Sila Semak Tarikh Tong Gas Anda

Tahukah anda tong gas memasak 14 kg yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi? Tong gas sebenarnya mempunyai tarikh luput (rujuk gambar untuk melihat bagaimana untuk menentukan tarikh luputnya). Cara bagaimana memeriksa selinder gas LPG
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut:
A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06. Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun, A utk March (Suku pertama), B utk June (Suku kedua), C utk Sept (Suku ketiga), & D utk December (Suku keempat). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan. Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Namun bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah lebih baik kerajaan membuat penguatkuasaan untuk memastikan penggunaan tong gas yang selamat kepada pengguna, bukan hanya meminta pengguna membuat semakan. “Kita perlu sedar sebahagian pengguna adalah orang-orang tua yang tiada kemahiran dan pengetahuan tentang tarikh luput dan kualiti tong gas yang dihantar dan sebahagian pengguna tidak ambil kisah hal tersebut,” kata beliau kepada Harakahdaily. Jesteru itu, katanya kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pengguna berada dalam keadaan berisiko apabila tong gas yang tamat tempohnya dan kurang berkualiti turut digunakan oleh syarikat pengeluar. “Penguatkuasaan mesti dijalankan di syarikat pembekal,” cadang Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Pada Jun lalu, seorang pekerja penyelenggaraan di restoran di hadapan Plaza Low Yat, Mohd Fauzi Harun, 33, meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa akibat melecur 88 peratus terkena letupan gas akibat tong gas bocor. Menurut ibu saudaranya Mariam Harun berdasarkan cerita rakan sekerja arwah, sebelum kejadian, pihak pembekal tong gas menghantar enam tong di restoran itu. “Namun, pekerja mengesan ada kebocoran pada salah satu tong itu dan memaklumkan kepada pengurus restoran. “Mangsa meluru naik untuk memeriksa kebocoran gas berkenaan. Namun, secara tiba-tiba berlaku letupan sebelum pekerja dan pelanggan restoran melihat mangsa berlari turun dalam keadaan badannya sudah hitam kerana melecur,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Pada 2011, seorang suri rumah dilaporkan maut akibat melecur teruk manakala suaminya cedera di bahagian tangan dan kaki selepas tong gas di rumah mereka di tingkat 15, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya meletup.

May 2017 week one fuel price – petrol, diesel down

Another Wednesday, another weekly fuel price announcement – for the first week of May, more cheer for motorists as the price of fuel again drops across the board.

Starting tomorrow, May 4, RON 95 will be priced at RM2.11 per litre (down 10 sen compared to the previous week), with RON 97 at RM2.39 per litre (down 10 sen). As for diesel, Euro 2M will be RM2.08 per litre (down six sen), with Euro 5 diesel at RM2.18 per litre (down six sen). These prices will last until May 10, when the next price adjustment will be announced.

This is the sixth update of the weekly price announcement since the new pricing system came into effect on March 30. Compared to March 2017 prices – before the system was implemented – RON 95 is presently down by 19 sen, RON 97 down by 21 sen, and diesel is down by 12 sen.

KISAH SERAM ASRAMA MALAYSIA

Asrama salah satu tempat yang memang sinonim dengan kisah seram. Dari sekolah sampai IPT. Cerita hantu dan seram yang berlaku kat asrama sentiasa ada. Tak semua cerita tu di ada adakan. Banyak yang memang ada gangguan mistik dari makhluk ghaib. Almaklum la asrama kan banyak gegadis baru berkembang. Jin pun taste gadis sunti jugak tau. Antara asrama yang mempunyai kisah seram adalah

Asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar. Maybe kengkawan dia la kot kunci sebab tak tau dia ada kat dalam.

Dia coba panggil kengkawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas dan kurang udara pelajar tersebut mati. Akibat dari kejadian tuh katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Di tambah seram lagi almari setiap tengah malam jumaat, akan dengar bunyi almari di ketuk dari dalam.

Asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak

Kisah seram ni berlaku pada seorang pelajar ni kejutkan kawan dia pada satu malam sebab nak ke bilik air. Dia pun cakap kat kawan dia, dia takut sebab katanya tandas mereka berhantu tapi kawan dia tak respond just senyum je sambil menemani dia ke tandas. Lepas dah siap membuang. Dia keluar membasuh tangan kat sinki tapi terkejut sebab yang keluar dari paip bukan air tapi darah. Apa lagi menjerit la dia panggil kawan dia tapi menambah lagi takut bila suara yang menyahut sangat seram dan garau.

Dia yang panik terus ketuk pintu tandas yang dia sangka ada kawan dia. Tapi yang keluar lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Apa lagi pengsan tanpa fikir panjang la dia. Tapi cerita ni entah kenapa aku rasa macam cerita drama. maybe drama adaptasi dari cerita ni kot. Wallahualam.

Asrama Puteri di Kelantan

Asrama ni terkenal dengan cerita seorang nenek suka bertenggek atas almari sambil goyang-goyang kaki. Nak jadikan kisah pada satu malam ada seorang pelajar asyik nyanyi sengsorang. Tetiba dia dengar asa suara pelik ikut sama nyanyi dengan dia. Katanya suara tu macam suara orang tua dan suara tu buat meremang bulu roma.

Sebab takut dia tarik selimut dan cuba pejam mata tapi tetap tak boleh tidur. Tetiba dengar lagi suara nenek tu berkata, Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga. pura-pura tidur, antara berani dan takut dia selak selimut dan cuba tengok suara siapa. Yang dia nampak ada ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Kampus UiTM Sabah

Rasanya ada yang pernah dengar kisah hantu melati kat kampus Uitm. Katanya Melati ni hantu dari jelmaan seorang pelajar yang mati membunuh diri. Yang mati tu tak jadi hantu tapi yang jadi hantu sebenarnya jin dan syaitan nak menyesatkan manusia dengan menyerupai roh si mati untuk memesongkan akidah manusia. Katanya selalu ganggu pelajar time dekat nak exam. Hantu jeles la ni.

Mesti dia tak sempat ambil exam kan? Pernah jadi histeria katanya dulu sampai terpaksa di pindahkan pelajar je blok lain. Katanya ada tandas di blok tertentu dulu tak di pasang cermin sebab ada pelajar nampak bayangan perempuan dalam cermin di tandas tu. Katanya pernah pelajar junior yang mempermainkan lagenda cerita seram melati ni di ganggu hantu melati pada malamnya. katanya hantu melati ni sampai sekarang masih menghantui kampus tu. Betul tak betul, kena tanya student kat situ la kan. Versi cerita melati ni panjang korang baca sendiri kat sini. Misteri HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah

Asrama di UUM Sintok Kedah

Kisah ni di ceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi katanya kisah teman sebilik seorang pelajar perempuan ni. Mula-mula tinggal dia tak rasa pelik. Semua berjalan dengan normal sehinggalah pada satu malam dia minta kawan sebilik dia tutup lampu. Tak sengaja dia nampak tangan kawan dia ni memanjang sehingga ke suis lampu. Dah tengok camtu kau rasa nak tunggu lagi ke confirm la berdesup perginya dia lari keluar bilik. Pergi panggil kawan-kawan dari bilik lain.

Bila kawan lain datang tengok dalam bilik tu memang takde sesapa tinggal malah katil yang kawan hantu dia tu kosong, almari kosong. Bila di periksa sebenarnya nama kawan yang tinggal sebilik dengan dia tak pernah wujud. Rupanya selama ni dia berkongsi bilik dengan jin yang menyerupai manusia.

Cukup la tu wakil wakil asrama yang ada kisah hantu ni. Kang banyak-banyak pakat berhenti belajar pulak budak budak. Apapun mana-mana asrama ni ada legenda kisah seram dia sendiri. Kalau bukan kisah turun temurun dari senior pasti ada jugak la kisah seram yang kadang cuma dari imaginasi takut budak yang terlalu di sogok dengan cerita seram bila tinggal kat asrama.

Jin dan syaitan yang selalu kita gelar hantu tu memang wujud. Kita tak boleh nafikan cuma kita jangan melampau-lampau takut sampai ganggu emosi sendiri tu yang kadang jadi histeria tu. Diri sendiri yang menghantui diri sendiri. Moral of the story. hantu memang dah hantu dik, Korang tu jangan jadi burung hantu sangat memalam dok berembun, berdating, berchatting bagai. Bebawak tidur awal kalau takde apa nak buat.

PEGUAM INI DEDAH CARA² TUNTUT HUTANG KAWAN² DAN SAUDARA MARA GUNA MAHKAMAH YANG RAMAI ORANG TAK TAHU !!!

Satu lagi kes yang selalu di tanya kepada saya adalah berkaitan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang dari RM5000.00 Kebiasaannya hutang antara kawan-kawan dan saudara mara.

Kadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.
Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.
Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:
1. Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda. 2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah. 3. Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu. 4. Selepas itu baru tanya dia “Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?”. 5. Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu. 6. Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30. 7. Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan. Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.8. Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:

“Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendan”

9. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan. 10. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN! 11. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Sumber: Buzze Azam

10 Ciptaan Kreatif Dunia Yang Merangkul Anugerah Ciptaan Terbaik 2016-2017

Bagi mereka yang kreatif, pastinya anda mempunyai idea-idea yang menarik untuk dihasilkan. Terdapat pelbagai pertandingan yang mengetengahkan bakat mereka yang kreatif bagi menghasilkan produk-produk yang membantu meningkatkan taraf kehidupan manusia dan juga menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di zaman moden ini.

Antara ciptaan yang menarik perhatian kami adalah pemenang yang merangkul johan dalam MyInovasi 2014 iaitu pelajar-pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn yang diketuai Mohd Lutfi Bin Suhaimi, dengan ciptaan mereka ‘Self-Lifted Stand for Motorcycle Safety (SMARTS)’. Ciptaan mereka amat ringkas, namun dapat memberikan manfaat yang sangat besar kepada penunggang motosikal. Mereka juga telah mewakili Malaysia dalam pameran Seoul International Invention Fair 2015 di Korea Selatan dan dianugerahkan pingat emas.

Pertandingan lain peringkat dunia juga mencetus idea-idea yang menarik daripada seluruh pelusuk dunia. A’Design Award and Competition, salah satu pertandingan untuk pereka, pencipta dan syarikat-syarikat yang ingin mengetengahkan diri mereka untuk menarik perhatian media, penerbit dan pembeli. Di dalam dunia yang serba canggih ini, terdapat berjuta-juta produk dan rekaan dihasilkan setiap tahun. Anugerah ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada rekaan dan ciptaan yang benar-benar unik, praktikal dan juga memberi manfaat kepada orang ramai.

kodokinfo.com ingin berkongsi 10 ciptaan menarik dan sangat berguna, yang telah mendapat Anugerah A’Design pada tahun 2016 hingga 2017.

1. Kotak kentang goreng

Nama ciptaan : Little Pocket

Nampak sangat ringkas dan mudah bukan? Tapi ianya sangat memukau minda, dan memudahkan hidup mereka yang sukakan makanan segera. Sebelum ini pasti anda sukar untuk menikmati kentang goreng dengan sos, kerana bekasnya tidak menyediakan tempat untuk meletakkan sos, jadi anda perlukan bekas asing. Ini menyukarkan anda untuk makan, kerana anda hanya mempunyai 2 tangan sahaja, lebih-lebih lagi jika anda sedang berjalan atau memandu.

Namun, dengan ciptaan bijak oleh Dong Jiang dari University of Electrionic Science and Technology of China ini, anda kini boleh menikmati kentang goreng kegemaran anda, tanpa memerlukan bekas asing untuk sos. Selain itu, ia juga mengurangkan penggunaan bekas, justeru mengurangkan pembuangan sampah. Hats off!

2. Pembungkus mi segera

Nama ciptaan : Enjoy Your Moment

Bagi yang meminati makanan bersup, sudah tentu ciptaan ini dapat membuatkan hati anda sangat gembira. Ciptaan oleh Chen Yuru dari LuXun Academy of Fine Arts, China ini telah mempunyai ciri-ciri yang pintar, di mana apabila bekas ini tidak digunakan, saiznya adalah lebih kecil berbanding apabila digunakan. Chen mendapat inspirasi untuk mencipta bekas ini kerana, dengan cara pembungkusan yang sedia ada, ianya mengehadkan cara dan kenikmatan kita untuk menikmati makanan bersup.

Dengan ciptaan ini, ia lebih praktikal dan mudah, selain lebih bersih kerana ketika pengguna sedang menyediakan mi segera, mereka boleh meletakkan garpu pada tempat khas yang disediakan, yang mana sebelum ini hanya diletakkan di atas meja. Juga, apabila anda mahu menikmati hidangan, dengan saiz mangkuk ini yang boleh dikembangkan dapat meningkatkan rasa selesa anda untuk makan, seolah-olah anda menggunakan mangkuk yang sebenar.

3. Makanan dan minuman untuk kucing jalanan

Nama ciptaan : Meow – The Cat Nutrition for Stray Cats

Anda pencinta haiwan, terutamanya kucing? Pasti setiap kali anda ternampak kucing di jalanan, hati anda tergerak untuk memanggil mereka lalu mengusap-usap sambil bercakap dengan kucing-kucing itu. Kerap kalinya kucing-kucing jalanan ini seolah-olah meminta makanan dengan ‘meow’ pada anda. Anda yang tidak sampai hati membiarkan, pasti akan singgah di kedai runcit membelikan makanan untuk mereka. Ciptaan oleh Bahar Bosntanci dari Turki ini memudahkan lagi anda memberi makan, malah minum kepada kucing jalanan. Yang ada di kedai-kedai sekarang adalah makanan, dan bukan minuman.

Ciptaannya diinspirasikan daripada situasi di Turki yang mana terdapat terlalu banyak kucing jalanan sehinggakan didokumentarikan mengenainya. Kebanyakkan mereka yang pencinta kucing akan selalu membawa makanan di dalam kereta atau beg, dan memberikan makanan jika terjumpa dengan kucing jalanan. Tapi yang paling sukar adalah bukan memberi makan, tetapi memberikan air bersih atau mencari bekas untuk dituangkan air kepada kucing-kucing tersebut. Idea ciptaan ini adalah untuk memberikan makanan dan juga air bersih dan segar dalam satu bekas kepada kucing jalanan. Ciptaan ini juga telah mendapat tempat pertama pada Ikmib Packaging Design Award di Turki.

4. Beg durian

Nama ciptaan : Safe Durian

Durian digelar raja buah kerana ia adalah sejenis buah yang boleh memberi banyak manfaat kepada badan kita. Namun, ramai juga yang berpendapat gelaran itu diberi kerana struktur dan komposisi dan bentuk pada buah itu sendiri, yang mempunyai duri keras dan tajam. Biasanya mereka yang menggemari raja buah ini menghadapi masalah ketika membeli buah ini. Plastik yang digunakan untuk membawa durian kebiasaanya adalah plastik biasa, yang mudah terkoyak akibat durinya, dan sukar untuk dibawa dan disimpan ke dalam kereta. Bukan itu sahaja, durian juga boleh mencederakan kita, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Ciptaan Wenzhou Vocational & Technical College, China ini boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Ia direka menggunakan bebola kertas yang dikitar semula, dan boleh diguna semula. Dengan ciptaan ini anda boleh dengan selamat membawa durian yang dibeli, dan juga beg ini boleh menampung pelbagai jenis saiz durian.

5. Kerusi dua fungsi

Nama ciptaan : Grow Up

Jika anda mempunyai anak kecil, pastinya anda memerlukan kerusi bayi di rumah, yang mana untuk memudahkan anda memberi makan kepada anak kecil anda. Namun, apabila anak anda semakin membesar, kerusi ini tidak lagi diperlukan, dan anda mungkin perlu menyimpannya di dalam stor, sekaligus menyebabkan pembaziran wang dan ruang.

Ciptaan oleh Yong Zhang daripada Lianon Shihua University dapat menyelesaikan masalah ini, di kerusi ini dicipta dengan fungsi yang pelbagai, yang boleh digunakan oleh kanak-kanak kecil dan juga dewasa. Ia sekaligus dapat mengurangkan pembaziran. Ciptaan ini juga amat berguna bagi restoran-restoran kerana ia dapat digunakan oleh kedua-dua tahap umur. Kebiasaanya, kerusi kanak-kanak berasingan dan ia mengambil ruang lebih untuk disimpan jika tidak diguna. Hanya perlu terbalikkan kerusi ini untuk menggunakan fungsi kanak-kanak dan dewasa.

6. Topi keselamatan

Nama ciptaan : Eye safety

Semua sedia maklum, kerja-kerja di tempat pembinaan adalah amat berbahaya, kerana itu anda boleh melihat papan-papan tanda yang menegaskan tentang keselamatan, ‘Safety First’ di serata kawasan. Banyak kes-kes kematian melibatkan pekerja binaan, antaranya adalah dihempap oleh objek yang terjatuh dari atas. Ya, memang ianya wajib untuk mereka memakai topi keselamatan untuk melindungi kepala, tetapi sejauh manakah keberkesanan topi keselamatan tersebut. Jika ada objek yang berat dan keras jatuh dari atas, sudah tentu topi keselamatan apa pun tak akan dapat menyelamatkan anda.

Terima kasih kepada Liu Mingde dari Wuhan University of Technology, masalah ini boleh berakhir. Topi rekaannya ini mempunyai pengesan ultrasonik di bahagian atas produk ini, dan jika terdapat objek besar yang jatuh dari atas, ia akan dapat dikesan. Pengesan ultrasonik itu akan mengaktifkan penggera bunyi untuk memberitahu pemakai topi tersebut, melalui earphone. Jadi, produk ini dapat mengelakkan pekerja daripada mengalami kecederaan serius yang boleh menyebabkan kematian.

7. Pengering payung

Nama ciptaan : UltraDry

Bagi bandar besar seperti Kuala Lumpur, pastinya ramai orang menggunakan kenderaan awam, lebih-lebih lagi pada waktu keluar dan pulang kerja. Dengan cuaca tropikal di Malaysia yang kerap hujan, pasti ramai yang akan membawa payung ke mana sahaja mereka pergi. Dan jika anda membawa payung yang basah masuk ke dalam kenderaan awam, air-air tersebut akan jatuh ke atas lantai bas atau LRT. Ia juga mungkin terkena kepada orang lain, seterusnya menyebabkan kenderaan menjadi basah, kotor dan menyebabkan penumpang lain tidak selesa. Air-air ini juga berkemungkinan menyebabkan lantai menjadi licin dan boleh mengundang kecederaan. Menurut statistik, hampir 30% penumbang bas terjatuh disebabkan lantai licin. Ia lebih buruk lagi jika terjadi kepada warga emas atau wanita mengandung.

Ciptaan yang dihasilkan oleh National Taipei University of Technology, Taiwan ini mampu memberikan perubahan kepada situasi ini. Ketika menunggu bas, tidak banyak yang anda boleh lakukan. Selain daripada bermain dengan telefon pintar, waktu ini boleh digunakan untuk memastikan payung anda kering dengan baik sebelum menaiki kenderaan. Dengan UltraDry, anda boleh mengeringkan payung anda dan mengelakkan lantai daripada basah, seterusnya mengurangkan risiko terjatuh. Dengan meletakkan rekaan ini di tempat-tempat awam, ia dapat meningkatkan taraf dan pengalaman perjalanan awam.

8. Botol syampu boleh laras

Nama ciptaan : Shampoo Bottle

Kebiasaanya, kita akan menggunakan jumlah syampu atau sabun badan yang kita tidak tahu jumlahnya. Kita hanya akan menekan berkali-kali hingga kita merasakan ianya cukup. Namun, kadang-kadang kita terlebih tekan kepala syampu tersebut, lebih-lebih lagi kanak-kanak, yang akan menyebabkan pembaziran syampu dan juga air untuk membilas. Dengan ciptaan ini, pembaziran ini dapat dielakkan dengan mudah. Bahagian yang mengeluarkan syampu pada botol syampu ini boleh dilaras mengikut kemahuan pengguna. Ia boleh dilaras dengan mudah, hanya dengan pusingkan penanda kepada warna yang mewakili jumlah syampu.

Sebagai contoh, jika kanak-kanak memerlukan jumlah yang sedikit, pusingkan pelaras kepada warna biru yang mewakili 3ml. Dan jika anda mempunyai rambut yang panjang, laraskan pelaras ke warna kuning mewakili 5ml, atau merah mewakili 7ml dan seterusnya. Mudah dan menjimatkan wang anda.

9. Kotak rokok

Nama ciptaan : Tobacco Teeth

Tujuan ciptaan kotak ini adalah untuk mengiklankan kempen anti-merokok. Umum tahu bahawa merokok membahayakan bukan sahaja kesihatan perokok, malah kesihatan orang mereka. Imej kotak rokok ini mempromosikan kesedaran bagi perokok melalui 3 jenis kesan visual. Gambar pada kotak rokok tersebut yang mempunyai ruang lutsinar pada mulut, menyebabkan rokok-rokok tersebut kelihatan seperti gigi. Selepas perokok menghisap beberapa batang rokok, imej pada kotak tersebut seolah-olah seperti kehilangan gigi, yang boleh memberikan kesedaran tentang penyakit berbahaya kepada perokok itu sendiri.

10. Cawan kopi ber-termometer

Nama ciptaan : Coffee Cup

Pencipta ciptaan ini, Yi Teng Shih dan kumpulannya, dari University of Nottingham Ningbo, China, menyedari melalui kajian yang dibacanya, bahawa, ramai pekerja pejabat biasanya akan membeli secawan kopi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Mereka yang membeli minuman tersebut selalunya tidak sedar akan suhu yang panas pada kopi tersebut yang boleh menyebabkan lidah mereka melecur. Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka mencipta cawan kopi yang mempunyai termometer bagi memberitahu suhu sebenar kopi tersebut. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan lidah daripada melecur, malah dapat memberikan pengguna kebebasan untuk menentukan suhu minuman yang mereka gemari.

Sumber : A’Design Award & Competition

Budak Ni Dail 911 Cari Ibunya Yang Dah Meninggal Dunia, Reaksi Polis Ni Sebak Sangat

Sumber: Newsner

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk memberitahu kanak-kanak yang masih kecil bahawa mereka telah kehilangan ibu atau bapa. Atau mungkin sukar untuk mereka memahami, orang yang dah pergi tak akan kembali.

Jerry, 5 tahun sudah kehilangan ibunya. Namun, ayahnya memberitahu yang ibunya sudah pergi ke syurga. Hari demi hari dia menunggu agar ibunya pulang. Hinggalah dia membuat panggilan ke 911 untuk mencari ibunya. Sebak polis yang menjawab panggilan apabila mengetahui keadaan sebenar seorang anak yang rindukan ibunya :'(

Meninggal dh individu tertua negara..Alfatihah

KODIANG: Wanita berusia 121 tahun, Puan Ahmad, yang dipercayai individu tertua di negara ini meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman keluarganya di Kampung Bendahara, di sini, tengah hari tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak serta cucunya kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas dikatakan tidak lalu makan sejak kira-kira 20 hari lalu. Cucunya, Aziz Chin, 50, berkata kesihatan Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Puan, mula merosot sejak kira-kira tiga minggu lalu sehingga kurang menjamah makanan atau minuman dan hanya mampu berbaring. “Saya sempat berada di sebelahnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Mak tidak mengalami sebarang penyakit sebelum ini dan selera makannya juga seperti biasa. “Cuma sejak kebelakangan ini mak kurang menjamah makan dan pertuturannya juga semakin perlahan,” katanya. BH semalam melaporkan wanita warga emas yang lahir pada 12 April 1896 itu yang dipercayai individu tertua di negara ini, mengalami masalah kesihatan sejak kira-kira dua minggu lalu. Aziz berkata, jenazah ibunya itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4 di Kampung Bendahara, selepas solat Isyak malam nanti.

 

10 Jenis Makanan Ini Untuk Jaga Rahim, Ini Untuk Jangka Masa Panjang!

Begitu untungnya kaum wanita apabila diciptakan oleh Allah SWT dengan keistimewaan mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan mengandung dan melahirkan bayi. Semasa proses kehamilan, saiz rahim wanita akan mengembang mengikut tumbesaran saiz bayi.

Tahukah anda bagaimana kisah perubahan saiz rahim anda sebelum dan selepas mengandung? Rahim wanita boleh diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi. Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal.

Semasa proses kelahiran, ada wanita yang perlu melalui proses guntingan episiotomi yang dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan. Luka pada rahim ketika hamil terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah.

Haaa… sebab itulah wanita selepas melahirkan anak kerap diingatkan tentang penjagaan khusus untuk rahim sama ada dari segi pemakanan mahupun pergerakan fizikal bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.

JOM SEMAK MAKANAN UNTUK JAGA RAHIM

1. Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin.

2. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).

3. Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.

4. Banyakkan pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.

5. Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.

6. Buah nenas diantara makanan paling bagus untuk jaga rahim sebab mengandungi enjim bromalin dan selain itu sila makan buah betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

7. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

8. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

9. Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain.

10. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

Jadi bagi menjaga rahim, anda patut mengamalkan pemakanan yang sihat seperti yang dinyatakan. Semoga bermanfaat!

Pelajar Lapor Polis Sebab Kene Denda Pakai Kain Sarung

KALAU dahulu, kena denda dirotan, ketuk ketampi atau jentik telinga oleh guru merupakan perkara biasa yang dialami pelajar sekolah. Pendek kata, tipulah kalau tak pernah kena kan?

Namun, nampaknya peredaran zaman turut merobah sikap pelajar-pelajar sekolah yang kini langsung tidak boleh dicuit waima melakukan kesalahan berat.

Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Hulu Selangor ini yang buat laporan polis, gara-gara tidak berpuas hati apabila didenda memakai kain sarung oleh guru disiplin.

Kedengaran kelakar bukan?

Dalam kejadian Selasa lalu, pelajar berkenaan mendakwa telah dipanggil guru disiplin selepas habis perhimpunan sebelum mengarahkannya memotong seluar sekolah dipakainya dipercayai tidak ikut kod etika pakaian sekolah.

Jelasnya, guru disiplin berkenaan kemudian mendendanya dengan menyuruhnya memakai kain sarung serta menyatakan akan memulangkan semula seluar sekolah itu selepas hampir tamat waktu sekolah.

Namun, setelah habis waktu sekolah kira-kira 6.30 petang, dia bagaimanapun dimaklumkan oleh guru lain bahawa guru disiplin tersebut telah pun pulang ke rumah.

Sementara itu, guru berkenaan kemudian menyuruhnya agar balik ke rumah dengan memakai kain sarung tersebut memandangkan kunci bilik disiplin pula tiada.

Ekoran kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan membuat laporan polis agar perkara ini dapat dirujuk kepada pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

Laporan polis pelajar berkenaan turut menjadi tular menerusi laman sosial dan menjadi bahan ketawa ramai netizen.

Rata-rata netizen menyelar pelajar berkenaan sebagai manja sehingga perkara remeh seperti ini dibawa kepada pihak polis.-Suara.TV
Categories