Tak mampu cari … jangan dibuang – Abby Abadi

PELAKON Abby Abadi tampil memberitahu kepada orang ramai khasnya kaum wanita, dia bersedia untuk memberikan bantuan berhubung bayi yang bakal lahir.

Menurut Abby, 40, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.

“Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, yang akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

“Di mana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang,  atau sebagainya ye adik kakak ye.

“Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi ALLAH ini,” kata Abby di Instagram miliknya

Di perkongsian yang sama juga Abby berkata, bagi mereka yang mahu mengambil anak angkat jangan ditanya tentang asal usul mereka.

Ini kerana jelas Abby, ibu bapa angkat itulah yang akan mencorakkan masa depan mereka kelak.

 "Di mana saja, saya sedia membantu. "Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik kakak ye."

“Satu lagi, untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini.

“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama, kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam,” tulisnya.

Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

Selain itu, Abby juga kini mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan dan FayyadhMaisara Dayana Fathia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *