‘Ada Yang Mak Ayah Tiada..’- Nasin Anak Gelandangan Yang Mungkin Ramai Orang Tak Tahu..

Dilahirkan dalam keluarga yang senang merupakan nikmat Allah yang sering dilupakan oleh kita. Apabila diberi dugaan sedikit, kita sering mengeluh tanpa memikirkan nasib orang lain. Sebagai manusia, kita seharusnya belajar bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini buat kami sebak. Bayangkan nasib anak anak gelandangan yang mungkin ramai tidak tahu. Bukan mereka minta dilahir sebegini.

Ramai remaja tidur sana sini

Ramai yang lapar dan sakit

Apalah nasib mereka, rasa sedih

SUMBER- Ohbulan.my

Yusuf Azmi, Ali Salimin Mengaku Tidak Bersalah

KAJANG – Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi bersama Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi.

Dua aktivis PPIM tersebut didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dan pencerobohan ke atas sebuah garaj kereta di sini pada Julai lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Nor Afidah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 27 tahun dan 50 tahun itu didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd., Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang sekitar jam 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan pencerobohan jenayah di lokasi dan tarikh yang sama, pada antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam.

Bagi pertuduhan itu, kedua-dua aktivitis itu didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Memetik laporan Harian Metro, Yusuf dan Ali telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 setiap seorang dan pihak mahkamah menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dalam kes ini telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Tharih Afendi.

SUMBER- Mynewshub.my

Che Ta Khabarnya Hamil, Aisyah Nak Dapat Adik ?

Walaupun sebelum ini pernah membuat kenyataan media yang dia tidak mahu lagi hamil selepas dikurniakan Aaisyah Dhia Rana, namun siapalah Che Ta untuk menafikan rezeki yang dikurniakan Ilahi apabila khabarnya sudah ‘berisi’ anak kedua dengan Zain Saidin.

Khabar itu mula bertiup kencang apabila usahawan yang juga kawan rapat Che Ta, Annas Easkey memuat naik perkhabaran berkenaan. Namun menurut sumber Utusan Online, Che Ta masih memilih untuk berahsia dengan berita gembira itu daripada pengetahuan umum.

Tak sabar tunggu adik Aaisyah

Walaubagaimanapun, pengurus Che Ta menafikan hal berkenaan, manakala usaha mendapatkan pengesahan jelitawan itu menemui jalan buntu kerana masalah telefon bimbitnya.

Menurut laporan itu lagi, Che Ta masih tidak mahu membuat apa-apa kenyataan rasmi kerana kandungannya baru berusia 2 bulan dan masih berada di tahap berisiko.

SUMBER- Ohbulan.my

Lelaki didakwa cuba cabul dan culik kanak-kanak perempuan

KUALA LUMPUR – Viral video seorang lelaki ditangkap dan dipukul oleh penduduk kerana didakwa cuba mencabul dan menculik seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam di flat Cheras Ria, Taman Cheras itu semalam, lelaki yang bukan penduduk di kawasan itu cuba mencabul dan menculik kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Individu yang memuat naik video kejadian di Facebook, Noh Koris, berkata, kejadian itu berlaku pada anak jirannya dan sehingga kini masih berada dalam keadaan trauma.

“Anak jiran saya trauma dan menangis-nangis,” katanya.

Berdasarkan video, seorang penduduk menjelaskan kepada suspek bahawa penduduk di situ mendakwa dia mengacau seorang kanak-kanak perempuan.

Tetapi menurut suspek, dia baru saja menghidupkan enjin dan menunggang motosikalnya namun ditolak sehingga terjatuh dan luka di lutut kaki kiri. Malah menjelaskan enjin motosikalnya masih belum panas, bagi membuktikan kata-katanya itu.

Sementara itu, lelaki di hadapannya berkata, dia tidak memukul suspek dan meminta suspek menunggu kanak-kanak berkenaan turun dan menjelaskan keadaan sebenar.

“Budak tak tipu punya. Orang tua baru tipu punya. You tunggu, you tunggu itu budak mari. Haa.

“Kalau tidak aa, takkan dia punya bapak dia pukul sama lu. Kalau tidak, takkan saya mari hentam sama lu. Sekarang ini saja, you takda mengaku, ini kena, makan sama lu,” katanya.

Suspek bagaimanapun meminta lelaki itu usah mengambil tindakannya sendiri dan bawa kes itu ke balai.

Dalam video kedua, ibu dan mangsa kemudian dibawa menghampiri suspek bagi mengesahkan dakwaan itu. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SUMBER- Thereporter.my

Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri

PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.

Siti, 38, menerusi posting di Instagram miliknya mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.

Siti Nurhaliza ketika penganugerahan di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pahang.

“Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini.

“Semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada agama , bangsa , negeri dan negara patik.. Menjunjung kasih Tuanku,” tulisnya.

Foto Siti Nurhaliza sedang menerima darjah kebesaran tersebut turut mendapat ratusan komen peminat yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut.

Malah, ada yang menganggap kurniaan tersebut sebagai rezeki anak kerana ketika ini Siti Nurhaliza sedang hamil empat bulan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada penerima.

Sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk.

SUMBER- Mstar.my

[FOTO] Wajah Cantik Nikita Willy Tarik Perhatian Netizen. Macam Adik Neelofa?

Nikita Purnama Willy merupakan antara artis Indonesia yang dikenali. Apa sahaja yang dibuat pasti mendapat perhatian netizen. Mula berlakon di usia 8 tahun, Nikita sudah banyak membintangi filem dan sinetron. Antara sinetron yang dikenali di Malaysia adalah Putri Yang Sudah Ditukar. Siapa ingat?

Nikita Willy sekarang sudah berusia 23 tahun. Memang cantik dan menyerlah dari zaman kanak-kanak. Agak agak ada yang bergetar tulang rusuk tak tengok Nikita sekarang?

Aktif menjadi model

Nikita pernah dinobatkan sebagai artis terbaik dalam acara Panasonic Global aword pada tahun 2010 dan juga 2011. Memang terbaik lakonannya, Sekarang Nikita bergiat aktif dalam dunia modelling.

Cantiknya!

Bergetar tulang rusuk tak?

Makin hot!

Macam adik Neelofa?

SUMBER- Ohbulan.my

Jangan Pandang Negatif Penyanyi Profesional Sertai GV – Elly Mazlein

Penyanyi Elly Mazlein berharap agar penyertaan penyanyi profesional yang bertanding di GegarVaganza (GV) tidak dipandang negatif.

Elly yang merupakan bekas bintang GV3 bersyukur kerana menyertai program itu tahun lalu.

“Bagi saya, GV merupakan pembuka rezeki. Penyertaan penyanyi profesional lain tidak harus dipandang remeh kerana GV merupakan satu program yang memberi banyak impak positif.

“Saya bersyukur kerana menyertai GV tahun lalu dan saya akui GV banyak membantu dalam menyemarakkan karier nyanyian saya,” kata Elly kepada Astro Gempak.

Tambah Elly, undangan nyanyian yang diterimanya tidak pernah putus selepas tamatnya GV3 tahun lalu.

“Alhamdulillah, semenjak GV, undangan nyanyian tidak pernah putus. Saya tidak menang tangan, kadang-kadang rasa penat pun ada.

“Tapi saya buang perasaan itu jauh-jauh kerana saya mencari rezeki demi anak dan bapa saya. Rezeki yang datang juga adalah rezeki mereka.

“Menariknya, semenjak tamatnya program itu, peminat lebih suka jika saya menyanyikan lagu tugasan yang pernah saya dendangkan sewaktu GV3. Bayangkan, orang lebih suka saya nyanyi lagu Perawan Atau Janda berbanding lagu saya sendiri,” katanya lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan 12 bintang GV4 iaitu Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert pertama GV 4 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.

SUMBER- Gempakastro.my

Yusuf Azmi, Ali Salimin Hadir Ke IPD Kajang

KAJANG – Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini bagi membantu siasatan berhubung kes tuduhan menceroboh premis kedai pajak kereta Julai lepas.

Mereka dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 8 pagi tadi.

Difahamkan, mereka hadir di IPD itu bagi menyerah diri sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati seramai kira-kira 10 anggota polis trafik mengawal lalu lintas berikutan pintu masuk IPD itu dipenuhi kira-kira 50 penyokong PPIM.

Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.

Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama.

SUMBER- Mynewshub.my

“Saya Pernah Alami ‘Mental Breakdown’ & Ini Yang Saya Buat…” – Daiyan Trisha

Penyanyi dan pelakon cantik, Daiyan Trisha mengakui dia pernah mengalami kemurungan dan fasa ‘mental breakdown’ tahun lalu selepas tiga tahun bergelar artis.

Kata Daiyan, 24, dia berdepan dengan pelbagai masalah berkaitan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga hingga gagal mencari jalan penyelesaian dan tempat untuk mengadu.

“Kemurungan yang saya lalui tidak teruk sampai perlu mengambil ubat-ubatan namun saya berdepan pengalaman ‘mental breakdown’sepanjang tempoh itu.

“Saya tidak tahu dengan siapa mahu bercakap dan meluahkan apa yang saya pendam sampailah saya terpaksa menangis seorang diri.

“Pelbagai masalah datang serentak! Masalah peribadi, keluarga, kerjaya dan pelajaran sampaikan saya sendiri mempersoalkan perkara yang tidak patut.

“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya mencipta sebuah lagu tentang masalah mental berjudul Kita Manusia untuk memberikan kesedaran bahawa tidak salah untuk bersedih namun sebagai manusia kita perlu bangun balik dan tidak mudah menyerah,” katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran single Kita Manusia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kita Manusia merupakan pencetus kepada kempen #KitaManusia yang ditujukan kepada mangsa kemurungan, buli dan individu berdepan masalah mental.

Lagu itu ditulis sendiri oleh Daiyan dan dicipta bersama dengan Omar K.

Uniknya, menerusi muzik video Kita Manusia, Daiyan menampilkan individu yang pernah mengalami masalah mental termasuk model terkenal Alicia Amin.

Dalam perkembangan lain, Daiyan bakal muncul dalam drama bersiri Coffee Prince bersama Janna Nick dan Fattah Amin selain filem Busker yang akan ditayangkan pada awal tahun depan.

SUMBER- Gempakastro.my

Bayi Alami Ketumbuhan Seperti Belon Besar Di Muka

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini yang dialami oleh seorang bayi yang baru berusia 10 hari, Dia dilahirkan dengan ketumbuhan yang besar di mukanya dan perlu dibedah dengan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Bayi itu, Angelica Hail Heachanova, berasal dari Filipina. Ketumbuhan itu semakin membesar dan kini ia kelihatan seperti sebiji belon yang melekat di mukanya itu.

Ibu bapanya kini berharap agar doktor dapat mencari jalan bagi menyelamatkan nyawa anak mereka dan pada masa sama mengharapkan supaya ketumbuhan itu berhenti daripada terus membesar.

Bayi itu kini menerima rawatan intensif dan dipantau 24 jam di hospital.

Menurut bapanya, Rufino, 44, ketika Angelica dilahirkan, dia dan isterinya menyangka masalah yang dialami oleh anak mereka itu dapat diatasi dengan segera.

“Malangnya ketumbuhan itu semakin membesar dan doktor juga tidak dapat menghentikannya,’’ katanya.

Rufino berharap agar anaknya itu dapat pulang ke rumah namun disebabkan ketumbuhan berkenaan, bayi itu terpaksa dimasukkan ke hospital sejak hari pertama dia dilahirkan.

Doktor kini menjalankan pelbagai ujian ke atas bayi terbabit dan sampel kulitnya juga telah dihantar ke makmal untuk diperiksa.

Apa yang dibimbangi ialah jika ketumbuhan itu dibuang, ia akan menyebabkan Angelica kehilangan banyak darah namun jika tidak dirawat, mereka bimbang ketumbuhan itu akan pecah.

Buat masa ini doktor tidak dapat melakukan pembedahan sehingga mereka tahu apa sebenarnya penyakit berkenaan.

SUMBER- Mynewshub.my