Peristiwa Serangan Gajah Di Teluk Intan, Perak Pada 1894

Tiga gerabak kereta api yang menuju ke Teluk Intan yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson dari Tapah Road tergelincir selepas dirempuh oleh gajah jantan yang mengamuk. Peristiwa hitam ini berlaku pada sebelum kemerdekaan negara lagi, sewaktu negara kita sering diganggu penjajah dan ancaman komunis yang menuntut hak untuk memerintah negara melalui kekerasan, paksaan dan kekejaman.

Sistem perkhidmatan kereta api yang kini dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pernah beberapa kali melalui serangan luar jangkaan seperti ini yang mengakibatkan kematian dan kerosakan. Serangan luar jangkaan yang dimaksudkan adalah sekumpulan gajah jantan yang mengamuk dengan menyerang kereta api yang meluncur laju di landasan. Dikatakan, serangan berlaku kerana kejadian 115 tahun dahulu lagi dimana ada anak gajah tersebut yang pernah dilanggar kereta api dikawasan yang sama dan gajah-gajah tersebut mahu membalas dendam.

Peristiwa serangan gajah itu kekal dalam ingatan sejarah KTMB hingga sekarang dan juga sejarah negara amnya kerana membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Peristiwa serangan gajah di Teluk Intan itu berlaku pada 17 September 1894 ketika kereta api wap yang membawa tiga gerabak penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.

Sebaik sahaja tiba di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, kereta api yang dipandu seorang warga Inggeris itu diserang sekawan gajah jantan yang sememangnya menunggu di situ lalu merempuhnya secara berdepan. Kejadian itu berlaku pada waktu senja diantara jam 5 hingga 7 petang dan tempat kejadian juga memang gelap kerana terletak di kawasan hutan. Sememangnya diketahui yang gajah amat sensitif akan bunyi bising dan lampu yang cerah. Kereta api berkuasa wap dipandu laju antara 60 km ke 80 km sejam dan ia dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap. Akibat rempuhan yang kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian.

Tengkorak kepala gajah jantan itu kini disimpan di Muzium Taiping, Perak dan tulang pahanya disimpan di muzium KTMB manakala gadingnya difahamkan dibawa ke England. Tulang paha gajah jantan itu setinggi kira-kira hampir semeter itu masih disimpan elok dan dipamerkan di ruang legar mini muzium KTMB di ibu Pejabat KTMB, Kuala Lumpur. Pengunjung boleh datang dan melihat sendiri tulang itu serta mendapat maklumat ringkas mengenai kejadian yang diceritakan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *