‘Sampai Laki Kita Dia DM’- Respon Tya Adnan Bila Netizen Mesej Syukri Yahaya

Tya Adnan merupakan isteri kepada pelakon Shukri Yahaya dan kini telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena pada tahun 2016. Malah, dia sering mengisi masa lapang dengan menjalankan perniagaan paid review untuk membantu ekonomi keluarga.

Terbaru, Tya telah diserang oleh netizen yang berani menghantar mesej secara peribadi kepada suaminya. Shukri Yahaya menerima satu mesej misteri dari seorang netizen menegur aurat Tya di video toturial tudung. Tapi kenapa tidak tegur Tya secara peribadi? Ini respon Tya setelah ditegur netizen soal aurat.

Berani DM laki aku?!

Tya ternyata terkejut apabila Shukri menerima mesej secara peribadi yang dihantar netizen menerusi Instagram. Mesej berkenaan berunsur menegur video yang dibikin di Instagram milik Tya.

Kenapa tidak tegur saya?

Mesej berkenaan adalah untuk menegur Tya yang berkongsi gambar tidak menutup aurat di laman sosial. Tetapi mesej ini diterima melalui akaun Instagram Shukri Yahaya.

Menurut kata Tya, suaminya mengetahui segala video dan foto yang dimuat naik isterinya. Malah, tiada halangan dari Shukri selagi tidak melampaui batas.

SUMBER- Ohbulan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *