA) yang digunakan sangat mengecewakan dirinya.
Mana tidak menjadi impian setiap pengantin perempuan untuk tampil paling cantik pada hari bahagia mereka. Tapi bagi Nurul Hidayah impian itu menjadi mimpi ngeri bila solekan indah yang harapkan dari mekap artis yang diupah menjadi sebaliknya.
Solekan pada hari persandingannya 20 April lalu bukan saja tidak kemas tapi bercapuk dan seakan luntur tidak sampai sejam dirias. Keadaan itu menyebabkan dia dan rakan terpaksa menata kembali solekan berkenaan.
Kekecewaan Nurul Hidayah ini memang berasas, kalau diperhatikan wajah aslinya lebih cantik daripada selepas dimekap jurusolek berkenaan.
Malah solekan yang dibuat oleh adiknya pada hari pertunangan lebih cantik daripada mekap pada hari perkahwinannya. Lihat saja foto yang diambil daripada Facebook Nurul Hidayah ini
Hasil mekap adik & gambar sebelum

Dalam pada itu dalam status terbaru Nurul Hidayah masalah beliau dengan MUA sudah selesai. Semoga ia menjadi pengajaran dan panduan buat bakal pengantin lain supaya berhati-hati dalam mencari mekap artis di hari bahagia mereka.

Sumber: Nurul Hidayah
Hati-hati .. jangansampai muka yang cantik jadi hodoh dek kerana artis makeup
Kisah pengantin ini jadi viral minggu lepas kerana solekan oleh make up artist (MUA) yang digunakan sangat mengecewakan dirinya.
Mana tidak menjadi impian setiap pengantin perempuan untuk tampil paling cantik pada hari bahagia mereka. Tapi bagi Nurul Hidayah impian itu menjadi mimpi ngeri bila solekan indah yang harapkan dari mekap artis yang diupah menjadi sebaliknya.
Solekan pada hari persandingannya 20 April lalu bukan saja tidak kemas tapi bercapuk dan seakan luntur tidak sampai sejam dirias. Keadaan itu menyebabkan dia dan rakan terpaksa menata kembali solekan berkenaan.
Kekecewaan Nurul Hidayah ini memang berasas, kalau diperhatikan wajah aslinya lebih cantik daripada selepas dimekap jurusolek berkenaan.
Malah solekan yang dibuat oleh adiknya pada hari pertunangan lebih cantik daripada mekap pada hari perkahwinannya. Lihat saja foto yang diambil daripada Facebook Nurul Hidayah ini
Hasil mekap adik & gambar sebelum pengajaran dan panduan buat bakal pengantin lain supaya berhati-hati dalam mencari mekap artis di hari bahagia mereka.

Sumber: Nurul Hidayah
Hati-hati .. jangansampai muka yang cantik jadi hodoh dek kerana artis makeup
Kisah pengantin ini jadi viral minggu lepas kerana solekan oleh make up artist (MUA) yang digunakan sangat mengecewakan dirinya.
Mana tidak menjadi impian setiap pengantin perempuan untuk tampil paling cantik pada hari bahagia mereka. Tapi bagi Nurul Hidayah impian itu menjadi mimpi ngeri bila solekan indah yang harapkan dari mekap artis yang diupah menjadi sebaliknya.
Solekan pada hari persandingannya 20 April lalu bukan saja tidak kemas tapi bercapuk dan seakan luntur tidak sampai sejam dirias. Keadaan itu menyebabkan dia dan rakan terpaksa menata kembali solekan berkenaan.
Kekecewaan Nurul Hidayah ini memang berasas, kalau diperhatikan wajah aslinya lebih cantik daripada selepas dimekap jurusolek berkenaan.
Malah solekan yang dibuat oleh adiknya pada hari pertunangan lebih cantik daripada mekap pada hari perkahwinannya. Lihat saja foto yang diambil daripada Facebook Nurul Hidayah ini
Hasil mekap adik & gambar sebelum

 

Solekan oleh MUA di hari persandingan